Jumaat, 17 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umno bunuh pengusaha kereta terpakai Bumiputera?

Posted: 16 Jun 2011 08:37 PM PDT



Semakin hari rakyat, usahawan diperkenalkan dengan pelbagai akta dan undang-undang baru. Antaranya kereta terpakai perlu menjalani pemeriksaan Puspakom. Eloklah tu, pengusaha kereta terpakai bumiputera dah mula protes, mengatakan Akta ini MEMBUNUH PENGUSAHA DALAM KALANGAN BUMIPUTERA.

HIDUP MELAYU !

Apa boleh buat UMNO, PERKASA dan UTUSAN sibuk buat laporan polis Perhimpunan BERSIH, Bukannya nak MEMBELA PENIAGA MELAYU !

BANTAH PINDAAN AKTA.

Sinar Harian 17 Jun 2011 - Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka mendakwa, pengguna akan menerima kesan sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meneruskan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuat kuasa semalam.

Mengikut pindaan itu, katanya, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum ia boleh dipindah milik kepada pembeli baru.

PENGUSAHA JUALAN KERETA TERPAKAI, ZAINAL ABU BAKAR, 38, PULA MENDAKWA, AKTA BERKENAAN JUGA AKAN MEMBUNUH PENGUSAHA DALAM KALANGAN BUMIPUTERA.

"Syarat akta berkenaan juga memaksa pengusaha melangsaikan segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum membolehkan pembeli membeli kereta baru.

"Ia sudah pasti membebankan pengusaha yang kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan mereka," katanya, sambil mendakwa ramai pengusaha bumiputera akan gulung tikar.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9199323.asp

Artikel berkaitan sebelum ini :

SEMUA PENJUAL KERETA AKAN SOKONG PAKATAN RAKYAT http://amkns.blogspot.com/2011/05/semua-penjual-kereta-akan-sokong.html

JUAL KERETA TERPAKAI KENA PERIKSA AIRCOND, GILA KE?
http://amkns.blogspot.com/2011/06/jual-kereta-terpakai-kena-periksa.html

Bila Utusan promo Judi, JKKK dicekup berjudi

Posted: 16 Jun 2011 07:54 PM PDT



Ahli JKKK wanita dicekup berjudi – KANGAR : Seorang wanita yang juga ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sebuah kampung di Mata Ayer di sini, adalah antara empat kaki judi yang dicekup polis dalam serbuan pada Ahad lalu.

( Artikel sebelum ini HIDUP MELAYU, HIDUP JUDI, MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI di http://amkns.blogspot.com/2011/05/hidup-melayu-hidup-judi-menang-sorak.html )

Dia bersama seorang lagi wanita termasuk dua lelaki berusia umur 40-an itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Pelacuran (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di Kampung Cikgu Ali, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 10.30 malam ketika kawasan berkenaan dipenuhi hampir 10 pemain sedang leka bermain judi belangkas.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhliJKKKwanitadicekupberjudi/Article/index_html

Seronoknya, Pendidikan Seks di sekolah November ini

Posted: 16 Jun 2011 05:54 PM PDT



Pendidikan Seks telah mula diajar di semua kem PLKN. Kini Pendidikan Seks akan mula diajar disemua sekolah di Malaysia bermula November 2011 nanti. Adakah objektif pendidikan seks untuk mencegah zina atau untuk mencegah kehamilan ketika berzina?

Apakah apabila orang Melayu mula faham pendidikan seks, mereka akan lebih faham cara berzina yang selamat tanpa perlu hamil dan buang bayi?

Objektif pendidikan seks di negara barat adalah untuk mengelakkan kehamilan apabila berzina di kalangan remaja seperti dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html


PENDIDIKAN SEKS MULA DIAJAR DI SEKOLAH NOVEMBER INI
Utusan Malaysia 17 Jun 2011

RAUB 16 Jun – Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN),

Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka.

"Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu.

"Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul.

"Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,'' katanya. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm

Tiada ulasan: