Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- PAS pertikai program pengampunan pendatang
- Pinjam RM6 bilion: Anak cabar Isa Samad dialog terbuka
- PR Galak Konsep 'Bina Dan Jual', Jana Industri Perumahan
- Najib Umum PRIMA Ekoran Tekanan PR
- Biasiswa JPA : Jangan Sampai Pelajar Kita Tertindas, Kata Saifuddin
- Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik- AMK
- PKR terbit video 'versi Johari'
- Hina Islam: Pemuda PAS demo seluruh negara
- Muslimat PAS adu kartun Utusan pada JAWI
- Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar
PAS pertikai program pengampunan pendatang Posted: 24 Jun 2011 01:45 AM PDT PETALING JAYA: PAS mempersoalkan ketelusan program pemutihan pengampunan pendatang tanpa asing secara besar-besaran yang akan bermula 11 Julai depan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikai pemilihan agensi pekerja asing dan pertubuhan majikan untuk melaksanakan program tersebut. Pelaksanaannya umpama membawa perompak untuk menjaga bank, kata ahli parlimen Pokok Sena itu di lobi parlimen semalam. "Mereka inilah yang membawa pekerja asing dalam tempoh Jun 2009 hingga Jun 2011 ke Malaysia. "Ini kerana persatuan majikan banyak mendaftarkan pendatang haram sebagai pekerja, kini dilantik pula untuk mendaftarkan pekerja berkenaan. "Kita bimbang bukan untuk menghantar pulang pekerja yang tidak berdokumen tetapi syarikat dan persatuan itu membawa masuk pekerja asing yang sedang menunggu di sempadan," katanya lagi. Daftar jumlah pendatang Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan program pengampunan bagi mendaftarkan jumlah pendatang asing yang berada di negara ini. KDN melantik syarikat swasta untuk mendaftarkan pekerja asing berkenaan. Mahfuz berkata, beliau setuju program pemutihan dan pengampunan tersebut tetapi perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan kerajaan. Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Migran Care yang banyak berjuang dalam isu pekerja asing Indonesia perlu dilantik sebagai pemantau. Sementera itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, KDN kan menentukan kadar bayaran yang akan dikenakan terhadap majikan yang terlibat dalam proses pemutihan serta pengampunan tersebut. Beliau berkata, tindakan itu bagi mengelak berlaku perbezaan sekiranya kadar ditentukan oleh syarikat pembekal tenaga kerja asing. Sumber: Free Malaysia Today |
Pinjam RM6 bilion: Anak cabar Isa Samad dialog terbuka Posted: 24 Jun 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Jun: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dicabar untuk berdialog secara terbuka dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang) bagi menjelaskan hal pinjaman RM6 bilion dan kerugian anak-anak syarikat Felda. Sumber: Harakah daily |
PR Galak Konsep 'Bina Dan Jual', Jana Industri Perumahan Posted: 24 Jun 2011 01:35 AM PDT SHAH ALAM 24 JUN : Campur tangan yang berterusan dari kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dijangka mampu memulihkan projek- projek perumahan terbengkalai yang sekaligus dapat melindungi pembeli dari risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai. Langkah itu perlu dalam suasana harga barang yang semakin meningkat dan gaji rendah yang sedia menekan rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan medianya berpandangan antara lain yang boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah mempercepatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) projek- projek yang dibina di bawah konsep ini. Kerajaan negeri juga diminta menyelia anak- anak syarikat yang terlibat dengan industri perumahan agar projek perumahan siap mengikut tempoh yang ditetapkan. Anwar juga berkata, majlis pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dan mencari kesepakatan untuk negeri- negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat bagi menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep "bina dan jual" secara berperingkat. Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mencari jalan penyelesaian kepada isu berbangkit sebelum konsep "bina dan jual" dilaksanakan sepenuhnya. Kenaikan harga rumah secara mendadak ekoran kos pembiayaan projek perlu dipantau bagi melindungi hak pembeli. Namun ia perlu juga mengambilkira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan pemaju- pemaju yang lebih kecil, dengan mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang berpatutan. Anwar berkata, jika kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri mempunyai kemahuan politik yang tinggi, semua ini boleh dilaksanakan dengan mengubah sikap dan struktur dalam industri perbankan dan perumahan. Beliau menambah ekoran harga rumah meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal, rakyat Malaysia kini tidak lagi mampu membeli rumah kediaman sendiri terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa berhutang dalam suatu tempoh yang lama lebih- lebih lagi, rumah yang dibeli terbengkalai. Natijahnya, ramai dari mereka tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Untuk rekod, statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara. Sumber: TVSNEWS |
Najib Umum PRIMA Ekoran Tekanan PR Posted: 24 Jun 2011 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR 24 JUN : ProjeK perumahan Rakyat 1 Malaysia atau singkatannya PRIMA yang diumumkan Perdana Menteri semalam hanya reaksi terdesak pimpinan itu apabila pembangkang mendedahkan berlakunya kepincangan dalam urus tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Khuatir terus diasak, Najib bertindak mengumumkan bahawa sebahagian daripada tapak seluas 196.6 hektar itu akan dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. Hakikatnya ujar Yusmadi, Najib tidak jujur mahu membela nasib rakyat bawahan dan apa yang dinyatakan hanyalah reaksi terdesak daripada serangan pembangkang di Dewan Rakyat. " Ianya merupakan satu reaksi daripada tekanan Pakatan Rakyat yang nampak lebih mengariskan rancangan dan agenda rakyat. " Jadi bagi saya projek ini (PRIMA) tidak pernah ada dalam perancangan pun, sebab itu saya mempertikaikan dari segi keseriusan kerajaan dalam merencana program rakyat seperti PRIMA rakyat ini,"kata Yusmadi. Najib semalam berkata, pihaknya telah berbincang dengan syarikat seperti SP Setia, Sime darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan PRIMA. Beliau berkata demikian semasa ditemubual di konti Radio One FM di Sri Pentas. "Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh. "Bayangkanlah... satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan mampu dimiliki oleh rakyat," ujar Najib. Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa pangkalan TUDM Sungai Besi akan dipindahkan ke Sendayan di Negeri Sembilan. Justeru tapak seluas 196.6 hektar di situ dipindahkan kepada 1MDB yang akan memajukannya menjadi Bandar Malaysia, yang merupakan satu pembangunan strategik untuk pertumbuhan jangka panjang yang antaranya akan memuatkan projek perumahan mampu milik seperti dicanang Najib. Namun menurut Yusmadi,di sebalik kenyataan Najib itu, beliau bimbang projek di Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi itu sekali lagi menyisihkan rakyat bawahan seperti projek-projek mega pemerintah sebelum ini. "Cadangan Datuk Seri Najib itu sebenarnya menggambarkan agenda pembangunan sebenar Umno-BN, pada pandangan saya ianya bukan untuk rakyat bawahan, agenda projek Sungai Besi dan yang lain-lain di bawah Greater Kuala Lumpur itu, sekali lagi akan meminggirkan golongan rakyat bawahan ini." jelas Yusmadi. Terdahulu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Dewan Rakyat, Perdana Menteri dan Jabatan Audit Negara mendedahkan kerugian yang ditangung oleh 1MDB. Difahamkan, dana melalui jaminan bon kerajaan persekutuan ditambah sebanyak RM10 bilion sehingga 2013, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 bilion untuk syarikat pembangunan strategik itu. Sumber: TVSNEWS Namun penyata kewangan enam bulan pertama sehingga 30 September 2010, menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dengan kos operasi untuk 6 bulan yang berjumlah RM 20.5 juta. Ia bercanggah dengan kenyataan Najib yang sebelum itu mendakwa 1MDB memperoleh keuntungan. |
Biasiswa JPA : Jangan Sampai Pelajar Kita Tertindas, Kata Saifuddin Posted: 24 Jun 2011 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR 24 JUN : Parti keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan pusat mewujudkan sebuah jawatankuasa khas melibatkan wakil semua parti dan semua bidang untuk memperhalusi pelaksaan dasar baru biasiswa bagi mengelakkan kumpulan tertentu ditindas sekiranya ia dilaksanakan secara tergopoh-gapah. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata semakan secara menyeluruh dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilakukan pada tahun depan. Sumber: TVSNEWS |
Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik- AMK Posted: 24 Jun 2011 01:20 AM PDT PETALING JAYA 24 JUN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kes penayangan video seks lucah mempunyai agenda peribadi terhadap Ketua Pembangkang. Ini kerana menurutnya, fakta kes yang dibaca dalam mahkamah oleh Shafee bertujuan mengemukakan hujah meringankan hukuman Rahim dilihat lebih menjurus kearah meyakinkan hakim bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks berkenaan. "Kemungkinan peguam Shafee mempunyai motif peribadi, mungkin masalah beliau dengan Anwar sehingga beliau mengemukakan hujah dalam rayuan dengan menyebut dan menyerang Anwar. "Rayuan dalam kes ini seharusnya dilakukan dalam konteks mengurangkan hukuman dan kenapa Rahim tidak boleh diberikan hukuman berat. Bukan menyerang Anwar untuk menyelamatkan Rahim, itu bukan kaedah," kata beliau. Justeru Shamsul yakin bahawa tindakan tersebut telah dirancang dengan teliti bertujuan politik malah tidak menolak bahawa media arus perdana akan menfokus kepada si pelaku dan bukan trio 'Datuk T' yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Beliau yang ditemui Tv Selangor selepas menayangkan video dokumentari versi PKR bersama Datuk Johari Abdul kemudian menyatakan bahawa laporan pakar video dari Amerika Syarikat yang mengesahkan 99.9 peratus sepertimana yang disahkan oleh polis tidak menyebut Anwar adalah pelaku. Namun menurut beliau laporan tersebut hanya mengesahkan pelaku adalah mirip Anwar. "Dari segi itu, walaupun ada laporan yang dibuat kononnya dari Amerika (Syarikat) yang tidak dicabar dan melaporkan 99.9 peratus adalah Anwar, mengapa pendakwaraya tidak mengambil sikap tegas mengatakan bahawa video itu adalah Anwar dan bukan menyerupai. Ada beza menyerupai dan Anwar (sendiri)," tambah beliau. Malah Shamsul turut berkata, wujud perkara yang meragukan mengenai hubungan Rahim dengan pemimpin tertinggi Umno- Barisan Nasional apabila terdapat maklumat mendakwa Abdul Rahim telah bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak di parlimen baru-baru ini. "Ini adalah sama seperti konspirasi Saiful Bukhari (Azlan) terlibat kerana beliau dikatakan bertemu dengan Najib dan Rosmah. Jadi sama dari segi corak dan caranya," katanya. Sehubungan dengan itu beliau menggesa agar Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menjalankan pendakwaan qazaf keatas ketiga-tiga individu berkenaan memandangkan mereka sudah selesai menjalani hukuman Mahkamah Majistrate. |
PKR terbit video 'versi Johari' Posted: 24 Jun 2011 01:15 AM PDT Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya. Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu. Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar. Johari (bertali leher), antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar. Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.Lelaki X 'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini. Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut. Johari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek. Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu. Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video itu. Sumber: malaysiakini |
Hina Islam: Pemuda PAS demo seluruh negara Posted: 24 Jun 2011 01:10 AM PDT Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah penyiaran penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia. Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, tindakan berkenaan diambil setelah akhbar tersebut gagal membuat permohonan maaf yang dituntut mereka genap seminggu lalu. Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadaMalaysiakinisemalam, Nasrudin juga berkata, pihaknya mengisytiharkan pemboikotan akhbar Umno itu secara menyeluruh "atas keangkuhan mereka enggan mohon maaf." Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu. Diharamkan buat liputan Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar itu untuk memohon maaf secara terbuka atau pihaknya akan meneruskan siri bantahan dengan membuat perhimpunan besar. Sumber: Malaysiakini |
Muslimat PAS adu kartun Utusan pada JAWI Posted: 24 Jun 2011 01:05 AM PDT Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu. Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf (kiri) aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam. "Lukisan itu menggambarkan kartun (seorang) wanita yang tidak dapat pembelaan sekiranya dibuktikan dengan empat orang saksi. "Jelas menunjukkan bahawa ia berkaitan kesalahan menuduh orang melakukan zina dan bukannya kes rogol," katanya. Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur. Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. "Mereka akan menyiasat perkara itu termasuk tulisan berbentuk lukisan kerana memang ada undang-undang yang setaraf dengan penghinaan yang dibuat, perkara ini juga sama seperti yang pernah berlaku di Denmark," kata Zailah. Mahu siasat terperinci Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi. Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan. Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!" Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi." Ketika dihubungi Malaysiakini, Zailah juga berkata, kartun dalam lukisan kartunis Miki juga seolah-olah tidak memberi perlindungan kepada wanita yang di aniaya. "Kita mengharapkan aduan ini disiasat dengan terperinci, dan diadili sepenuhnya. Kerana sampai hari ini mereka (Utusan) belum menarik balik permohonan maaf terhadap karikatur tersebut," katanya. |
Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar Posted: 24 Jun 2011 01:00 AM PDT Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001. "Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya. Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulanMalaysiakini. Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkanCartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan"Cartoon-O-Phobia (2010)." Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com. Turut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan bukuCartoon-O-Phobia, tambah Zunar. Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Standdipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut. 'Saya ditangkap lagi' "Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya. Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak. Sebelum ini enam buku Zuhar diharamkan. Buku-buku ituGedung Kartun,Perak Darul Kartun,1Funny Malaysia,Isu Dalam Kartun 1,Isu Dalam Kartun 2dan Isu Dalam Kartun 3. "Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya. Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi. "Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya. Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah. Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan