Isnin, 9 Mei 2011

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Mengombak Kemenangan Di Kuala Pilah

Posted: 08 May 2011 11:37 PM PDT





8 Mei 2011, Ahad-Kg Pilah Tengah, Senaling: Lebih lima ribu orang telah hadir ke Ceramah Umum 'Mengombak Kemenangan Kuala Pilah' malam tadi. Ceramah yang julung kali diadakan dengan kehadiran bermakna Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan semangat ribuan yang hadir setelah menanti hampir sekian lama selepas PRU2008 lalu.

Kehadiran yang ramai dan luar jangkaan tersebut umpama membayangkan laluan kemenangan buat PR di Kuala Pilah. Walaupun pihak polis mengadakan sekatan jalan di laluan masuk selepas Pekan Senaling dan Seri Menanti, itu tidak menghalang kehadiran orang ramai membanjiri tapak ceramah.

Tapak ceramah yang terletak kira-kira 3 kilometer ke dalam dari Jalan Kuala Pilah-Tampin di Kg Pilah Tengah kelihatan meriah dengan deretan khemah-khemah peniaga memenuhi ruang tepi Jalan Senaling-Seri Menanti.


Lawatan DSAI: bakal mengombak kemenangan PRU-13

Posted: 08 May 2011 09:34 PM PDT




8 Mei 2011, Ahad: Semalam bertempat di dua tempat berbeza, kehadiran orang ramai ke program lawatan DSAI ke Negeri Sembilan iaitu di Simpang Pertang, Jelebu dan Kg Pilah Tengah, Senaling, Kuala Pilah cukup memberangsangkan.

Lebih 200 orang telah berasak-asak memenuhi ruang Pejabat Cabang Jelebu di Simpang Pertang semata-mata untuk mendengar ceramah DSAi yang sampai di pekan tersebut tepat jam 8.45 malam.

Inilah lawatan pertama DSAI selepas PRU2008 lalu yang kali terakhir beliau datang di Pertang pada bulan Mac 2008 lalu beberapa hari sebelum PRU 2008.

Kehadiran DSAI ke Pertang sebelum itu bermula dengan solat Maghrib bersama jemaah di Balai Rakyat Petaseh yang turut dihadiri oleh YDP Pas Kawasan Jelebu, Ketua Cabang Jelebu-Syed Hussain Syed Idrus, Pengerusi MPN Negeri Sembilan-YB Dato' Kamarul Baharin Abbas dan beberapa pimpinan utama PKR Negeri Sembilan.


Tiada ulasan: