Ahad, 8 Mei 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Biro Masyarakat Felda PKR Pahang dirombak

Posted: 08 May 2011 09:16 AM PDT

Didalam mesyuarat Biro Masyarakat Felda PKR Pahang petang tadi di Rest House Temerloh, rombakan telah dibuat bagi memperkemaskan organisasi Biro tersebut bagi menghadapi PRU-13 yang dijangka akan berlangsung didalam tahun ini.

Berikut adalah Jawatankuasa baru iaitu:

Pengerusi: Haji Suhaimi Said (Kuala Krau)
Timbalan Pengerusi: Bostamin Bakar (Maran)
Naib Pengerusi: Rosni Arshad (Rompin)
Setiausaha: Ab Kadir Abd Manap (Temerloh)
Pen. S/Usaha: Abd Rahman Yaakop (Bentong)
Ketua Penerangan: Rosli Ahmad (Jerantut)
Ketua Wanita: Khalia Sh. Mohamad (Kuala Krau)

Seramai 26 orang Anggota-Anggota Jawatankuasa terdiri daripada wakil-wakil dari Cameron Highlands, Bentong, Temerloh, Kuala Krau, Jerantut, Rompin, dan Pekan telah dilantik.

Penyelarasan PKR Zon Tengah antara DUN-DUN

Posted: 08 May 2011 09:06 AM PDT

Alhamdulillah, petang tadi di Rest House Temerloh telah dapat diselaraskan tenaga-tenaga gerak-kerja diantara petugas-petugas PKR untuk DUN Damak di Jerantut, DUN Kuala Sentul di Maran, DUN Lanchang di Temerloh dan DUN Jenderak di Kuala Krau.

Satu plan tindakan bersama telah digariskan dan jadual-jadual kerja telah dipersetujui bertujuan pada kali ini untuk memenangi DUN-DUN Damak, Kuala Sentul, Lanchang dan Jenderak.

DUN Damak diwakili oleh Sdr Rosli Ahmad, DUN Kuala Sentul diwakili oleh Sdr Bostamin Bakar, DUN Lanchang diwakili oleh Sdr Ab Kadir Abd Manap (Pak Jabit) dan DUN Jenderak oleh Haji Suhaimi Said.

Gerak kerja yang diselaraskan ini akan mempastikan bahawa PKR di DUN-DUN berkenaan akan menggerakkan jentera parti dan jentera pilihanraya dengan tujuan untuk memenangi kawasan-kawasan DUN berkenaan.

Mesyuarat kali kedua akan diadakan dalam tempoh dua minggu untuk memperincikan tindakan-tindakan yang telah dipersetujui dan menganalisis kekuatan dan kelemahan auntuk mempastikan kesiapsiagaan organisasi menghadapi PRU-13.

BN bermain api perkauman dan sentimen ugama

Posted: 07 May 2011 10:40 PM PDT

Api perkauman dan sentimen ugama adalah elemen yang sangat berbahaya yang boleh memecahkan perpaduan kaum dan toleransi beragama di Negara ini. Sentimen perkauman ini pada peringkat awalnya hanya dimainkan oleh badan-badan NGO Melayu yang tidak mempunyai kecenderungan untuk melihat Malaysia yang bersatu-padu.


Badan NGO seperti PERKASA tidak mempunyai sebarang perhetungan untuk mengekalkan perpaduan kaum asalkan badan itu menjadi relevan dengan memainkan sentimen Melayu yang melampau.


Permainan ini bertujuan untuk mempengaruhi UMNO yang merasakan bahawa jika parti itu tidak memainkan sentimen perkauman Melayu, undi Melayu yang diharapkan dan yang dicabar oleh PERKASA akan kehilangan darinya.


Utusan Malaysia sebagai media UMNO mendahului UMNO memperjudikan sentimen perkauman Melayu tanpa mengirakan sebarang etika kewartawanan, namun, UMNO yang memegang tampuk pemerintahan tidak mengambil apa-apa tindakan sehingga MCA, rakan kongsinya didalam Barisan Nasional, terpaksa mengambil kedudukan untuk memulaukan Utusan Malaysia dan mengecopnya sebagai akhbar yang rasis.


Kedudukan MCA ini disanggah oleh Tan Sri Muhyidin Yassin seolah-olah MCA tidak menghormati kebebasan media, suatu sendaan yang busuk datangnya dari seorang Menteri Kanan UMNO yang selama ini tidak pernah menunjukkan bahawa beliau menghormati kebebasan akhbar di Negara ini.


Kini timbul pula isu yang diutarakan melalui Utusan Malaysia, lidah rasmi UMNO, dan disokong pula oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein bahawa kononnya wujud gejala baru untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara dengan kekononannya bahawa jika agama itu dijadikan agama rasmi Negara maka pemeluk-pemeluk Agama Kristian di Negara ini boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.


Permainan ini sangatlah jahat dan busuk. Dan permainan seumpama ini hanya akan mencetuskan pecah-belah dikalangan masyarakat. DAP dikatakan oleh sumber ini sebagai parti yang mendalangi isu Kristian ini, suatu tuduhan jahat untuk meminggirkan parti itu dari penganut-penganut agama Islam.


Namun isu seumpama ini tidak mempengaruhi rakyat ramai tetapi hanya sekadar digunakan oleh badan-badan fanatik kaum dan agama untuk mengujudkan keadaan syak-wasangka dan pecah-belah dikalangan masyarakat.


Kesemua ini berlaku kerana Barisan Nasional menghadapi keadaan yang lemas dan cemas didalam arus politik Negara.


Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru berlangsung membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak mampu mempertahankan kekuasaannya jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang atau dalam jangka yang terdekat ini.


Orang-orang bukan Melayu menolak Barisan Nasional samada diatas nama MCA atau SUPP. Barisan Nasional menyedari bahawa Pakatan Rakyat hanya memerlukan sekadar 15 kerusi Parlimen sahaja lagi untuk mengambil alih Putrajaya dengan syarat dapat mempertahan kerusi-kerusi yang dimenangi didalam PRU-12 yang lalu.


Barisan Nasional juga sedar bahawa jumlah 15 kerusi itu bukanlah jumlah yang sukar untuk diperolehi dengan keadaan politik yang wujud di Negara ini pada hari ini.


Pakatan Rakyat akan dengan mudah boleh menambahkan antara 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang baru dan apabila PRU-13 berlangsung maka tamatlah riwayat Barisan Nasional memerintah Negara ini, dan buat kali pertama didalam sejarah Negara ini, Barisan Nasional akan menjadi parti pembangkang di Parlimen.


Inilah latar belakang berlakunya sentimen perkauman dan agama yang melanda Negara ini.


Tidak, DAP tidak memainkan sentimen agama dan kaum. Bahkan dibawah pentadbiran DAP di Pulau Pinang, peruntukan demi peruntukan diluluskan kepada badan-badan yang berkaitan dengan agama Islam dan guru-guru Kafa di Pulau Pinang menerima elaun yang jauh lebih besar daripada yang pernah diperuntukkan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri itu dimana UMNO menguasai majoriti kerusi-kerusi Barisan Nasional didalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.


Permainan sentimen ini membayangkan ketakutan Barisan Nasional untuk menghadapi kekalahan didalam Pilihanraya Umum yang akan datang.


Rakyat menuntut Barisan Nasional supaya tidak menyalakan api perkauman dan sentimen keagamaan.

Tiada ulasan: