Selasa, 28 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jom bantu warga Miskin di Seremban

Posted: 28 Jun 2011 02:37 AM PDT



KEADILAN Cabang Seremban dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat mengalu-alukan sumbangan anda untuk menjayakan program bantuan kepada fakir miskin di kawasan itu.

Pada Ramadhan lalu, mereka menyumbangkan keperluan makanan asas kepada kira-kira 122 warga miskin di kawasan itu.

"Pada tahun ini, kami mensasarkan untuk mengumpulkan pakej sumbangan makanan kepada 150 keluarga miskin di kawasan ini.

"Sehubungan itu, saya merayu sokongan semua teman dan masyarakat bagi menjayakan program ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.com.

Program Sumbangan Makanan Asas adalah seperti berikut :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak Botol
6. Sardin Tin
7. Teh / Kopi / Milo
8. Biskut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Khalid – Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sikamat, Tel : 017-6199275
Hj Khidir – Bendahari cabang Seremban, Tel: 013-3687695
atau Aminuddin Harun : 019-6510167 , Blog http://aminuddinharun.blogspot.com/

Sumbangan melalui bank :
Nama akaun Parti Keadilan Rakyat Seremban
Bank : Bank Islam (Cawangan Port Dickson)
No akaun : 05-049-01-0013694

Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=15992

Pembeli rumah terbengkalai lancar Himpunan Jingga

Posted: 28 Jun 2011 02:01 AM PDT



KUALA LUMPUR, 28 Jun 2011 : 1000 keluarga mangsa projek rumah terbengkalai di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor akan memakai baju jingga esok Rabu jam 2.30 petang bagi menzahirkan kemarahan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Perhimpunan amam itu akan didadakan di Bukit Damansara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang Tan Sri yang menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Talam Corporation.

Difahamkan mangsa projek rumah terbengkalai ini mendakwa beribu-ribu keluarga di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami kesengsaraan dan beban ekonomi yang teruk disebabkan kegagalan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri ini dalam menyiapkan rumah mereka yang kini tertunggak lebih daripada enam tahun.

Menurut Jaafar Ismail Pengerusi Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG), pihaknya telah bergabung dengan Victims (Persatuan Bangunan Terbengkalai Malaysia) sebagai gabungan kesemua mangsa projek terbengkalai di Malaysia, khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Perhimpunan besar-besaran sebanyak 1000 keluarga ini untuk menunjukkan kemarahan kita kepada manusia ini serta kami menuntut kerajaan campur tangan dan mendakwa orang ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan kami sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Pembangunan Perumahan.

"Perhimpunan ini adalah permulaan siri perhimpunan yang kami berhasrat untuk meneruskan sehingga kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap orang ini.

"Kita tidak boleh memahami mengapa lelaki ini menikmati keistimewaan dan kekebalan kepada kerajaan.

"Kami mahu kerajaan membatalkan semua gelaran Kehormat yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

Victims adalah sebuah badan bukan kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Muhammad Rafick yang juga Pengerusi rumah terbengkalai UK Bistari yang pada ketika ini, hampir 500 ahli berjaya didaftarkan dibawah Victims.

Sementara itu, BBCG yang mewakili pembeli-pembeli projek terbengkalai Casa Gemilang Servis Apartment dan Rumah Bandar di Sungai Pusu, Gombak.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4053-pembeli-rumah-terbengkalai-lancar-himpunan-jingga

Laman web beberapa projek perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/

Tiada ulasan: