Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Umno dicadang tubuh Ulama SUU
- Ketua Menteri Melaka dah ada Facebook, WOW
- Kenapa saya seorang Melayu sertai DAP
- Wanita tidak selamat lagi berjalan di Malaysia
Posted: 10 Jun 2011 02:53 AM PDT Nampaknya Umno memandang serius penubuhan Ulama SUU, iaitu Sayap Ulama Umno. Apakah ianya akan menjadi kenyataan penubuhan Ulama SUU ini? Sayap ulama boleh jadi penasihat UMNO Utusan Malaysia 10 Jun 2011 KUALA LUMPUR 9 Jun - UMNO menyifatkan cadangan penubuhan sayap ulama sebagai satu usaha yang baik kerana golongan itu dapat membantu memberi panduan dalam pengendalian aktiviti parti supaya UMNO dilihat lebih serius menerapkan nilai-nilai Islam dalam agenda dan perjuangannya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sayap ulama juga boleh bertindak sebagai badan yang secara berkala memberi nasihat kepada pelaksanaan dasar-dasar parti. Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu direalisasikan, kedudukan ulama perlu dipastikan sesuai dengan peranan yang ditentukan Islam termasuk nasihat yang diberikan mengikut hukum Islam sebenar tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik. "Ulama-ulama lazimnya tidak memihak dan memberi panduan mengenai hukum mengikut nas dan ijmak ulama. Lainlah kalau ulama yang menggunakan agama untuk kepentingan politik seperti yang terdapat dalam Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penubuhan sayap ulama UMNO yang dicadangkan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menerusi kolumnya, Cuit seperti yang disiarkan akhbar ini hari ini. Menurut Ahmad Zahid, penubuhan sayap ulama UMNO bagaimanapun perlu diteliti dengan mendalam termasuk dibawa ke mesyuarat Biro Politik dan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) agar tidak bercanggah dengan perlembagaan dan peraturan parti. Dalam perkembangan sama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penubuhan sayap ulama UMNO perlu disegerakan memandangkan Pas dilihat tidak lagi menerajui perjuangan Islam. "UMNO sememangnya sentiasa berjuang ke arah kepentingan Islam dan perjuangan ini wajar diinstitusikan secara formal dalam bentuk majlis ulama yang dapat memberi nasihat kepada MT," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive |
Ketua Menteri Melaka dah ada Facebook, WOW Posted: 10 Jun 2011 01:00 AM PDT Nampaknya Ketua Menteri Melaka dah mula nak berkempen guna Facebook. Biarkanlah, apa salahnya, negara demokrasilah katakan. Siap nak gajikan stringer (wartawan) untuk Facebook Ketua Menteri Melaka ni. Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain macamana, tak kiralah yang PAS ke, Umno ke, PKR ke? Atau cuma harap RTM, TV3, Utusan dan Harakah kempen untuk mereka? Nak tahu Ahli Parlimen parti mana yang aktif berinteraksi di internet sila ke pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/patutlah-pas-kalah-teruk-di-sarawak-tak.html Sesiapa nak jadi Stringer untuk Facebook Ketua Menteri Melaka sila ke pautan berikut http://bumimelaka.blogspot.com/2011/06/hot-peluang-bekerja-dengan-ketua.html |
Kenapa saya seorang Melayu sertai DAP Posted: 10 Jun 2011 12:15 AM PDT Roketkini.com - Saya adalah seorang Melayu yang dilahirkan di Kangar, Perlis pada tahun 1963. Kini saya adalah seorang ahli DAP cawangan Padang Besar, Perlis. Saya telah tertarik dengan DAP sejak kembalinya bapa saya ke rahmatullah pada tahun 2005. Sebelum ini adalah keberatan untuk saya meninggalkan UMNO kerana arwah adalah salah seorang pengasas UMNO bersama Tan Sri Sheikh Ahmad yang berjuang sejak Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Selama 30 tahun saya menjadi ahli UMNO sejak dari Kelab UMNO luar negara hinggalah tahun 2011. Saya pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, pegawai bank dan kini ahli perniagaan. Persekolahan saya adalah bermula dari Kangar English School, SMK Putra,SMK Derma hinggalah ke luar negara. UMNO mulai zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman patut dikagumi kerana dasar tolak ansur Tunku sehinggalah mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia dan peletakan asas kepada penyatuan kaum di negara ini .Setelah peristiwa 13 Mei 1969 dan setelah negara bertukar perdana menteri kepada Tun Abdul Razak pelbagai langkah rangsangan dibuat untuk memajukan kaum yang dikenali sebagai Bumiputera bagi mengekang ketidakpuasan kaum ini hinggalah ke era pemerintahan Tun Hussein Onn. Setelah itu tiba pula era Tun Mahathir yang genius dalam semua bidang di dunia. Hinggalah akibat hendak merealisasikan impiannya dengan pantas, rakyat telah diperlihatkan akan kehebatannya di peringkat negara dan persada dunia. Namun pelbagai perubahan dan pembangunan yang dilakukannya telah membawa padah kepada rakyat dan negara dalam tempoh jangka panjang. Salah guna kuasa, korupsi, ISA, OSA, Akta Hasutan, kronisme, ketegangan hubungan antarabangsa khususnya dengan Amerika dan isu Palestin, peningkatan kos hidup, agihan ekonomi negara secara tidak adil,mengaut kekayaan untuk anak-anak adalah antara ciri-ciri pentadbirannya yang membinasakan negara yang kaya dengan hasil bumi ini di samping dasar penswastaan yang gagal dan membebankan rakyat serta isu kekebalan raja-raja Melayu yang akhirnya menyebabkan perdana menteri yang menjadi kebal. Campur tangan politik yang keterlaluan dalam PDRM, kehakiman, peguam negara, SPRM, tentera dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan seperti SPR telah menambahkan kebinasaan kepada negara. Itulah antara sebab Malaysia menduduki antara tangga teratas korupsi dan penghantaran wang haram ke luar negara. Oleh itu UMNO perlu muhasabah diri, salahkan diri sendiri, dan jangan salahkan pihak lain. Jangan gunakan kekerasan kerana ianya akan mengundang malapetaka seperti berlaku di Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Libya, Oman, Thailand, Filipina dan Indonesia sebelum ini di mana negara kecundang pemerintahannya akibat kebangkitan rakyat. Sebenarnya DAP telah menunjukkan urus tadbir yang baik melalui sistem cekap, akauntabel dan telus (CAT) walau pun pelbagai fitnah dilemparkan oleh UMNO. Inilah satu-satunya cara untuk membela rakyat Melayu, Cina, India,dan lain-lain daripada kongkongan pemimpin BN yang angkuh. Saya akan terus berjuang dalam DAP. Kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya. Abdul Manan 29 Mei 2011 Sumber : http://roketkini.com/2011/05/30/mengapa-melayu-mula-tertarik-dengan-dap/ |
Wanita tidak selamat lagi berjalan di Malaysia Posted: 09 Jun 2011 05:54 PM PDT Ini kes yang dilaporkan. Berapa banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, dilaporkan tetapi tiada tindakan susulan, bilakah Malaysia akan aman, rakyat akan berasa selamat terutama para wanita apabila berada di luar rumah tanpa ditemani para suami? JURURAWAT DICULIK NYARIS DIJUAL Harian Metro 9 Jun 2011 Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu. Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri. Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa. http://www.hmetro.com.my/articles/Jururawatdiculiknyarisdijual/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan