Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Lapangan Terbang Rembau, KJ, MB atau PM yang bohong
- Hospital 1Malaysia kurang doktor pakar dan alat canggih
- Polis tiada di balai, pemandu ambulans pula hilang
- Nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Terabai 1Malaysia
Lapangan Terbang Rembau, KJ, MB atau PM yang bohong Posted: 31 May 2011 01:13 AM PDT Memang pening kepala tengok kenyataan pemimpin Umno kat 1Malaysia ni. Yang Ketua Pemuda Umno kata tak ada lapangan terbang di Rembau akan dibina. Yang Menteri Besar kata akan di bina landasan pesawat. Yang PM pula kata akan dibina Lapangan Terbang TUDM di Sendayan. Sendayan ni pun dalam Parlimen Rembau di DUN Rantau. Ke mereka semua ni tak pernah tahu bahawa di Rembau pernah ada lapangan terbang iaitu di DUN Paroi, juga dalam parlimen Rembau seperti dilaporkan pada Blog berikut http://twoflight.blogspot.com/ MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG Sinar Harian Mei 2011 - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan ditunaikan oleh Kerajaan BN sebagai bukti kesungguhan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9115249.asp PANGKALAN UDARA BAHARU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DI SENDAYAN Utusan Malaysia 28 Mei 2011 – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kawasan Sendayan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi yang akan ditutup tidak lama lagi. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. http://amkns.blogspot.com/2011/05/majlis-letak-batu-asas-landasan-pesawat.html |
Hospital 1Malaysia kurang doktor pakar dan alat canggih Posted: 30 May 2011 09:17 PM PDT Yang digembar gemburkan ialah Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Tapi perkhidmatan di hospital ada saja masalahnya, kurang doktor pakar, kurang peralatan canggih. Yang sorang tu janji nak buat Hospital Rembau sejak tahun 2008, yang ada hanya Batu Asas Hospital Rembau. Tak ada duit, cakap ajelah tak ada duit. Cerita janji buat Hospital Rembau tahun 2008 belum lagi tertunai, tak usah banyak janji di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html Rawatan kes sakit kritikal tidak seragam Berita Harian 31 Mei 2011 TEKNOLOGI perubatan dalam negara diakui sudah mencapai satu tahap terbaik dengan kemampuan mengendalikan pelbagai kes serius tanpa perlu lagi dirujuk ke luar negara. Malah, dengan adanya Institut Jantung Negara (IJN), kes serius dan kritikal membabitkan organ penting itu sudah berjaya ditangani dalam negara. Namun, dalam keupayaan membekalkan teknologi terbaik, masih ada kelonggaran yang wajar diberi perhatian iaitu membabitkan sistem operasi dan cara mengendalikan pesakit. Ia perlu dilihat semula kerana meskipun mempunyai teknologi hebat tetapi lemah dalam menangani pesakit, nyawa kadangkala hilang begitu saja kerana salah menafsir keperluan. Saya merujuk kepada dua kes yang pernah berlaku dalam keluarga saya dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia. Memang ajal maut di tangan Tuhan tetapi rasa begitu kecewa kerana kegagalan menguruskan pesakit dengan cekap menjadi antara punca sistem perubatan terutama di hospital kerajaan sering dipersalahkan. Kedua-dua kes dalam keluarga saya hampir sama situasinya. Ibu saudara saya diserang darah tinggi yang memuncak sehingga dia pengsan di rumah dan apabila dihantar ke Hospital Kajang, tiada tindakan segera diambil, sekadar membiarkannya berehat di katil bilik kecemasan. Esoknya, apabila secara tiba-tiba dia diserang strok, barulah ada usaha untuk memindahkannya ke Hospital Serdang kerana menurut doktor, Hospital Kajang tiada alat pengimbas untuk melihat kerosakan serius di kepala. Akhirnya, selepas disahkan seluruh bahagian dalam kepala dipenuhi darah, doktor hanya mengatakan, berserah saja... Paling pelik, doktor di Hospital Serdang mengesahkan sudah menghubungi Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mungkin di sana ada pakar yang lebih baik tetapi permohonan pemindahan itu ditolak kerana dikatakan pesakit itu sudah tiada harapan. Kes kedua dan terbaru, ayah mentua saya sendiri dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kajang kerana tiba-tiba pitam dan disahkan mengalami serangan jantung serius. Malah, doktor di situ juga memberitahu tahap serangannya serius serta boleh membawa maut. Dalam keadaan genting itu, mereka menghubungi Hospital Serdang dan IJN kerana di dua pusat perubatan itu ada pakar khusus untuk kes jantung. Namun, sekali lagi jawapan mengecewakan diterima iaitu dua pusat itu tidak menerima pemindahan pesakit dan sekadar memberi panduan kepada doktor di Hospital Kajang untuk terus memantau pesakit. Ini yang pelik. Bagaimana dua pusat itu enggan menerima, sedangkan doktor sendiri mengesahkan pesakit dalam keadaan kritikal. Lebih kecewa apabila doktor di Hospital Kajang menasihatkan kami untuk menghubungi sesiapa yang dikenali bagi memudahkan proses pemindahan itu. Pendek kata, gunakan 'kabel lebih besar'. Mujur, seorang daripada keluarga kami mengenali seseorang di Kementerian Kesihatan dan atas bantuannya ayah mentua saya berjaya dipindahkan ke IJN. Lebih pelik apabila tiba di IJN, dia disahkan kritikal dan pembedahan perlu dibuat segera. Bayangkan apa jadi jika kami tidak kenal 'orang dalam' dan rawatan oleh bukan pakar terus dibuat di Hospital Kajang. Diharap senario ini diberi perhatian serius oleh kementerian supaya tidak pula nanti pisang berbuah dua kali. Kenapa pesakit yang disahkan kritikal perlu menerima lampu hijau terlebih dulu daripada hospital yang ada pakar sedangkan semuanya di bawah sistem hospital kerajaan. Bertindaklah supaya tidak lebih banyak nyawa melayang! KELIRU DAN KECEWA, Kajang Perdana, Selangor. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatankessakitkritikaltidakseragam/Article |
Polis tiada di balai, pemandu ambulans pula hilang Posted: 30 May 2011 08:15 PM PDT Adakah perkara ini hanya berlaku di balai polis dan pusat kesihatan di Perak saja, atau mungkin berlaku di beberapa tempat lain di 1Malaysia? Kenapa perkara sebegini boleh berlaku dikala kerajaan Umno BN melaung-laungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat didahulukan untuk apa, pencapaian apa yang diutamakan? POLIS TIADA DI BALAI, PEMANDU AMBULANS PULA HILANG Utusan Malaysia 31 Mei 2011 SAYA ingin mengambil kesempatan melalui ruangan ini untuk meluahkan aduan mengenai dua perkara di kampung saya. BALAI POLIS PADANG GAJAH, TRONG, PERAK. Jenayah di kampung saya (Kampung Sungai Tinggi, Trong, Taiping, Perak) semakin menjadi-jadi. Orang kampung hidup dalam kebimbangan. Rompakan, kecurian, samun, penagihan dadah serta penipuan gores dan menang semakin berleluasa. Terdapat satu kes di mana seorang mangsa menghubungi balai polis berhampiran untuk memaklumkan rumahnya cuba di pecah masuk. Namun pegawai yang sepatutnya menyambut panggilan tiada. Untuk rujukan kejadian berlaku dalam lingkungan pukul 4 pagi. Balai polis terdekat ialah Balai Polis Padang Gajah, Trong, Perak. Untuk makluman, walaupun telah banyak kali berlaku kes-kes jenayah namun pihak polis masih tidak mengambil tindakan drastik untuk membendung gejala ini. PUSAT KESIHATAN SUNGAI KERANG, TRONG. Ini mengenai pemandu ambulans hilang dari tugas. Satu kemalangan yang membabitkan kecederaan parah telah berlaku di kampung saya. Apabila di hubungi pihak pusat kesihatan, pemandu ambulans yang sepatutnya bertugas tiada. Untuk makluman, beberapa buah kampung dalam daerah Trong merujuk kepada pusat kesihatan ini untuk perkhidmatan kesihatan. Hampir satu jam mangsa terlantar namun bantuan ambulans tak juga tiba. Akhirnya mangsa terpaksa di hantar ke hospital dengan LORI PERSENDIRIAN. Sekiranya mangsa telah mengalami kecederaan dalaman, pastinya ia akan lebih memudaratkan. SAIFOL, Trong, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
Nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Terabai 1Malaysia Posted: 30 May 2011 08:15 PM PDT Kesian nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di 1Malaysia ni. Tak apalah bergembiralah guru-guru 1Malaysia semua dengan Pengumumam Berita Baik Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011 oleh PM dan TPM dengan kenaikan gaji hanya untuk Pengetua dan Penolong Kanan. Kisah Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK di http://amkns.blogspot.com/2011/05/ramainya-guru-1malaysia-marah-pada.html APA KESUDAHAN NASIB GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH? Utusan Malaysia 31 Mei 2011 SAYA merupakan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mencurahkan khidmat bakti sama seperti guru terlatih. Kami tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas sama ada daripada segi kurikulum dan kokurikulum. Malah kami juga dicerap atau dipantau oleh pihak pentadbir mahu pun pegawai pelajaran peringkat negeri. GSTT juga tidak dibezakan oleh pihak pentadbir. Maksudnya apabila saya menerima tawaran sebagai GSTT, bermakna tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah besar dan tiada bezanya seperti guru tetap. Pendek kata, segala program yang diatur oleh pihak sekolah, GSTT juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan. Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac lalu, seolah-olah memberi nafas kepada GSTT sehinggakan keesokan harinya terpampang di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai berita gembira untuk para GSTT. Namun sehingga kini masih belum diketahui status sebenar kenyataan beliau. Rata-rata masyarakat setempat umumnya mengandaikan bahawa kami bekas GSTT seolah-olah akan mendapat tawaran mengajar kembali setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran. Hakikatnya, hingga kini status pengumuman berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya kepada bekas GSTT. Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar persoalan tersebut dapat dirungkaikan. Saya juga amat mengharapkan agar Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran memberi peluang kepada bekas GSTT untuk menyambung kembali perkhidmatan kerana rata-rata GSTT telah berkhidmat lebih dari setahun dan telah mempunyai pengalaman. Beri kami peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa. SUHANA Sungai Petani, Kedah http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan