Anwar Ibrahim |
- Menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Menyiasat Transaksi Pembelian Dan Penjualan Pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited
- BERSIH 2.0, PDRM Akur Perintah Siapa?
- Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Konvensyen Pilihanraya KEADILAN
- For Razak Baginda, The Altantuya-Scorpenes Story Is Far From Over
- 99% Support For Bersih Rally In ‘Star’ Poll
- MAP: Jayakan BERSIH, Heret Ibrahim Ikut Akta Hasutan
- Skandal Scorpene: Peguam Perancis di Kuala Lumpur 20-24 Julai
Posted: 21 Jun 2011 06:59 PM PDT KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut mencurigakan. Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010. Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010. Nota khas ini berbunyi seperti berikut:- "The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement". Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan. Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) : 1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya. 2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan? 3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini. 4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah. 5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi? 6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB? Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta. 1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%). Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan dalam ibukota ini. ANWAR IBRAHIM |
BERSIH 2.0, PDRM Akur Perintah Siapa? Posted: 21 Jun 2011 12:22 AM PDT KENYATAAN MEDIA BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan ‘Walk for Democracy’ pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara ‘berjalan untuk demokrasi dan keadilan’ Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah. Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini. Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, ‘hendak seribu daya’ wajar di dalami mereka dari ‘seribu daleh’ yang mengesah ‘cop mphor’ SPR adalah antara ‘alat kawalan’ pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan. KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini. KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan. Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak. Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap! Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya? KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari? Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini! KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari Dato Seri Hishamudin Hussein. Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari ‘drama minggu ini’ yang diarahkan oleh ‘Director PERKASA’, Ibrahim Ali. Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan ‘turun taraf’ oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya ‘ada suara’ menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin ‘kecut perut’ dengan kebangkitan rakyat kali ini. KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai. Segala macam ugutan dan tafsiran ‘zaman batu’ oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor. PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan ‘water cannon’ di depan mata! PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu! Shuhaimi Haji Shafiei This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Konvensyen Pilihanraya KEADILAN Posted: 20 Jun 2011 11:56 PM PDT
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
For Razak Baginda, The Altantuya-Scorpenes Story Is Far From Over Posted: 20 Jun 2011 11:33 PM PDT From Malaysia Chronicle Razak Baginda is a hard man to find. His controvesial acquittal from abetting the Altantuya murder came after a prolonged murder trial and almost two years after being arrested at his office. Walking out from the courtroom a free man, he quietly relocated to the United Kingdom to continue his studies and since then has remained out of the public's eye. He last surfaced in Singapore on April 19th, 2010 when giving a talk on the Islamic Caliphate at Nanyang Technical University to a group of 40 participants. Other than this event, he has remained out of sight with many speculating that he has chosen to reside in the UK although he may just be keeping his head down in Kuala Lumpur, where he has lived for decades. But all that lying low may come to an end soon as the French investigators have shown interest in his role in the RM7 billion purchase of Scorpene submarines from French firm DCN. One of the key holders There is also the matter of alleged irregularities in the payment of a RM570 million ‘support services deal’ to Perimekar, a company linked to Baginda. So far in replies to Parliament, the Malaysian government has insisted it was not a kickback to Perimekar for clinching the order but for "co-ordination and support services". Presumably, it related to the submarines although Perimekar has no known record of such high-tech expertise. Baginda is definitely one of those holding the keys to Najib Razak's survival. If ever Baginda chooses to come forward to tell his side of the story, what a moment that would be for Malaysia. Statements by private investigator P Balasubramaniam to the French financial police have painted a picture of the involvement of several military personel in the Altantuya murder. In the course of the interview, two new names also surfaced — Malaysians identified as Major Rahim and Abdul Rahim bin Saad. What roles do the two Rahims have in the murder is still unclear, but it is a more than fair assumption that Baginda would be in the know. Global stage So all eyes are now shifting to Razak Baginda once again. He has been adamant in professing his innocence of the murder. Yet his link to Altantuya can never be denied. Baginda even hired Bala to keep her from harassing his family. So while Baginda may have been just as surprised that those more ruthless and with more at stake than him had chosen to cold-bloodedly order her killing, he knows who they are. By not revealing the truth, is Baginda not just as guilty of abettment as picking up the phone and saying ‘do it, men’. For a man of his learning and capability, it is a shame to choose to err on the side of the dark. Hopefully, one day, he will step out into the light and tell all to the world – for Altanutya is no longer just another sordid Malaysian murder and corruption case, but has gained a global stage. From the world of academia to switching corpses Baginda graduated with a Bachelor's degree in politics and government from London’s City Polytechnic in 1982, and gained a master’s degree in War Studies at King’s College London in 1984. He is certainly no idiot. A smart man with dashing good looks, he returned to Malaysia in 1988, joined the Malaysian Armed Forces Defense College as a lecturer and eventually became head of strategic studies. In 1993, he formed a think-tank called the Malaysian Strategic Research Centre, which is based in Kuala Lumpur. His abilities put him in the front-row seat to be advisor to the then-Defence Minister Najib Razak and eventually as lead negotiator for the purchase of military equipment from France. With so much going for him, it is not impossible for Baginda to issue a "kill" order to Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, the former bodyguards to Najib and Rosmah who have been sentenced to hang for her death. Certainly, Baginda’s wife and family feared he might be made the scapegoat for Altantuya’s killing. It would have so easy for the real “killers” to have just shut the prison doors on him and let him suffer the same fate as the two cops, now on death row. But as Baginda was acquitted, there is also widespread speculation backed by visual evidence that the two bodyguards might also be allowed to cheat death. There is much speculation the highly odd way the police have always covered up the faces of Azilah and Sirul whenever they went to court was to enable them to eventually ‘escape’ and return to normal life, but under different identities. Other corpses would be used when the time came to hang them, so the macabre stories abound. Whole truth or fatal mistake Why do these 3 men – Baginda, Azilah and Sirul – hold so much ‘power’? Who or what is protecting them? Why haven’t the real “killers” opted to throw these three men to the gallows and in this way forever keep their secrets hidden? Is it because the trio has made sure that in the event the worst happened to them, ‘information would leak out’. It would be Baginda’s ‘information’ that would be the most damaging, of course. No surprises, the French investigators would put him top on their list of witnesses. But will he go? It is anyone’s guess what Baginda will do. If he does decide to travel to Paris, what will he tell French? Would the link to Najib and all its ramifications finally come to light? Will Baginda tell the whole truth and nothing but the truth? Or will he choose to continue riding on his current and extremely comfortable lifestyle – secure in the knowledge that what he knows puts him out of the reach of the powers that be in Malaysia? Sad to say, that may eventually prove to be his fatal mistake. |
99% Support For Bersih Rally In ‘Star’ Poll Posted: 20 Jun 2011 11:13 PM PDT From Malaysiakini A staggering 99 percent of slightly more than one million respondents in a poll by The Star Online have indicated support for the Bersih 2.0 rally on July 9. The actual number of respondents cannot be confirmed as the poll was taken down about noon today. According to a screen capture taken by a Facebook user, the number of respondents had hit 1.3 million at 12.25pm from 527,330 recorded at 6.11am today, according to a Google Cache snapshot of the website. To the question ‘What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally on July 9?’, 1,312,917 respondents answered ‘It should be allowed to go on’ as at 12.25pm. The other option – ‘It should be cancelled’ – was selected by 14,222 respondents. The poll was discussed with great interest by users of the Curi-curi Wang Malaysia Facebook page, which was set up recently in protest against Tourism Malaysia for spending RM1.8 million on a social media campaign. However, jubilance turned to scorn when they realised that the poll had been taken down. Twists and turns The Bersih 2.0 rally seeks to create awareness for meaningful reform to the electoral system and will petition for intervention by the Agong. Government officials have claimed that the electoral system is not flawed and accused opposition parties of masquerading in the guise of a NGO coalition to stoke public anger. The Election Commission (EC) claimed that it has been made a scapegoat in the matter, but offered a dialogue with Bersih 2.0 if it calls off the rally. However, Bersih 2.0 yesterday maintained that it will proceed with the rally as previous meetings with the EC had come to naught. Bersih 2.0 is also challenging the EC to reveal the list of recommendations submitted to the federal government to improve the electoral system. |
MAP: Jayakan BERSIH, Heret Ibrahim Ikut Akta Hasutan Posted: 20 Jun 2011 10:57 PM PDT Dari Malaysiakini NGO, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya bersama menjayakan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang akan diadakan pada 9 Julai nanti. Timbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim (kiri) berkata perhimpunan aman itu dibenarkan oleh perlembagaan negara. Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. "Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Menurut Zulkifly, adalah tidak wajar bagi bagi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang pada 15 Jun lalu mengugut rakyat bahawa tangkapan pencegahan akan dibuat sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan. Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman. Mengulas kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata ia sangat dialu-alukan. Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah diterima. "Tuntutan ini sebenarya sudah disuarakan sejak sekian lama. Oleh kerana SPR tidak menghiraukan tuntutan ini, BERSIH melanjutkan perhimpunan ini sebagai manifestasi kegagalan SPR melaksanakan proses demokrasi di negara ini," katanya. Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya menghalang perhimpunan BERSIH. "Ini adalah satu agenda untuk membuat kekacauan di negara ini. "Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya," katanya. Sehubungan itu, Zulkifly bersetuju dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada negara. Katanya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya terlalu berbaur perkauman yang tinggi. "Kenyataan dan tindakan ini jelas menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara," katanya. PERKASA perlu belajar Tambahnya, MAP menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara. Beliau berkata tindakan Pemuda Umno pula kononnya untuk mempertahan SPR merupakan suatu tindakan yang dangkal. "Pemuda Umno jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan. "Sebaliknya Khairy dan pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara ini," katanya. Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam tindakan mereka. "NGO-NGO berkenaan jangan menjadi budak suruhan kepada Umno dan pemerintah sebaliknya secara terbuka mereka wajar menghormati hak asasi warga negara Malaysia untuk berhimpun secara aman. "Semua pihak diseru supaya menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dengan semangat muafakat dan menunjukkan sikap bertamadun demi rakyat dan kelangsungan maruah negara di mata dunia," katanya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Skandal Scorpene: Peguam Perancis di Kuala Lumpur 20-24 Julai Posted: 20 Jun 2011 08:01 PM PDT Dari Keadilan Daily Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini. Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu. Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran 'komisen' hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd. Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak. Menurut Cynthia, peguam dari Perancis, William Bourdon dijangka berada di Malaysia selama empat hari untuk memberi penerangan kepada Suaram dan juga orang ramai berhubung status terkini siasatan itu. "Peguam Perancis yang menyiasat skandal Scorpene ini akan tiba lewat bulan Julai sekitar 20 hingga 24 Julai untuk memberi maklumat dan memaklumkan kita tentang perkembangan terbaru siasatan skandal Scorpene di Perancis. "Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada 21 Julai di Pulau Pinang dan 23 Julai di Kuala Lumpur. Di antara ahli politik yang sudah bersetuju untuk turut serta adalah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua," kata Cynthia. Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia. Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan