Rabu, 25 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Johor (Seri Gading & Muar)

Posted: 25 May 2011 05:11 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

27 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1

8.00 – 9.30 mlm – Solat Isyat / Hajat / Tazkirah

Lokasi : Markas PAS Seri Gading (Parit Haji Hassan, Seri Gading)

Program 2

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Markas PAS Muar (Parit Pecah, Muar)

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
3. YB Johari Abdul
4. YBhg Datuk Prof. Dr Mahfoz Mohammaed
5. YB Dr. Boo Cheng Hau

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anwar Balas Saman Hishammuddin

Posted: 25 May 2011 02:26 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas terhadap saman yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersabit video seks fitnah yang cuba dikaitkan dengannya.

Anwar menerusi Tetuan Faiz dan Co mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya sebelum ini.

Terdahulu, Hishammuddin memfailkan saman terhadap Anwar kononnya mahu membersihkan namanya yang dikait Anwar sebagai antara yang turut mendalangi fitnah video seks terhadapnya.

Saman balas itu disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.

Tiada ulasan: