Ahad, 26 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


SPNB pulih Rumah Terbengkalai atau buat Rumah Hantu?

Posted: 26 Jun 2011 06:57 AM PDT



Apa objektif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebenarnya, memulihkan Projek Perumahan Terbengkalai atau membuat Projek Perumahan Hantu? Begitu banyak Projek Perumahan yang Terbengkalai 1Malaysia, dibuatnya Projek Perumahan yang tak laku. Macamana rakyat , terutama pemilik rumah terbengkalai tak marah. Eloknya semua pemilik perumahan terbengkalai sertai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 nanti.

Tak percaya tengok sendiri sedikit daripada nasib malang pembeli rumah terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com

************
Rumah SPNB di Kuang tidak dapat sambutan
Free Malaysia Today
June 26, 2011

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.

PETALING JAYA: Rumah Mampu Milik (RMM) yang dimajukan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kuang, Selangor kurang mendapat sambutan.

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.

Menurutnya, lokasi yang agak terpencil dan masalah pengangkutan menjadi punca mengapa rumah tersebut kurabg mendapat sambutan.

Bagaimanapun beliau yakin dalam tempoh lima tahun akan datang semua rumah tersebut habis dijual.

"Tetapi kita berusaha menjualnya lebih cepat kerana SPNB telah melabur sebanyak RM120 juta.

"Orang tunggu dan lihat tetapi kalau tunggu terlalu lama kita akan ketinggalan," jelasnya.

11, 000 tidak dijual

Menurut Idris yang juga ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka , RMM di Kuang itu sebahagian daripada 11, 000 buah milik SPNB yang belum dijual.

Begitupun, dakwanya, SPNB tidak menanggung kerugian itu sebaliknya pihak bank yang gagal menjulal rumah-rumah berkenaan.

"Rumah yang gagal dijual itu ada yang sudah berusia setahun, dua tahun malah empat tahun," tambahnya.

Beliau memberi jaminan mutu dan spesikasi rumah yang dibina oleh SPNB sama dengan projek swasta tetapi harga rumah SPNB lebih murah.

Katanya, rumah SPNB lebih murah kerana pihaknya memberi subsidi kepada pembeli sebagai satu tanggungjawab sosial agensi itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/26/rumah-spnb-di-kuang-tidak-dapat-sambutan/

Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT)

SPNB telah dilantik sebagai Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/product_rehab.htm

Banyak rompakan bank dijangka awal Julai 2011

Posted: 26 Jun 2011 03:10 AM PDT



Memandangkan begitu ramai anggota polis ditugaskan untuk menangani Perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur yang dirancang pada 9 Julai 2011 ini, adalah dijangkakan para penjenayah akan merancang sesuatu yang besar-besaran pula di luar Kuala Lumpur, kerana mereka tahu kerajaan BN dah arahkan begitu ramai polis mungkin dari luar KL juga untuk berkampung di KL pada 9 Julai 2011 dan beberapa hari sebelum itu.

Jadi kepada rakyat di luar Kuala Lumpur, terutama pemilik kedai emas, pemilik bank dan orang awam, tambahkanlah anggota keselamatan dari syarikat keselamatan pada awal Julai ini. Untuk yang tak mampu upah body guard, elakkan keluar duit tunai banyak di bank atau di ATM.

Apa nak buat, peserta Perhimpunan BERSIH adalah musuh No 1 kerajaan BN sekarang, bukan perompak, perogol, pencuri, perasuah, peragut dan sewaktu dengannya.

Kerajaan tiada masa nak layan POLIS PENCEN, sibuk BERSIH

Posted: 26 Jun 2011 03:00 AM PDT



Kesian pakcik kat bawah ni, terpaksa mengadu dalam internet. Agaknya akhbar yang amat begitu kuat membela orang Melayu tak minat membela Melayu macam ni, apatalah lagi bekas Polis. Minta maaflah Polis Pencen ya, kerajaan sedang sibuk arahkan polis belum pencen untuk menangani Perhimpunan BERSIH. Dan kerajaan tak minat agaknya lagi nak bantu pembeli rumah terbengkalai, hanya minat SKIM RUMAH MAMPU MILIK berharga tidak lebih RM220,000.00 mungkin harga RM219,999.99.

Buktinya tengok saja laman web mangsa-mangsa pembeli rumah terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com

Polis dan tentera ni hanya berguna sebelum pencen agaknya, semasa undi pos.

**********
Rumah terbengkalai di Taman Bukit Riah, Pengkalan Hulu, Perak
Aduan Rakyat Online, 25 Jun 2011

Saya ingin perhatian pihak tuan berkaitan rumah terbengkalai di Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu, telah 23 tahun kami menunggu rumah tak juga diserahkan, dah baiki semula minta pihak tuan ketengahkan ADA PEMBELI DAH MENINGGAL rumah tak juga dapat duduk.

Kami bekas Pasukan Gerak Am Batalion 18 kebanyakan dah pencen rumah tak dapat duduk, potongan tetap di bayar pada kerajaan dan bank. Minta kerjasama sangat tuan untuk ketengahkan isu ini, Rumah Kos Rendah Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu Jalan Betong.. tarikh beli 30/4/1991. Puas mengadu tapi tak dapat perhatian.

Rumah dah di baiki tapi kunci pula tidak mahu diserah. Pihak kami tidak membuat tuntutan apa-apa dari mana-mana pihak, kami hanya menunggu untuk rumah diserahkan, itu sahaja, kerjasama pihak tuan amat kami nantikan ibarat menanti buah yang tidak gugur

http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-bukit-riah-pengkalan-hulu-perak

30 Julai 2005
Majlis Penerangan dan Menandatangani Surat Akujanji Projek Perumahan Terbengkalai Taman Bukit Riah, Kroh, Pengkalan Hulu, Perak.
http://www.spnb.com.my/bm/corporate/media_event2005.htm

Skim Rumah Pertamaku dilancar
Utusan Malaysia, 9 Mac 2011

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, SELARI DENGAN OBJEKTIF KERAJAAN UNTUK MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0309&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2011

Lapangan Terbang TUDM, macam dibodohkan orang Rembau ni

Posted: 26 Jun 2011 12:06 AM PDT



Tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan beria-ia membuat kenyataan bahawa akan dibina Landasan Terbang di Batu Hampar, Rembau. Jun 2011 belum nampak bayang Landasan Terbang Rembau ni. Kemudian 28 Mei 2011, Najib kata Pangkalan TUDM Sungai Besi akan dipindahkan ke Sendayan. Tup tup Mohamad Hasan kata pada 25 Jun 2011 Pangkalan TUDM di Sendayan nanti hanya untuk helikopter sahaja, bukan untuk kapalterbang atau jet. Poning, Poning.

Macam nil ah, tak payah lah nak banyak cerita apa-apa lagi lepas ni. Dah siap barulah cerita. Macam dibodoh-bodohkan pula orang Rembau ni dengan macam-macam projek mega. Kalau bukan rakyat Rembau nampak bodoh, nampak macam bodoh pula pemimpin Negeri Sembilan dan Malaysia.

Kalau lapangan terbang hanya untuk helikopter dipanggil apa? Kalau Bahasa Inggeris dipanggil Heliport , kalau Bahasa Melayu mungkin Lapkopter agaknya, singkatan untuk Lapangan Helikopter, atau tanya Rais Yatim, dia tu pakar bahasa.

Berita macam ni yang buat orang berkobar-kobar nak pergi Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 nanti.

Kalau Heliport di Singapura iaitu Sembawang Air Base menempatkan sekitar 100 helikopter dengan 6 Skuadron, terdiri dari 20 buah helikopter gempur Apache, 5 buah Colibri, 6 buah Seahawk, 22 buah Super Puma, 12 buah Cougar dan 12 buah Chinook.

***********

HANYA UNTUK HELIKOPTER
Sinar Harian 26 Jun 2011

SEREMBAN - Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru di Sendayan, dekat sini akan menempatkan helikopter sahaja apabila ia mula beroperasi kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kapal terbang dan jet milik TUDM akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

"Tiada landasan kapal terbang untuk pelepasan dan pendaratan kapal terbang serta jet di Pengkalan TUDM Sendayan.

"Sehubungan itu, orang ramai di kawasan berhampiran Sendayan, Labu dan Seremban 2 tidak perlu bimbang tentang risiko pesawat udara terbabas atau bunyi bising jet pejuang serta kapal terbang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, pembinaan pengkalan TUDM yang baru itu dijadualkan bermula pada awal atau pertengahan tahun depan.

Dalam perkembangan sama, menurut beliau, wang yang diperolehi hasil penjualan tanah untuk membina Pengkalan TUDM Sendayan kepada Kerajaan Persekutuan digunakan untuk melangsaikan hutang Kerajaan Negeri sebanyak RM262 juta termasuk faedah kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Pembayaran akan dibuat pada 28 Jun ini dan ia mengurangkan beban hutang ditanggung Kerajaan Negeri," katanya.

Difahamkan, pinjaman wang berkenaan dibuat Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu berkaitan pampasan tanah Felda Sendayan beberapa tahun lalu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9227289.asp

MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG
Sinar Harian Mei 2011 - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan ditunaikan oleh Kerajaan BN sebagai bukti kesungguhan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9115249.asp

PANGKALAN UDARA BAHARU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DI SENDAYAN
Utusan Malaysia 28 Mei 2011 – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kawasan Sendayan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi yang akan ditutup tidak lama lagi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU
Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
http://amkns.blogspot.com/2011/05/majlis-letak-batu-asas-landasan-pesawat.html

SEJARAH LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.

Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.
http://www.pnm.my/yangpertama/Auto_Lpgtrbng.htm

SUNGAI BESI AIRPORT KUALA LUMPUR
Airport, this airport has become now the operating ground and base of the military force and their aviation wing of Malaysia.

Sungai Besi Airport Kuala Lumpur in Malaysia is used by the Royal Malaysian Air Force, the aviation wing of the Malaysia Fire and Rescue Department and the aviation unit of the Royal Malaysian Police. All these forces have impart a particular grandeur to the operations from Sungai Besi Airport Kuala Lumpur.

There are two runways in Sungai Besi Airport Kuala Lumpur. Aprt from the regular features of an airport, this airport has some other additional interesting aspects as well. The base of the Royal flying club, named The Royal Selangor Flying Club, has also a base in this airport. Moreover, one military museum, The Royal Malaysian Air Force Museum is located near this airport making it one of the innumerable travel destinations in Kuala Lumpur.
http://www.flightshotelstours.com/malaysia/flights/kuala-lumpur/sungai-besi-airport.html

Sembawang Air Base
Sembawang Air Base (ICAO: WSAG) is a military airbase of the Republic of Singapore Air Force located at Sembawang, in the northern part of Singapore.

Currently, there are approximately 100 helicopters based in Sembawang Air Base, almost all are operating in support of the Singapore Army and the Republic of Singapore Navy.

120 Squadron with 20 AH-64D Longbow Apaches
123 Squadron with 5 EC120 Colibri
124 Squadron with 6 S-70B Seahawks
125 Squadron with 22 AS332M Super Puma
126 Squadron with 12 AS532UL/AL Cougar
127 Squadron with 12 CH-47SD Chinooks.
http://en.wikipedia.org/wiki/Sembawang_Air_Base

Heliport - an airport for helicopters
http://www.thefreedictionary.com/Helicopter+port

Lagu BERSIH oleh Tan Sri SM Salim dan M Nasir

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT



LAGU TAN SRI S M SALIM KENA GAM? Benarkah lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian bersama Tan Sri S.M. Salim dan M Nasir yang dahulunya begitu terkenal dan banyak memberi kata-kata nasihat dan pengajaran untuk orang Melayu dah kena gam kerana terlalu banyak menyebut perkataan 'BERSIH'?

Boleh muat turun lagu ini di http://www.youtube.com/watch?v=8PpVu470MZk

Sesiapa yang kreatif boleh masukkan dalam Youtube Sekitar Perhimpunan BERSIH 2007 berlatarbelakangkan lagu ini.

Lirik SELOKA CAK KUN CAK di bawah :

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita ramai terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Keras semangat kerana bangsa
Gerak semangat kerana bangsa

Dialog itu orang dulu, berani rajin

Kelekaan jangan dikenang
Lautan juga kelak direnang
hampir tinggal sehelai benang
bencana sengaja dipinang
jika perhati bangsa dagang
kapak beliong,di tangan memegang
kekayaan hendaklah diregang
akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termasyhur
usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya BERSIH, hatipun BERSIH
budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya besih, hatipun BERSIH
memikul belati tiada yang memilih

Jadikan besih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan BERSIH, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

Tiada ulasan: