Rabu, 8 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Chegubard kekal dengan PKR, buat masa ini

Posted: 08 Jun 2011 12:53 AM PDT



Roketkini.com 8 June 2011 - Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard yang dikatakan akan keluar parti untuk menyertai DAP atau PAS, masih kekal dengan PKR yang disertainya sejak 1999.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menjelaskan bahawa selagi beliau tidak dipecat oleh PKR, selagi itu beliau akan terus bersama dengan parti berkenaan.

"Biarlah saya katakan bahawa saya akan tetap menegur apa yang salah dan mempertahankan apa yang benar, termasuk dalam parti. Saya belum buat apa-apa keputusan.

"Lagi pun, kalaulah saya (yang mengkritik pimpinan parti) sekarang berada dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional, rasanya sudah lama saya dipecat," katanya kepada Roketkini.

Beliau yang telah mempertikaikan proses pemilihan PKR pada akhir tahun lalu – sebelum dan selepas pengundian diadakan – di mana beliau bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan tetapi tewas kepada penyandang Shamsul Iskandar Md Akin, telah dikecam hebat oleh beberapa pemimpin utama parti.

Apabila ditanya sama ada DAP atau PAS bakal menjadi pilihan, jika benar-benar membuat keputusan meninggalkan PKR, Chegubard ketawa dan hanya menjawab: "Belum tahu lagi".

Beliau mengakui faham dengan matlamat dan konteks prinsip Malaysian Malaysia serta Utamakan Rakyat Malaysia yang dibawakan oleh DAP.

"Saya tak nampak pun elemen negatif di situ, tetapi ia diwajahkan menjadi negatif oleh Barisan Nasional, sentiasa ditakutkan, sentiasa dimomokkan," katanya.

Menurutnya, serangan UMNO dan BN terhadap DAP adalah kerja pecah perintah dan taktik lama yang mereka warisi dari penjajah.

Beliau menjelaskan, UMNO mahu menakutkan orang Melayu kerana bimbang DAP yang sudah membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik bersama dengan PKR dan PAS di Pulau Pinang akan dapat menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat.

"(Mengikut propaganda UMNO) apabila orang Cina sokong MCA atau SUPP, itu bukan perkauman, tetapi jika orang Cina menyokong DAP, maka ia perkauman. Jadi DAP menanggung beban yang lebih.

"Jika DAP berjaya bawa masuk orang Melayu menjadi ahli, menerima orang Melayu sebagai pemimpin, DAP akan berjaya menjadi parti yang benar-benar berwajah Malaysia. Dengan itu habislah UMNO dan BN," tambah beliau.

Chegubard yakin DAP dapat kekal sebagai parti pelbagai kaum yang berprinsip dan adil walau pun ia membuka ruang yang lebih dan memberi pendidikan politik kepada kelompok pemimpin Melayu yang muda.

"Saya percaya dan yakin, dalam tempoh satu atau dua penggal ini, jika DAP berjaya mengubah wajah seperti itu, dengan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan muda Melayu, atau yang bukan Cina, DAP akan menjadi sebuah parti teraju dalam negara ini," katanya.

Menurutnya eksperimen politik telah pun ditonjolkan sedikit melalui pilihan raya umum 2008 apabila PKR, PAS dan DAP enggan mengikut rentak BN yang meletakkan calon mengikut kaum.

"Ada tempat yang BN letak calon Melayu, kita letak calon Cina, ada tempat yang BN letak calon India, kita letak Melayu. Kita tak guna pakai lagi sistem ikut kaum. Sebab dalam perang, kejayaan yang pertama ialah kita jangan bermain di padang mereka.

"Sekarang yang BN panik kerana kita tak bermain di padang dia, jadi bila keluar dari padang mereka, kita main sistem peraturan lain dan akhirnya kita boleh menang," jelasnya. – Roketkini.com

Ikuti wawancara Roketkini dengan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dalam ruangan Wawancara

http://roketkini.com/2011/06/08/chegubard-kekal-dengan-pkr%e2%80%a6-buat-masa-ini/

Aktiviti Judi Berleluasa di Perhentian Teksi Kuala Terengganu

Posted: 07 Jun 2011 11:21 PM PDT



Aduan Rakyat Online, 8 Jun 2011 - Di sini saya ingin menyampaikan rasa tidak senang hati dengan aktiviti judi yang sangat bereluasa dan terang-terangan berhampiran Stesen Teksi Kuala Terengganu.

Aktiviti haram ini kebiasaannya dijalankan pada waktu pagi hari hingga berlarutan lewat malam. Apa yang saya kesalkan, seolah-olah tiada tindakan yang diambil oleh pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam Terengganu dan pihak Polis.

Malah aktiviti ini dijalankan di depan org ramai dan bersebelahan kedai makan dan tapak kedai makan itu pula disewa dengan pihak stesen teksi dan Bandaraya Negeri Terengganu. Ini boleh mencacat kan pemandangan org ramai dan pelancong.

Oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memanjangkan aduan saya ini kepaada pihak yang sepatutnya dan pihak yang boleh ambik tindakan yang betul. Bukan pihak yang makan gaji buta dan makan duit haram.

Saya cadangkan robohkan bangunan dan kedai berhampiran serta tumbangkan pokok besar berhampiran kedai itu kerana saya dapati disitu lah tempat yang biasa menjadi port atau stesen untuk mereka melakukan aktiviti haram ini.

Saya juga cadangkan supaya dipagar kawasan kubur kerana kawasan itu seolah-olah tidak diperdulikan oleh orang ramai terutama nya perjudi tersebut.

Sedar lah wahai pihak berkuasa, nama je Terengganu Darul Iman tapi aktiviti judi yang dijalankan seperti bersuluh di tempat terang tdiak dipedulikan..kalu ader pun tangkapan yg dibuat, seminggu dua keluar balik pejudi tersebut, malah aktiviti judi masih berjalan seperti biasa..saya memang sangat berharap pihak tuan dapat ambil tindakan dengan segera..sekian terima kasihh…

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/aktiviti-judi-berleluasa-di-perhentian-teksi-bandar-kuala-terengganu

Saifudin Nasution di Seremban 19 Jun 2011

Posted: 07 Jun 2011 06:38 PM PDT



CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 19 Jun 2011, AHAD
Masa : 9 mlm.
Tempat : Markas Keadilan, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Penceramah :
YB Saifuddin Nasution (SU Agung PKR, AP Machang)
YB Taufek Abd Ghani - ADUN (PAS) Paroi, N.Sembilan
YB Ng Sue Lim - ADUN (DAP) Sekinchan, Selangor

Semua dijemput hadir

Persatuan Penjual Kereta Terpakai Protes Peraturan Pemeriksaan Baru

Posted: 07 Jun 2011 06:36 PM PDT



KUALA LUMPUR, Selasa Jun 7, 2011

Penjual-penjual kereta terpakai kecewa dengan punguatkuasaan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan yang mahu dijual semula menjalani pemeriksaan 18 aspek selaras dengan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010).

Mulai 15 Jun, semua kenderaan terpakai yang mahu dijual semula perlu menjalani pemeriksaan berkenaan dikenali sebagai B7.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin berkata, B7 akan menyebabkan para pelanggan terbeban dengan kos yang tidak sepatutnya dikenakan.

Katanya, pemeriksaan empat aspek sedia ada (B5) melibatkan nombor casis, nombor enjin, tingkap dan cermin depan selain bahagian potong dan sambung adalah memadai.

"Pemeriksaan B7 amat tidak perlu dengan tambahan 14 aspek yang berasaskan pemeriksaan visual semata-mata amat tidak munasabah," katanya kepada pemberita semasa protes oleh sekumpulan ahli-ahli Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Kuala Lumpur serta Selangor di sini, Selasa.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu dan syarikat yang ingin menjual kereta terpakai perlu mendapatkan sijil kelulusan Pemeriksaan Sewa Beli daripada Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) sebaik Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010)

Sijil yang akan dikeluarkan Puspakom mesti melalui pemeriksaan mekanikal yang merangkumi 18 aspek termasuk nombor casis, nombor enjin, nombor pendaftaran, cermin, tayar dan brek.

Khoo berkata, peraturan baru itu hanya akan menguntungkan Puspakom sedangkan pelanggan terpaksa membayar sehingga RM90 untuk tujuan pemeriksaan itu berbanding RM30 bagi B5.

Isu lain yang dibangkitkan ialah bayaran tempahan sebanyak 1 peratus, yang memerlukan penjual kereta terpakai mengembalikan bayaran berkenaan sebanyak 90 peratus sekiranya jual beli dibatalkan .

"Jika kami ambil Rm100 untuk kenderaan berharga RM10,000, kami hanya dapat RM10 jika pelanggan membatalkan proses pembelian pada saat akhir. Ini tidak adil," katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/7/mstar_berita/20110607194728&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: