Anwar Ibrahim |
- Muslim Group Condemns Perkasa’s Racist Threats
- Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Di Laman Demi Rakyat.
- Dana Baharu RM5 Juta Untuk Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
- Jemputan Seminar: Social Market Economy; An Alternative for Malaysia?
- Bersih 2.0: Ibrahim Ali Pengecut Ugut Kaum Cina-Nurul Izzah
- 1MDB Profits Questionable
- Teks Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 Oleh Dato Seri Anwar
Muslim Group Condemns Perkasa’s Racist Threats Posted: 20 Jun 2011 06:15 PM PDT From Malaysia Chronicle An Islamic youth empowerment group has condemned the “inane behaviour” by several members of UMNO’s right wing offshoot Perkasa as well as the threat by its leader Ibrahim Ali over the weekend against the Chinese community. In a statement expressing outrage over Ibrahim’s warning to Chinese to stay away from the July 9 rally called by electoral reform group Bersih, the Islamic Renaissance Front described the act of burning and stomping on pictures of Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan as “extremely offensive”. “The inane behavior of burning and stomping on pictures of BERSIH Chairperson Ambiga Sreenevasan was extremely offensive and disparaging. Furthermore to address her as ‘the Hindu woman’ is plainly rude and clearly depicted the insolent attitude of PERKASA's President himself,” said IRF director Dr Ahmad Farouk Musa (pic), who is part of Bersih’s steering committee. Earlier, calling himself a “war general”, the Perkasa chief, who planned to gather his supporters for a counter rally hoping both groups would “clash”, raised the spectre of a racial riot should Bersih go ahead with its rally. “If the Bersih rally is not cancelled… I believe the Chinese community will have to stock up on food. "Yes, anything can happen. And so I ask the police to act and use whatever powers are at their disposal," he was quoted as saying. The remarks drew immediate condemnation, including from UMNO Youth leader Khairy Jamaludin in a move seen to distance the wing from Ibrahim’s group, while PAS Youth, condemning the racist language used on Ambiga, pledged to protect participants at the rally from any harm caused by Perkasa. Dr Farouk meanwhile reiterated that the rally was being called to bring about reform in the way elections were currently conducted. “There has never been an equal playground and we are tired of seeing all sorts of political harassments. Not to mention of the obnoxious corruptions so prevalent as if it is a norm in our society,” he said, adding that the recent state election in Sarawak proved that none of Bersih’s demands had been met. ‘Storehouse of democratic ideas’ He also called on Muslims to voice out against corruption. “To our Muslim brothers that wish to remain impartial and unmoved by the high-handed acts of contempt for democratic principles, we would like to remind them that their silence will embolden the corrupt despots and that no change will be seen if we just pray for change without any action on our part. "Verily, God does not change men's condition unless they change their inner selves,” added IRF’s statement to Harakahdaily, quoting a verse from the Qur’an. According to Dr Farouk, Muslim history was rife with instances of Islamic scholars speaking up against unjust leaders, resulting in many of them being imprisoned. “The great founding jurists of the major schools of law in Islam adamantly protested against their own school being adopted as the state canon of their time. Many were imprisoned as a result of their criticisms against rulers of their time. “We are the inheritors of this tradition, which provides today's Muslims with a storehouse of democratic ideas,” he stressed, and called on Malaysians to attend the rally “be it rain or shine”. |
Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Di Laman Demi Rakyat. Posted: 20 Jun 2011 05:25 PM PDT Rakaman ini diambil dari Laman Web Demi Rakyat: |
Dana Baharu RM5 Juta Untuk Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Posted: 20 Jun 2011 02:47 AM PDT KENYATAAN AKHBAR 20 JUN 2011 DANA BAHARU RM 5 JUTA UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu dana khas berjumlan RM 5 juta untuk pembangunan pendidikan dan modal insan anak-anak kakitangan kerajaan negeri. Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri membuat keputusan tersebut supaya anak-anak kakitangan kerajaan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ada peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang sepatutnya. “Pendidikan dan modal insan adalah amat penting kepada kerajaan negeri dan kami mahu pastikan anak-anak kakitangan membesar dengan sempurna kerana ini akhirnya akan membantu membentuk negeri yang maju dan berdaya saing. “Ini juga adalah tanda penghargaaan kami kepada warga kerga kerajaan negeri yang banyak berkorban membantu kerajaan menjalankan pentadbiran yang cekap, telus, berhemah dan berkesan,” kata Menteri Besar. Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih kurang 2,000 kakitangan kerajaan negeri yang menghadiri perjumpaan bulanan yang di anjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam pagi tadi. Menteri Besar juga berkata dana tersebut telah diperolehi dari hasil perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk menjayakan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang bermula pada 2008. “Kumpulan Semesta sekarang telah mendapat keuntungan kasar yang meningkat kepada RM 24.47 juta pada 2010 dan hingga kini RM 7.1 juta pada 2011. Jadi, kita ambil sebahagian dari keuntungan ini untuk menolong kakitangan kerajaan," katanya lagi. Perlaksanaan dana tersebut akan diperhalusi melalui perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKBHAR |
Jemputan Seminar: Social Market Economy; An Alternative for Malaysia? Posted: 20 Jun 2011 02:04 AM PDT * 24–25 Jun 2011 * Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor. Kemelesetan ekonomi dunia yang paling dahsyat sejak Kemelesetan Agung 1930an berikutan dari krisis subprima di Amerika Syarikat mencetuskan perdebatan kritis tentang sistem ekonomi dunia. Persoalan ditimbulkan tentang kestabilan ekonomi pasaran dan tuntutan supaya ditingkatkan peraturan atau regulation kedengaran lantang. Justeru kerana perdebatan ekonomi didominasi oleh wacana melalui bahasa Inggeris maka yang sering kedengaran adalah belahan dua kumpulan, di satu pihak golongan liberal (dipanggil libertarian di Amerika) dan di satu pihak lagi adalah golongan Keynesian. Golongan liberal mempercayai sistem ekonomi yang ideal adalah sistem pasaran yang berlandaskan ukuran objektif (rule based) dan peranan wewenang atau campur tangan pemerintah adalah minimal. Sementara itu pihak Keynesian bertolak dari prinsip kegagalan pasaran maka peranan pemerintah dalam ekonomi sentiasa diperlukan. Perdebatan dua kumpulan ini digambarkan dengan begitu menarik dalam video musik Keynes versus Hayek. Namun dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan wacana hampir tidak mendengar wacana Ekonomi Pasaran Sosial (Social Market Economy) yang berlaku di Jerman sejak 1949, satu variasi ekonomi pasaran tetapi ekonomi pasaran yang berlandaskan matlamat-matlamat sosial. Sistem ini telah menjana ketakjuban ekonomi di Jerman selepas Perang Dunia Kedua dan seterusnya menjadikan Jerman salah satu kuasa besar ekonomi. Kejayaan Jerman untuk keluar lebih awal dari krisis kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan dunia mula memberikan perhatian terhadap sistem tersebut. Hakikat ini juga telah mendorong Institut Kajian Dasar untuk menterjemahkan 60 Years of Social Market Economy (60 Tahun Ekonomi Pasaran Sosial) dan mengadakan seminar pertama di Malaysia tentang sistem tersebut dengan tajuk : Social Market Economy: An Alternative for Malaysia? Tarikh: 24 – 25 Jun 2011 Kami telah mengundang khas Prof. Dr. Volker Nienhaus seorang pakar Ekonomi Pasaran Sosial untuk mengendalikan seminar dan perbincangan dengan tokoh-tokoh ekonomi di Malaysia. Kami dengan sukacitanya menjemput Y.Bhg YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan hadir ke seminar ini. 50 penyertaan awal akan diberikan penginapan. (butiran program turut dilampirkan) Oleh yang demikian, pihak Y.Bhg YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memberikan maklum balas kehadiran melalui email ini atau: ikdbudaya@gmail.com atau faks: 03 6028 2257 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Saifuddin di talian 012 2964244/ 03 6028 2262. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg /Y.B /Dato'/ Datin/ Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. |
Bersih 2.0: Ibrahim Ali Pengecut Ugut Kaum Cina-Nurul Izzah Posted: 20 Jun 2011 01:03 AM PDT Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini. "Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut," kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini. "Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab. "Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider. Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam. "Jangan kita takut untuk berdiri tegas atas apa yang kita percaya. Jangan kita tidak terhalang demi kebaikan Malaysia," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini. Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina. "Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina)," katanya lagi. Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku." Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara… jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. "Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam. Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007. PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. |
Posted: 20 Jun 2011 12:59 AM PDT From Malaysiakini Opposition Leader Anwar Ibrahim has called on Parliament and the Auditor-General’s office to investigate "questionable financial transactions" involving government-owned company 1Malaysia Development Bhd (1MDB). He said there is no proof to support 1MDB’s performance. This is despite Prime Minister Najib Abdul Razak’s announcement that the company had made a net profit of RM425 million in its first year of operations ending March 31, 2010, "The announcement … is highly questionable because, upon closer inspection, its financial statement shows that its profits were not from its actual investments or business operations but through paper shuffling," Anwar said today when debating the Supplementary Supply Bill. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Teks Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 Oleh Dato Seri Anwar Posted: 20 Jun 2011 12:54 AM PDT Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 PENDAHULUAN 1. Belanjawan Tambahan ini mewakili suatu peningkatan sejumlah 8.2% daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion. Perbelanjaan tambahan RM13.2 billion ini digunakan selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai. Tidak mustahil menjelang akhir tahun ini peningkatan mungkin mencecah 15%. Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini. 2. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan wakil yang dipilih mereka manakala urusan berkaitan perbelanjaan wang rakyat itu mestilah diurus serta ditadbir dengan cekap dan baik kerana itulah ciri ciri sebuah kerajaan yang berwibawa serta demokratik. 3. Hutang negara kian meningkat(peratusan hutang negara dari Keluaran Dalam Negara Kasar ialah pada kadar 54%), Malaysia tidak boleh mengambil risiko kehilangan keyakinan dan kepercayaan para pelabur, terutamanya yang melabur dalam bon kerajaan. 4. Saya khuatir kegagalan untuk membuat suatu unjuran yang tepat, tidak berupaya untuk menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan lemah mengurus ekonomi sekiranya dibiarkan akan mengheret negara berhadapan dengan keadaan sukar. Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece. 5. Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5% emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan. 6. Sejumlah RM1.009 bilion diperuntukkan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk Pegawai Perubatan pelbagai gred dan skim. Begitu juga RM1.3 bilion bagi menampung pembayaran emolumen kakitangan awam di bawah Kementerian Pelajaran yang meningkat berpunca daripada pengisian jawatan, pembayaran gaji 'time-based' untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. SUBSIDI 7. Belanjawan tambahan ini melibatkan pembayaran subsidi barangan petroleum sebanyak RM5.6 billion dan RM150 juta untuk pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi pengguna RM20 dan ke bawah untuk 2011. Jumlah belanjawan tambahan untuk subsidi kepada rakyat ialah RM5.75 billion. 8. Saya sentuh mengenai subsidi ini kerana menurut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, daripada Januari hingga Oktober 2011, subsidi untuk petrol, diesel dan Liquid Petroleum Gas, dianggarkan RM7.4 billion. Subsidi untuk gula pula dianggarkan RM800 juta setahun. 9. Tetapi subsidi gas untuk IPP, dianggarkan sehingga RM20 billion untuk 2010 dan RM22 billion untuk 2011. Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 billion ini tidak diperlukan sama sekali. 10. Manakala diakui kegelisahan rakyat dan kontroversi bersabit isu IPP. Makasewajarnya didedahkan kepada rakyat seluruh fakta, kaedah, perjanjian agar dinilai secara telus dan terbuka 11. TNB yang merupakan PEMBELI terpaksa menghenti operasi mereka untuk memberi laluan kepada PEMBEKAL iaitu IPP menjana letrik pada kadar kapasiti penuh termasuk kadar rezab kelebihan 40% yang dikira tidak munasabah dan membebankan TNB serta rakyat. Ini bermakna TNB terpaksa menanggong kerugian menutup operasi atau mengurang penjanaan letrik yang jauh lebih murah dan terpaksa membeli daripada IPP yang jauh lebih mahal. Kerugian yang ditanggong oleh TNB ini juga merupakan subsidi yang dinikmati oleh IPP. 12. Saya pohon kerajaan menngguhkan kenaikkan tarif letrik dan mengkaji segera perjanjian konsesi IPP yang bukan sahaja merugikan TNB dan kerajaan tetapi juga rakyat keseluruhannya. Pendirian kerajaan untuk mempertahankna kepentingan syarikat2 konsesi ini turut disanggah oleh Bekas KSU Perbendaharaan, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan bekas Ketua Eksekutif TNB 13. Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago. Ani said EPU, which he sarcastically dubbed “Economic Plundering Unit”, forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh. Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB's national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year. "You don't need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike — just revisit the terms given to some IPPs," Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago. "With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one's capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU — Economic Plundering Unit," he added, mocking the economic unit under the Prime Minister's Department. 14. Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini. Keduanya merupakan nadi pengeluaran dan pengedaran barangan pengguna. Kenaikan kedua kos ini akan menaikkan harga barangan pengguna yang membebankan rakyat dan mengurangkan "competitiveness" barangan keluaran Negara. 15. Mengikut laporan UNDP terbaru harga barangan pengguna di Malaysia sudah meningkat lebih daripada 30% tetapi gaji masih ditahap lama atau meningkat tak sampai 10% . Kerajaan cuba manipulasi kadar inflasi yang rendah dengan mengawal harga barangan "basket goods" atau "bakul barangan" yang dibuat kiraan untuk kadar inflasi. Hakikatnya banyak barangan "basket goods" tidak relevan lagi dan banyak barangan kegunaan harian yang tidak termasuk dalam bakul barangan dan perkhidmatan melambung begitu tinggi. 16. Kerajaan boleh mengekalkan harga petrol dan harga gula sekiranya subsidi untuk korporat baik atas nama subsidi, tax holiday, pampasan, "cost overrun", "variation order" yang berlipat kali ganda dari kontrak asal dan sebagainya diimbangkan dan diagih untuk barangan pengguna. 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD 17. Saya ingin menyentuh berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan telah mengeluarkan bon berjumlah RM5 billion dan akan mengeluarkan RM10 billion lagi hingga tahun 2013, menjadikan keseluruhan bon yang akan dikeluarkan bernilai RM15 billion. 18. Perdana Menteri telah mengumumkan 1MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi. 19. Bila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta. 20. Pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM amat disangsikan kerana bila saya amati penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui "paper shuffling". 21. 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai 5 bulan. Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari akhir akaun tahunan 2010 1MDB ditutup. 22. Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walaubagaimana pun bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB atas pembelian balik pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan harga RM4.1 billion secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya pada 31 Mac 2023. 23. Saya mahu PM jelaskan samaada bayaran RM4.1 billion ini dibuat secara ansuran untuk 11 tahun atau bayaran yang ditangguhkan untuk 11 tahun atau dalam bentuk lain seperti "loan stock", "convertible loan stock" atau kaedah lain yang diberikan kepada PetroSaudi International Limited. 24. Persoalannya apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 billion yang dilaburkan dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited bersama keuntungan RM615 juta hasil jualan balik pelaburan tersebut kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion. 25. Menurut laporan odit yang dibuat oleh KPMG keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010 – "The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement". 26. Kenyataan juruodit KPMG ini jelas menunjukkan hanya pihak pengurusan 1MDB sahaja yang mengesahkan bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik sedangkan KPMG sendiri tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PetroSaudi International Limited dan samaada hutang RM4.1 billion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka. 27. Syarikat PetroSaudi dan syarikat-syarikat sekutunya pula diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands. Maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum. 28. Saya percaya 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan Syarikat operasi minyak sebenar atau Syarikat yang dimiliki oleh individu atau organisasi atau kerajaan dari Arab Saudi. Ia merupakan saluran untuk menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB yang dijamin oleh kerajaan untuk kegunaan pihak tertentu samaada organisasi politik, syarikat, kumpulan atau individu tertentu. 29. Oleh kerana pengeluaran bon oleh 1MDB dijamin oleh kerajaan dan wang tunai sebanyak RM3.5 billion telah dilaburkan dalam 1MDB PetroSaudi Limited dan bayaran jualan balik pelaburan sebanyak RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun daripada PetroSaudi International Limited, maka saya pohon kerajaan membentangkan penyata kewangan 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited dalam Dewan ini. 30. Saya percaya kerajaan dan 1MDB berupaya memperolehi semua maklumat ini kerana bagaimana mereka dapat membuat keputusan melabur secara tunai RM3.5 billion dalam 1MDB PetroSaudi tanpa menilai kedudukan kewangan mereka? Dan bagaimana pula kerajaan boleh memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat mereka melabur? 31. Saya pohon juga Jawatankuasa Odit Parlimen dan Jabatan Odit Negara mengambil langkah segera menyiasat transaksi kewangan 1MDB. 32. Kerajaan juga diminta membeku segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan oleh 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi 1MDB. 33. Kerajaan juga digesa menahan serta menarik balik pada kadar segera segala jaminan yang dikeluarkan kepada 1MDB. 34. Saya bimbang berlaku penipuan secara besar-besaran dalam penggunaan wang hasil penerbitan bon oleh 1MDB yang dijamin oleh kerajaan yang boleh menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit sepertimana berlaku dalam skandal PKFZ. Amanah Raya Berhad 1. Saya ingin juga membangkitkan kedudukan pentadbiran harta pusaka yang diuruskan oleh Amanah Raya Bhd. Ini kerana ia melibatkan 309,696 unit wasiat dan jumlah tabung amanah yang diuruskan bernilai lebih daripada RM250 billion mengikut laporan tahunan Amanah Raya Berhad 2009. 2. Amanah Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan sejak tahun 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. Amanah Raya adalah syarikat milik penuh Kerajaan dengan pegangan saham oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). 3. Saya dimaklumkan dengan bukti nyata bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividend kepada wang pesaka yang dipegang dan dilaburkan oleh Amanah Raya Berhad sejak dua tiga tahun kebelakangan ini yang selama ini diberi agak kompetitif. Malah segala dividend yang diperolehi dipotong sebagai "Acceptance Fees". 4. Dari apa yang saya faham Amanah Raya Berhad dikorporatkan pada 1995 adalah dengan tujuan untuk melabur wang pesaka yang terbeku samaada di Pejabat Pesaka atau Mahkamah Tinggi untuk memberi faedah hasil pelaburannya kepada pewaris-pewaris sementara menunggu penyelesaian pembahagian harta pesaka. 5. Bukti: ii. Tidak ada langsung rekod pengagihan dividend untuk tahun 2009, 2010 dan sehingga Jun 2011 sedangkan dalam Laporan Tahunan Amanah Raya Berhad 2009 dividend sebanyak RM1.8 juta diagihkan. Berdasarkan purata dividend RM1632.00 sebulan bermakna hamba Allah ini sepatutnya menikmati dividend lebih daripada RM54,000.00 sehingga akhir Mei 2011, iaitu jumlah yang agak besar untuk orang kampong. iii. Cek kedua pula bernilai RM314,400.00 juga merupakan hasil pampasan tanah yang diserahkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Amanah Raya pada 18 Ogos 2010. Penyata menunjukkan hanya dividend untuk bulan September dan Oktober 2010 berjumlah RM1440.00 atau purata RM720.00 sebulan diagihkan. Sekali lagi semua dividend berjumlah RM1440.00 ini dipotong sebagai "Acceptance Fees". Tidak ada rekod langsung pengagihan dividend untuk bulan November, Disember 2010 dan Januari hingga Jun 2011. Berdasarkan purata RM720.00 sebulan sepatutnya beliau menerima dividend sebanyak RM6,480.00 hasil pampasan yang diuruskan oleh Amanah Raya ini. iv. Kes yang saya ungkitkan ini bertentangan dengan "Mission Statement" Amanah Raya Berhad yang diantaranya: 1) To ensure efficiency and profitability at par with other private trust companies. v. Persoalannya kemana perginya dividend yang sepatutnya diagihkan kepada pewaris-pewaris simati yang wajar dinikmati hasil pelaburan Amanah Raya ini? Bagaimana pula prestasi pelaburan wang amanah yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad kerana ia melibatkan lebih daripada 309,000 unit wasiat dan wang amanah lebih daripada RM250 billion? Bayangkan jumlah dividend yang tidak diagihkan kepada pewaris-pewaris simati. Dengan penarikan subsidi kepada rakyat adakah kerjaan juga menggunakan wang dividend pewaris-pewaris simati untuk pengurusan kewangannya? NATIONAL KEY RESULTS AREA (NKRA) DAN ECONOMICS TRASFORMATION PLAN (ETP) 1. Pada 14 Jun 2011 akhbar The STAR melaporkan pelaburan telah mencatat RM170 billion. Saya difahamkan pelaburan yang diwar-warkan ini hasil daripada sesi "brainstorming" yang dikelolakan oleh Ethos Consulting dengan peserta ETP di Akademi MAS, Kelana Jaya dan bukannya pelaburan konkrit. 2. Pelaksanaan polisi ETP membimbangkan kerana banyak cadangan yang diusulkan sebenarnya tidak viable tetapi akan digunakan untuk memaksa GLC melaksanakan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedang melobi di peringkat atasan. 4. Keupayaan Ethos Consulting merangka polisi ETP amat disangsikan. Beberapa polisi yang dicadangkan tidak memberangkan. Sebagai contoh National Auto Policy (NAP) yang banyak mendapat kritikan. Sebagai konsultan kepada Felda Global Venture Sdn Bhd dalam pelaburan luar Negara yang mengalami kerugian besar mencecah RM500 juta. 5. Saya juga difahamkan Ethos Capital juga cuba mendapat dana dari KWSP untuk diuruskan. Saya menaruh kebimbangan sekiranya ini berlaku wang KWSP juga akan mengalami nasib yang sama seperti Felda Global Venture. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan