Rabu, 4 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ahmad Fadhli: Kenyataan Dr Juanda ‘Separuh Masak’

Posted: 04 May 2011 05:45 PM PDT

Dari Malaysiakini

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

Ahmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

“Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

“Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

“Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

"Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini,” kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai ‘pengkhianat Islam’ dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

“Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

“Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold…"

“Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?” soalnya.

Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu “separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak” bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau dengan jelas.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Klang, Selangor

Posted: 04 May 2011 05:15 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

7 Mei 2011 (Sabtu)

Program 1
7.00 – 12.00 mlm – Malaysian Indian Voice – Bersatu Untuk Berjaya

Lokasi : Dewan Hamzah, Kelang

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Karpal Singh
4. YB Prof Dr P. Ramasamy
5. YB Ronnie Liew Tian Khiew
6. YBhg Raidu

Program 2
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana- Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah

Lokasi : Markaz PAS, Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Dr Siti Mariah Mahmud
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YB Charles Santiago
6. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 04 May 2011 05:12 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

6 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1) 5.00 – 6.30 ptg

– Rapatsetia Pimpinan KeADILan Terengganu Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Gem Beach Resort, Batu Rakit

Program 2) 7.00 – 8.30 Mlm

- Solat Magrib Dan Hajat Rakyat Terengganu Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim
(Imam – Ustaz Zainal Abidin Ahmad – Mantan Timb Mufti Negeri Terengganu)

- Tazkirah Dato' Seri Anwar Ibrahim Untuk Rakyat Terengganu

Lokasi: Surau Kampong Tanjung, Batu Rakit (Tapak Ijtima' PAS 2010)

Program 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Bukit Payung

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Azan Ismail
4. YBhg Abu Bakar Chik
5. YBhg Abd Rahman Yusof
Program 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

Lokasi : Tanjung , Bandar Kuala Terengganu (Belakang Astaka)

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Azan Ismail
4. YB Wahid Endut
5. YBhg Fariz Musa

BN Silap Catur Isu Anwar

Posted: 03 May 2011 09:38 PM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.

Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di’telanjangkan’ rakyat akan menolak Anwar.

Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan Umno-BN.

Mahathir ketika menerajui Umno-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah.

Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu.

Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu.

Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib Umno-BN. Amarah rakyat kepada Umno-BN macam ‘api dalam sekam’. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong Umno-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini.

Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, Umno-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua.

Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah.

Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak Umno-BN dalam apa jua keadaan.

Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang.

Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan Umno-BN dihentikan. Kezaliman Umno-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik Umno-BN diranapkan.

Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Silap catur Umno-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Eskay Pegang Quran Namun Tak Ikut Hukum

Posted: 03 May 2011 09:28 PM PDT

Dari Malaysiakini

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan ahli perniagaan Datuk Sahzryl Eskay Abdullah mengambil sumpah laknat mengenai video lucah yang ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan al-Quran, lapor TV Selangor

"Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai.

"Mengapa bersumpah al-Quran digunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab," kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya," tambah beliau.

Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan al-Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak menmatuhi syiar Islam yang ditetapkan.

Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor sebelum ini bersetuju isu berkenaan harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menafikan bahawa beliau ada pelaku dalam video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.

Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya sumpah laknat yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.

Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim telah mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.

“Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid… (mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan,” kata beliau

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: