The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 15 May 2011 08:56 AM PDT Dato Seri Najib Tun Razak memang berada didalam keadaan yang sangat tertekan untuk mengadakan PRU-13 didalam tempoh yang terdekat ini. Pilihanraya Negeri Sarawak tidak memberikan apa-apa kelegaan kepadanya dan Barisan Nasional. Anjakan peralihan di Negeri Sarawak adalah diantara 5% hingga 20% memihak kepada Pembangkang, dan kenapa Pembangkang tidak berjaya mengambil alih pemerintahan di Sarawak kerana disana anjakan yang diperlukan adalah 30% dan lebih. Jika diandaikan anjakan yang sama berlaku di Semenanjung, maka satu perubahan yang paling besar akan berlaku dan paling tidak Pembangkang boleh menambah sekurang-kurangnya 20 lagi kerusi Parlimen. Di Sarawak sahaja Pembangkang sudah pasti dapat menambah tidak kurang dari 8 kerusi Parlimen, dan berapa pula penambahan di Sabah? Memikirkan kemungkinan seperti ini menyebabkan Najib sangat berdilema untuk mengadakan PRU-13. Justeru itu dirancang pelbagai fitnah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, lepas fitnah 1 dibuat pula fitnah 2, dan apabila fitnah 2 itu sudah jelas tidak ada asasnya, maka dicipta pula fitnah 3. Tetapi ini semua menjadi boomerang, semua berbalik kepada UMNO dan BN, semua fitnah tidak diyakini oleh rakyat termasuk oleh ahli-ahli UMNO, bahkan ahli=ahli UMNO yang kuat imannnya, mula mahu menjauhkan diri dari pimpinan UMNO kerana pimpinan UMNO sudah hilang pegangan moral dan jauh sekali pegangan agama. Seluruh Ulamak besar di dunia, satu persatu mempertahankan Anwar untuk menghadapi fitnah sex yang jahat ini, dan pandangan umat Islam terhadap pimpinan BN adalah "jijik" pimpinan yang jijik, tidak bermoral dan tidak boleh dipertahankan untuk memerintah Negara. Isu demi isu sensitif telah dibawakan oleh UMNO termasuk isu kononnya wujud kumpulan Kristian mahukan agama itu menjadi agama rasmi. Yang mempercayai isu yang digembar-gemburkan oleh Akhbar UMNO itu hanyalah pimpinan UMNO serta badan perkauman sempit PERKASA. Isu ini membawa penentangan daripada mereka yang beragama Kristian terhadap BN dan sudah tentu mereka yang beragama Kristian tidak akan memilih Barisan Nasional didalam Pilihanraya yang akan datang. Siapakah orang-orang Kristian di Malaysia? Di Semenanjung, mereka itu terdiri daripada sebahagian orang China dan India, tetapi di Sabah dan Sarawak terdiri daripada kaum Bumiputra yang mendiami pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak, dan selama ini golongan Bumiputra itulah yang menyokong BN. Isu penggunaan sebutan ALLAH, Al-Kitab dan kini "Kristian menjadi agama ramsi" kesemuanya menjadi boomerang yang akan makan tuan. Penulis amat yakin bahawa jika Pilihanraya Umum ke-13 diadakan didalam tahun ini, BN akan kalah dengan simple majority dan Kerajaan baru PR akan ditabalkan di Putrajaya. Tidakkah itu merisaukan Najib dan Barisan Nasional? |
Nostalgia Felda 1980-an - Ada Pengurus Felda yang bacul! Posted: 15 May 2011 01:07 AM PDT Bukan semua Pengurus Felda itu berani. Mereka pernah mendengar kisah-kisah ditahun-tahun 1980-an bila mana ada diantara Pengurus-Pengurus Felda ini ditahan didalam rumah oleh Peneroka-Peneroka, dan peristiwa yang paling tertonjol adalah yang berlaku kepada Pengurus di Felda Kg Awah. Pengurus disitu merasakan bahawa dia adalah paling berkuasa di dalam Rancangan Felda Kg Awah itu, bersikap sombong seolah-olah dia adalah pemilik kepada semua ladang di rancangan itu, dan memandang sepi dengan apa juga komplen dan teguran daripada peneroka-peneroka. Cakap-cakap dari Pengurus yang sentiasa berkata apabila berhadapan dengan teguran daripada peneroka-peneroka bahawa "Jika tak suka jadi Peneroka, boleh bawa kain baju dan balik kampong, ramai lagi yang mahu menjadi Peneroka." Cakap-cakap seperti ini bukan saja cakap orang sombong tapi cakap seperti ini menyayat hati peneroka-peneroka. Apa yang ditegur oleh peneroka adalah perkara yang sangat basik. Pendapatan peneroka pada waktu itu tak melebihi RM10.00 apabila ditolak keperluan peneroka dari pendapatan mereka pada hari balance. Tentulah pendapatan sekecil itu menjadikan peneroka sebagai golongan paling miskin. Maka mereka mulailah menjualkan baja, dan terkadang kala pula mengambil beras, susu dan sebagainya dari kedai PNF dan selepas itu menjualkan keluar dengan harga yang rendah untuk mendapatkan duit tunai. Mereka yang ditangkap berbuat begini diberikan amaran keras untuk dipecat dari Rancangan. Dan ada juga yang ditangkap kerana menjualkan getah sekerap keluar, dan golongan itu memang disingkirkan dari rancangan. Tidak tahan dengan telatah pengurus, maka berpakatlah peneroka-peneroka di Kg Awah itu, mereka tangkap pengurus dan letak pengurus dibawah kancah sehinggalah pengurus itu diselamatkan oleh pihak polis setelah menerima laporan. Kejadian sebegini bukanlah kejadian yang terasing, banyak kejadian lain berlaku di rancangan-rancangan lain. Pada suatu hari peneroka-peneroka Felda Kg Awah sudah tidak tahan lagi dengan kerenah pengurus yang langsung tidak menunjukkan simpati diatas pendapatan peneroka yang kecil. Mereka mengadakan piket. Beratus-ratus peneroka berpiket. Ada juga peneroka yang terlampau membodek pengurus dan UMNO yang tidak berpiket, tetapi ingin ambil tahu dan datang menghampiri picket line. Semasa serbuan polis, peneroka-peneroka yang berpiket lari lintang pukang, tetapi dikalangan mereka yang tidak berpiket merasakan mereka tidak bersalah, maka tertangkaplah seorang darinya. Dengan serta merta peneroka ini diambil tindakan pecat dari rancangan. Beliau adalah orang Melaka. Tidak boleh lagi tinggal di rumah peneroka di Felda Kg Awah. Kesian dengan nasib peneroka ini dan keluarganya, saya ambil dia dan letakkan disebuah bilek dipejabat saya di Temerloh. Dengan sedikit wang yang saya bekalkan maka keluarga peneroka ini menggunakan ruang kemudahan dipejabat saya untuk memasak dan membasuh baju dan untuk tidur. Saya telah menulis surat kepada KDYMM Sultan Pahang memohon bantuan Sultan supaya peneroka ini dapat dikembalikan semula menjadi Peneroka. Diatas titah, saya membawa peneroka ini ke Pekan untuk bertemu Sultan, tetapi sampai di Pekan Sultan menyatakan bahawa beliau tidak dapat menemui peneroka ini pada hari itu dan Sultan membekalkan RM700.00 untuk perbelanjaan peneroka ini. Sultan telah menetapkan tarikh lain untuk pertemuan di Istana Temerloh. Pada hari berkenaan itu saya bawa peneroka ini menemui Sultan di Istana Temerloh. Sultan telah ditemani oleh Pegawai-Pegawai Tinggi Felda, Dato Khalil Yaakob dan MP Hishamuddin Yahya (MP Maran). Sultan nampak cukup simpati dengan peneroka ini dan beliau bertanya samada peneroka ini masih mahu menjadi peneroka Felda. Tidak ada jawapan daripada peneroka ini, senyap seperti batu jatuh ke sungai. Saya cuba jawabkan bagi pihak peneroka itu dan sultan menegur saya: "Suhaimi, kawan tanya peneroka ni, bukan tanya Suhaimi, biar dia yang jawab." Tetapi tidak ada jawapan dari peneroka ini. Beliau tunduk dan tidak berkata apa-apa. Sultan membawakan pelbagai cerita supaya peneroka inii berasa selesa, sehingga sultan berkata bahawa peneroka itu tidak perlu berbahasa "patik" dan "Tuanku" memadai dengan bahawa "saya" dan "awak". Tetapi setelah ditanya berkali-kali, tetap juga peneroka ini tidak menjawab. Akhirnya Sultan ketawa kecil dan menyatakan bahawa Peneroka ini bisu dan tidak tahu apa yang dia mahu. Sultan pinta Dato Khalil mengeluarkan RM700.00 untuk beri kepada peneroka itu, dan selepas itu Sultan itu berkata: "Tak salah kawan lagi ya, kawan dah tanya habis-habisan samada nak menjadi peneroka semula tetapi kamu tak mahu jawab. Baliklah ke Melaka kerana kamu tak mahu lagi menjadi peneroka." Diluar Istana, saya tanya peneroka itu kenapa dia membisu dan tak menjawab soalan dari Sultan. Dia kata "Entah, kelu tak berani nak cakap apa pun." Keesukan harinya kembalilah peneroka itu ke Melaka. Persoalannya disini ada pengurus Felda yang bacul dan apabila mahukan sesuatu dilakukan keatas seseorang peneroka dia menggunakan JKKKR dan memaksa ahli-ahli blok supaya menahan ceramah PAS seperti yang berlaku di Felda Sebertak, Bera dan Keratong 4 di Muadzam. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan