Selasa, 10 Mei 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj

Posted: 10 May 2011 02:00 AM PDT

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONE
Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONE
Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.


Sumber: Malaysiakini

Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi

Posted: 10 May 2011 01:40 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa difitnah apabila dituduh menggunakan perkataan kesat "pandi kutty' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

TV Selangor yang merakamkan ceramah penuh itu dalam laporannya hari ini berkata pita mereka langsung tidak menunjukkan Anwar menghamburkan perkataan kesat itu terhadap Najib.

anwar speech at mpaj 050511 05
Sebaliknya, dalam ceramah itu Anwar membidas Najib dan taktik kotor politik yang digunakan Umno untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, Umno-BN sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," katanya dalam ceramah itu.

Tak sebut siapa-siapa

Anwar juga dalam Twitter petang tadi menulis "Umno memfitnah. Saya sebut: Politik porno, zalim, rasuah seperti pandi kuty, tidak sebut nama siapa-siapa."

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .

NONE
Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Najib tidur jendera

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

utusan malaysia kritsian agama rasmi
Mengulas isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Bernama juga melaporkan Najib berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Rasa jijik

NONE

Sementara itu, naib presiden PKR, N Surendran yang turut hadir pada ceramah berkenaan mengesahkan bahawa Anwar menggunakan ungkapan itu hanya untuk menggambarkan rasa jijik terhadap taktik Umno menggunakan video lucah untuk menjatuhkan beliau.

"Saya berada di sana dan saya dengar Datuk Seri Anwar menggunakan perkataan itu secara umum. Dia merujuk kepada kelakuan dan politik jijik (Umno).

"Surat khabar Umno memperbesarkan perkara ini tetapi mereka sendiri menggunakan perkataan dan tuduhan lebih teruk daripada perkataan 'pandi kutty'. Utusan dan Umno menfitnah orang liwat tanpa bukti, menuduh kononnya Anwar adalah pelaku dalam video seks walaupun tidak ada bukti," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

NONE

Surendran yang juga seorang peguam berkata fitnah "pandi kutty" terbaru yang cuba disebarkan itu sesuatu yang melucukan.

"Jika dibandingkan dengan politik kotor BN, saya ingin ketawa bila saya lihat mereka tiba-tiba buat bising mengenai satu perkara yang begitu remeh seperti ini, " katanya.


Sumber: Malaysiakini

DAP adu pada SPR dakwa BN import pengundi

Posted: 10 May 2011 01:35 AM PDT

DAP Melaka mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya mengemukakan bukti yang menunjukkan parti itu menggunakan taktik kotor dalam mendaftarkan pemilih di kawasan parlimen Bukit Katil.

Sambil menyifatkan kenyataan Mohd Ali itu sebagai satu 'fitnah', Setiausaha Publisiti DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu mengemukakan bukti bahawa apa yang beliau dakwa itu adalah benar.

NONE
Menurutnya, tindakan yang dilakukan Mohd Ali (kiri) itu merupakan satu usaha memburuk-burukkan imej DAP di mata rakyat, sekali gus menghakis sokongan terhadap parti berkenaan.

"Saya cabar beliau supaya tunjukkan bukti apa yang dicakapnya. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, jelas beliaulah yang menipu rakyat," katanya.

Khoo diminta mengulas kenyataan Mohd Ali dalam beberapa media tempatan semalam berhubung dakwaannya bahawa DAP menggunakan taktik kotor dalam usaha mendaftar pengundi.

Ia termasuk dakwaan, terdapat 25 nama yang didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen Bukit Katil, di samping turut mendakwa terdapat ramai pengundi luar yang diimport ke kawasan berkenaan.

SPR berhak lucutkan keistimewaan

Menurut Khoo, yang juga ADUN Ayer Keroh, penyebaran fitnah merupakan satu taktik politik yang semakin kerap digunakan dewasa ini, terutama dalam usaha memburukkan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan bahawa BN terpaksa menggunakan taktik sedemikian untuk menundukkan PR kerana mereka sedar mereka tidak akan mampu melawan polisi yang memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana diamalkan di negeri-negeri di bawah pentadbiran
kerajaan PR.

NONE
"Sebelum ini, ada fitnah mendakwa kononnya DAP mahu membentuk sebuah kerajaan Kristian. Hari ini fitnah yang ini pula. Tidak mustahil esok lusa akan timbul fitnah lain pula untuk memburukkan PR," katanya.

Sehubungan itu, menurut Poay Tiong, beliau akan berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka bagi meminta mereka menyiasat tuduhan Mohd Ali itu.

Menurutnya, sekiranya siasatan itu mendapati DAP melakukan apa yang didakwa itu, maka SPR mempunyai hak untuk melucutkan keistimewaan yang diberikan kepada DAP untuk bertindak sebagai Penolong Pendaftar dalam mendaftarkan pengundi baru.

"Pada masa yang sama, SPR juga perlu mengambil tindakan sama terhadap pihak-pihak lain sekiranya mereka juga didapati melakukan kesalahan sebegini atau apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang SPR.

"Tiada apa yang perlu DAP takutkan kerana segala yang dikatakan hanyalah satu fitnah liar yang tidak berasas," katanya.


Sumber: Malaysiakini

PAS: Komposisi parlimen jamin Islam

Posted: 10 May 2011 01:30 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata tidak mungkin Kristian boleh menjadi agama rasmi negara ini, seperti laporan kontroversiUtusan Malaysia sebelum ini.

NONE
Katanya, perkara tersebut, berdasarkan komposisi parlimen, perkara itu "tidak mungkin berlaku".

"DAP hanya menang kerusi yang ditandingi oleh MCA, GERAKAN... kerusi orang Cina.

"Kerusi orang Melayu, hanya PAS lawan Umno. Kalau PAS kalah, Umno menang. Kalau Umno kalah, PAS menang. Apa masalah.

"Jadi tidak timbul bukan Islam jadi PM, selagi mana majoritinya memihak kepada orang Islam," katanya dalam satu sidang media.

Mengulas kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berhubung perdana menteri Kristian, Mahfuz berkata perkara itu merupakan isu lama.

Perlembagaan tak halang

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, perkara yang sama pernah disebut oleh bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba.

"Perlembagaan tidak menghalang. Tan Sri Benard Dompok (juga) berkata perlembagaan tidak menghalang... (Jadi) apa sikap Umno terhadap kenyataan Benard Dompok?

NONE
"Isu ini bukan isu PAS atau (memerlukan) pendirian PAS, tetapi tidak ada disebut dalam perbincangan paderi bahawa orang Kristian akan jadi perdana menteri. Tak ada pun," katanya.

Walaupun percaya idea memiliki perdana menteri Kristian tidak akan menjadi kenyataan, Bernard semalam mengemukakan persoalan tentang apa salahnya memiliki perdana menteri daripada golongan itu.

Katanya, perlembagaan tidak menetapkan agama sebagai syarat menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya memerlukan sokongan dua pertiga dalam parlimen.

Mahfuz turut membidas akhbar Umno itu yang mutakhir ini didakwa menyiarkan laporan yang menambah lagi "api perkauman sempit".

"Laporan mutakhir ini memperlihatkan BN dan Umno berdepan dengan sesak nafas menyebabkan saluran pernafasan mereka semakin sempit sehingga mengambil pendekatan yang tidak demokratik dan tidak bermoral dalam etika politik (di Malaysia)," katanya.

Secara sinis, beliau 'menasihatkan' BN tidak bersikap seperti "penagih dadah" untuk menagih simpati pengundi Melayu dengan laporan sebegitu.

Tambahnya, sikap tersebut sebaliknya boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat yang harmoni selama ini.


Sumber: Malaysiakini

Bicara kes tipu dihadapi Chan Kong Choy 20 Sept

Posted: 10 May 2011 01:25 AM PDT

Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini menetapkan 20 September sebagai tarikh perbicaraan kes tipu RM1.9 bilion dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dihadapi bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy.

NONE
Hakim Azhaniz Teh Azman turut menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes itu manakala perbicaraan ditetapkan selama dua minggu bermula 20 September.

Azhaniz juga memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen-dokumen yang perlu kepada pihak pembelaan sebelum 10 Ogos.

Beliau turut melanjutkan jaminan Chan yang diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bersetuju dengan tarikh perbicaraan itu yang ditetapkan pada September dan tarikh sebutan semula kes pada Ogos.

Seorang daripada peguam yang mewakili Chan, Arthur Wang memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan surat pada 29 April tahun ini kepada pihak pendakwaan memohon dokumen tertentu tetapi masih belum menerima dokumen berkenaan.

Chan, 55, yang memakai kemeja putih, seluar biru dan kot hitam, tiba di mahkamah pada kira-kira 2.13 petang dengan diiringi isteri dan anak perempuannya.

NONE
Pada 28 Februari tahun ini, beliau mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siapguna untuk projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006, berjumlah RM1.9 bilion.

Beliau didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.

- Bernama

PAS tuntut Hisham dan Rais mohon maaf

Posted: 10 May 2011 01:20 AM PDT

PAS hari ini menuntut dua orang menteri – Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Rais Yatim – supaya memohon maaf berhubung kenyataan mereka mengulas laporan media bahawa ada kumpulan Kristian merancang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

NONE
Naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar menuntut kedua-dua menteri itu memohon maaf "di atas kesengajaan mereka memberi respons yang tidak sewajarnya".

Ahli parlimen PAS Pokok Sena itu menyifatkan kenyataan Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri, sebagai tidak wajar sama sekali.

"(Saya minta) Hishammuddin gantung (permit) Utusan Malaysiasebagai menunjukkan (tindakan) serius (kerajaan) kerana perkara-perkara yang dilaporkan sangat mengundang keadaaan yang tidak harmoni.

"Utusan Malaysia harus diberi pengajaran. Bukan saya tidak mengamalkan kebebasan media, tetapi Utusan Malaysia sudah melampau, akan menyebabkan keadaaan huru-hara dalam negara kita. Walaupun gantung bukan dalam tempoh yang lama, tetapi ia sebagai hukuman," katanya.

Akhbar milik Umno itu melaporkan di muka depannya Sabtu lepas mengenai satu blog pro-Umno yang mendakwa terdapat pakatan sulit dan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa satu perjumpaan antara pastor Kristian dan DAP di Pulau Pinang merancang pelantikan perdana menteri dari kalangan orang Kristian.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata Hishammuddin perlu menghentikan "provokasi perkauman" dengan menyayangi rakyat daripada "sayang kepada kerusi empuk" yang didudukinya.


Sumber: Malaysiakini

HRP janji sokong Pakatan jika India dibela

Posted: 10 May 2011 01:15 AM PDT

Parti Hak Asasi Rakyat (HRF) bersedia menganggotai Pakatan Rakyat atau mengadakan kerjasama politik dengan gagasan itu untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Setiausaha Agungnya, P Uthayakumar.

NONE
Dalam wawancara dengan TV Selangor, Uthayakumar berkata pihaknya bagaimanapun mahukan gagasan itu berjanji membela kaum India dan bukan berjanji kosong seperti Umno-BN.

"Kita memang mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Impian kita adalah mahu tumbangkan kerajaan pimpinan Umno-BN di Putrajaya.

"Kami mahukan perubahan dalam kerajaan kerana kerajaan Umno memerintah negara terus selama 50 tahun. Ini membuatkan mereka menjadi terlalu kuat dan keadaan ini membuatkan mereka menjadi anggkuh, jadi ada baiknya penamatan kerajaan Umno di Putrajaya," kata Uthyakumar.

Pengumuman Uthayakumar itu penting berikutan persepsi umum bahawa pengundi India yang menolak BN pada pilihanraya umum 2008 kini mula kembali kepada parti itu.

NONE
HRP dilihat sebagai "pengganti tulen' Hindraf yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia ekoran tunjuk perasaan besar-besaran yang dianjurkan olehnya pada November 2007.

Sokongan HRP untuk Pakatan Rakyat dilihat berupaya memberi kelebihan untuk memastikan sokongan kaum India tetap kepada gagasan pembangkang itu.

Uthayakumar menegaskan sokongan pihaknya tertakluk kepada Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membelakangkan nasib kaum India yang sering dirujuk sebagai golongan paling terpinggir di negara ini.

Sokong Anwar

NONE
"Kami juga sanggup dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri dan pimpinan Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan di Putrajaya dengan syarat kami boleh turut serta dalam perjuangan ini sebagai 'internal check and balance' (pengimbang politik) dalam Pakatan Rakyat," katanya.

HRP yang diasaskan oleh Uthayakumar kini menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didafarkan sebagai sebuah parti politik. Keputusan permohonan itu masih belum diberikan walapun ia dibuat beberapa tahun lalu.

Penangguhan sedemikian oleh ROS adalah biasa dalm kes-kes pemohon yang dilihat tidak cenderung menyokong Umno-BN. Contohnya Pakatan Rakyat sendiri belum diluluskan sebagai sebuah parti politik walaupun mengemukakan permohonan tahun lalu.

NONE
Uthayakumar adalah antara pengasas pergerakan Hindraf yang mencetuskan kemarahan masyarakat India terhadap BN kerana mendakwa melaksanakan pelbagai dasar dan polisi yang menindas kaum itu sejak kemerdekaan.

Demostrasi besar-besaran anjuran Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007 berkesudahan dengan lima pemimpinnya termasuk Uthyakumar di penjarakan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Terus malap

Semalam genap dua tahun Uthyakumar dan rakan-rakannya dibebaskan setelah mereka melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan di Kamunting, Taiping.

hindraf klang court sedition 261107 crowd
Uthyakakumar berkata masa depan kaum India di negara ini akan terus malap di bawah teraju Umno-BN sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengambil hati pengundi dengan pelbagai "pembaharuan kosmetik".

Ini termasuk menghias semula pusat perniagaan kaum itu di Brickfields, Kuala Lumpur dan menghadiri majlis-majlis perayaan kaum itu.

"Jadi mereka (kaum India) tidak tahu kedudukan sebenar Hindraf dan HRP ini adakah disebelah BN ataupun Pakatan. Bagi saya pimpinan BN khususnya Datuk Seri Najib mengambil kesempatan keatas kecelaruan ini dengan menguar-uarkan bahawa masyarakat india telah kembali menyokong BN.

hindraf rally hunger strike 230108
"Kami sudah cuba berbincang dengan Umno. Mereka tak mahu faham. Perjuangan (kami) adalah terhadap penganiayaan, penindasan dan ketidakadilan, itu yang buat kami terus berjuang," kata Uthyakumar.

Menurut beliau pihaknya terbuka kepada rundingan dengan Pakatan Rakyat dan bersedia untuk memupuk kerjasama politik yang boleh memperbaiki nasib masyarakat kaum India.

Peluang terbaik

"Bagi saya peluang terbaik HRP ialah bergabung dengan Pakatan Rakyat sebagai suara keempat. Tapi itu terpulang kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Uthyakumar berkata Pakatan juga bakal mendapat faedah dan menawan pengundi dari golongan tersebut jika mereka bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE
Menurutnya HRP mensasarkan 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi DUN yang mempunyai peratus pengundi kaum India yang tinggi dan boleh disandarkan kepada parti itu.

Justeru penggabungan atau kerjasama dengan Pakatan adalah amat penting dalam membantu menewaskan hegemoni setengah abad BN.

"Kalaupun tidak diterima sebagai komponen, kami minta DAP, PAS dan PKR beri laluan di 15 Parlimen dan 38 DUN supaya tiada pertandingan tiga penjuru. Kami juga mempunyai tugas kami dalam perjuangan dan peranan kami dalam menumbangkan BN adalah dari projek ini," kata beliau.

Uthayakumar menafikan tuduhan-tuduhan Umno, kononnya beliau adalah anti-Melayu dan anti Islam.

brickfields uthayakumar hindraf 280209
Peguam dan aktivis masyarakat itu menegaskan beliau mendokong Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Namun yang dibantahnya adalah perlaksanaan dasar-dasar oleh Umno yang hanya menguntungkan mereka yang menyokong parti pemerintah.

Uthayakumar berkata sungguhpun negara sudah lima dekad merdeka, masyarakat India masih terpinggir dalam peluang pendidikan, pekerjaaan di sektor awam, dan peluang pekerjaan.


Sumber: Malaysiakini

Utusan rendahkan martabat kewartawanan Malaysia

Posted: 10 May 2011 01:10 AM PDT

Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka.

Kenyataan ringkas beliau mencerminkan penghinaan yang ditempuhi badan kehakiman kerana terpaksa tunduk di bawah telunjuk Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONE
Pada hari ini pengamal satu lagi cabang demokrasi di Malaysia mungkin terpaksa mengikut jejak hakim menggelapkan cermin kereta bagi menutup aib – iaitu wartawan.

Setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kewartawanan dicengkam dengan rasa kesal, mual atau marah dengan laporan Utusan Malaysia, kononnya ada usaha pihak gereja untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Laporan muka depan Utusan Sabtu lalu itu dipetik dari dua blog pro-Umno.

utusan malaysia kritsian agama rasmi
Dua laman berkenaan adalah antara puluhan blogger dalam alam siber yang saban hari mengitar fitnah, tohmahan, rekayasa dan apa sahaja untuk memenuhi agenda sempit Umno.

Tindakan Utusanmenyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya ataupun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak gereja jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.

Mungkin universiti-universiti tempatan perlu membuat kajian – sejak bila khabar angin, desas-desus dan fitnah dalam blog boleh dijadikan bahan berita, malah tajuk utama sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia.

NONE
Antara nasihat pertama yang diberikan kepada setiap wartawan dalam mana-mana media ialah keperluan untuk melaporkan sesuatu secara bertanggungjawab dan amanah.

Utusan tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini – namun berulang kali akhbar ini menyiarkan laporan-laporan yang tidak tepat dan bertujuan untuk membakar sentimen kaum Melayu.

Sabtu 7 Mei 2011 adalah kemuncak segala penyelewengan kewartawanan Utusan apabila akhbar
itu menfitnah sekumpulan paderi Kristian semata-mata untuk membakar hati dan naluri orang Melayu supaya bernaung di bawah Umno.

Detik hitam itu bukan setakat memalukan warga kerja UtusanMalaysia tetapi mengaibkan seluruh warga media di negara ini.

NONE
Ini kerana suka tidak suka, tindakanUtusan bererti semua "ahli' profesion media di negara ini seolah-olah membenarkan fitnah dicetak dan disebarkan seluas-luasnya atas nama kebebasan
media.

Wartawan malu kerana saban hari, akibat tindakanUtusan dan TV3khususnya, ungkapan "media arus perdana" di negara ini dikaitkan dengan kongkongan dan kawalan Umno, berita yang ditapis dan fakta yang direkacipta atau diputar belit.

Ini realiti media di negara ini. Sesiapa yang mengatakan akhbar, stesen televisyen, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, (Bernama) di negara ini tidak menerima panggilan telefon dan arahan daripada Pejabat Menteri dan Perdana Menteri hanya menipu diri sendiri.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, marahku
Tindakan Utusanmenyiarkan fitnah dari laman blog bagaimanapun menganjakkan imej tercalar media Malaysia ke paras baru yang hodoh dan menjijikkan.

Apabila berita yang tidak sahih boleh menghias muka depan sebuah akhbar yang menggelar dirinya penyebar fikiran rakyat, ia petanda jelas nilai-nilai murni kewartawanan di negara ini makin deras menuju ke liang lahad.

Laporan yang memetik blogger, tanpa diuji ketepatan fakta dan impak ke atas masyarakat akan menjadi cita rasa terbaru Utusan demi memenangkan Umno pada pilihanraya umum akan datang.

NONE
Persetankan keselamatan negara dan perpaduan rakyat yang tersedia rapuh, asalkan maksud politik tercapai, mungkin itu yang difikirkan oleh Lembaga PengarangUtusan.

Nampaknya usaha Utusanuntuk membakar sentimen Melayu sudah berhasil sekurang-kurang di kalangan juak-juak Umno. PERKASA kini mencanang retorik kononnya unsur-unsur Komunis kini menyusup masuk NGO dan pertubuhan politik untuk mencabar kedudukan Islam di negara ini.

PERKASA dan pelbagai NGO pro Umno lain turut membuat laporan polis. Yang disasarkan bukannya Utusan dan blogger terbabit tetapi perjumpaan paderi-paderi yang dimaksudkan.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting
Di Jakarta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri sidang ASEAN turut menangguk di air keruh dengan "menjanjikan" siasatan menyeluruh.

Apakah agaknya perasaan penganut Kristian di negara ini apabila paderi-paderi utama mereka dipanggil seorang demi seorang ke Ibu Pejabat Polis untuk memberi keterangan.

Utusan, Umno, PERKASA dan Perdana Menteri harus jawab siapa yang sedang bermain dengan api perkauman.

Rasanya semua tahu bahawa sebaik sahaja Utusan menyiarkan laporan sensasinya Sabtu lalu, semua pihak yang berkaitan sudah membuat penafian dan penjelasan khususnya di di alam siber,

Penjelasan itu berpaksi kepada hakikat perjumpaan yang dimaksudkan tidak langsung menjurus kepada apa yang dilaporkan oleh Utusan, mahupun dua blogger berkenaan.

bn youth joint pc parliament 210806 hishamuddin worry
Yang menarik adalah tidak ada seorangpun Menteri yang berani menegurUtusan kerana keterlanjurannya itu.

Menteri yang paling diharap akan berbuat demikian – Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bagaimanapun bertindak mengikut kepentingan Umno.

Beliau menyalahkan pembangkang kerana kononnya mempolitikkan agama dan mencetuskan kemarahan penganut Kristian – sesuatu yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu yang
dipersoalkan.

Hishamuddin juga menyifatkan sebarang gerakan untuk menukar agama rasmi negara ini akan meletakkan seluruh negara dalam bahaya – kenyataan halus yang menunjukkan Umno-Utusan
bersekongkol untuk menyemarakkan api perkauman pengundi Melayu.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 07
Tahun lalu permit Suara Keadilan – lidah PKR dibatalkan hanya kerana mencadangkan Felda mungkin bankrap akibat pemborosan dan salah guna wang yang keterlaluan.

Jika "kesalahan" itu menerima hukuman sebegitu berat, tentunya laporan "Kristian Agama Rasmi?" oleh Utusanyang bertujuan menyalakan api perkauman harus mengundang respon jauh lebih tegas dari KDN.

Namun percayalah, tidak ada apa yang akan berlaku kepada Utusan. Bak kata pepatah Inggeris "Business as usual" untuk akhbar kawalan Umno meneruskan agenda kewartawanan yang mengaibkan semua yang terlibat dalam industri ini.


Sumber: Malaysiakini

K'jaan dibidas kerana biarkan amalan salah

Posted: 10 May 2011 01:05 AM PDT

Majlis Peguam membidas kerajaan kerana membenarkan laporan polis yang begitu kabur digunakan sebagai asas untuk sisatan tanpa merujuk kesahihan sesuatu laporan itu terlebih dahulu.

NONE
Dalam bertindak sedemikian, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dalam satu kenyataan akhbarnya semalam berkata pihak berkuasa hanya menjadikan sistem undang-undang negara sebagai bahan ketawa orang ramai.

"Ia mengambarkan cukup bagi polis melancarkan siasatan sebaik laporan polis dibuat tanpa perlu menyiasat ketepatan laporan seumpama itu.

"Segala proses membuat laporan polis itu menjadikan ia satu pencerobohan kebersendirian (privacy) makan malam dan mesyuarat tertutup pihak penganjur tanpa diketahui pihak yang membuat laporan mempunyai motif lain di sebalik itu," kata Lim.

Menurut beliau lagi, rakyat kemudiannya terpaksa memberi respon kepada siasatan polis yang dilancarkan hanya berdasarkan alasan yang sebegitu kabur bagi mempertahankan kebebasan berhimpun dan bersuara mereka,

utusan malaysia kritsian agama rasmi
"Ini mempersendakan prinsip keadilan kerana seseorang tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," kata Lee samil menambah trend yang bahaya ini mesti dihentikan segera.

Beliau mengilas kekalutan 'konspirasi Kristian' seperti yang dilaporkan pada tajuk utama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu sehingga menyaksikan puluhan laporan polis dari kedua-dua pihak dibuat di seluruh negara.

Akhbar berkenaan menyiarkan dakwaan dua penulis blog pro-Umno bahawa DAP dan kumpulan paderi Kristian sedang berkomplot menggantikan agama rasmi persekutuan dengan agama Kristian.


Sumber: Malaysiakini

Agama rasmi: Jangan provokasi, kemudian ISA

Posted: 10 May 2011 01:00 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu 'Kristian agama rasmi?', lapor Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.

"Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya.

hadi awang, sultan terengganu, mirzan, opening of DUN terengganu
"Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

utusan malaysia, malaysia negara kristian
"Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu," katanya.

Justeru, beliau yang juga ahli parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.

"Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja," katanya.


Sumber: Harakah Daily

Tiada ulasan: