Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Stesen Komuter Senawang, Projek Gajah Putih?
- Tiada lagi arak 7 Eleven di negeri Pakatan Rakyat
- Pemuda Umno bantah konsert Wali Band di N.Sembilan?
Stesen Komuter Senawang, Projek Gajah Putih? Posted: 26 May 2011 12:43 AM PDT Adakah stesen komuter Senawang yang baru siap dibina dan baru beroperasi bakal menjadi satu lagi projek gajah putih di Negeri Sembilan. ADUN (DAP) Senawang , YB P Gunasegaran mendakwa bahawa stesen tersebut tersorok, sukar untuk diakses, kaunter tiket yang kosong. Apa sudah jadi? Ada ini satu lagi koleksi projek gajah putih di Negeri Sembilan seperti dilaporkan di http://gajahputihn9.blogspot.com/ Hidden commutter station May 26, 2011 A DAP leader says Senawang residents are in the dark about the existence of a new commuter station in their area. SENAWANG: "Hidden station" would be the best description for the latest commuter station built in Negri Sembilan, according to Senawang state assemblyman P Gunasekaran. The DAP leader visited the commuter station here today after receiving numerous complaints from residents that they had to go through a congested junction before making a U-turn to enter the station. "KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) and local authorities should create a junction at the entrance of the commuter train station along the Senawang main road. "But now those wishing to use the commuter train service coming from the Senawang township have to drive an additional 1.5km before they can enter the station," he said. Gunasekaran said the entrance from the Seremban-Tampin road bypassing Taman Bukit Emas was not user-friendly at all. During the visit, the state assemblyman also noted that the ticket counter was deserted, and not a single commuter was in sight. While praising KTMB and the state government for their efforts to improve public transportation, Gunasekaran however regretted that the station was not being fully utilised. "Based on my survey, many people are not aware of the commuter train station. I suggest that KTMB install a much bigger signboard at the entrance of the station near the Senawang road. "This is because the station is located some 500m from the main road and is not clearly visible from the main road because it is being blocked by buildings," he said. "KTMB should promote the station by puting up buntings along streetlights," he added. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/26/hidden-commutter-station |
Tiada lagi arak 7 Eleven di negeri Pakatan Rakyat Posted: 25 May 2011 09:01 PM PDT Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik. Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka. Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras. Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini. Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam. Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu. Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah) Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang. "Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu. Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan. Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu. PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam. "Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya," katanya pada satu sidang media. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras. "Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak. "Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam. "Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka. "Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya. Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak. "Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya. Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif. "Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. "Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari. Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3471-arak-tiada-lagi-di-7-eleven-kawasan-melayu |
Pemuda Umno bantah konsert Wali Band di N.Sembilan? Posted: 25 May 2011 08:35 PM PDT Agak-agaknya lah kan, Pemuda Umno Negeri Sembilan nak persoalkan tak kewajaran Konsert Wali Band yang akan diadakan di Nilai , Negeri Sembilan pada 15 dan 16 Julai 2011 ini? Tahun lepas Pemuda Umno Kelantan telah mempersoalkan kewajaran Wali Band mengadakan persembahan di Kota Baharu. KONSERT AMAL WALI BAND TARIKH: 15 DAN 16 JULAI 2011 (JUMAAT DAN SABTU) TEMPAT: STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN Anjuran Angkatan Seni Baru, Yayasan Negeri Sembilan Maklumat pembelian tiket, pembukaan gerai jualan dan pembelian t-shirt, sila hubungi Fashar Event & Entertainment di talian 06-6017383 / 06-6015891. Sumber http://serembanmaya.blogspot.com/2011/05/konsert-amal-wali-band.html Pemuda Umno Persoal Kewajaran Benarkan Persembahan Wali Band KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya disini malam ini yang semata-mata bermotifkan politik. Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja. "Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembahan. "Apakah tidak akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan dan tidak adakah kumpulan nasyid yang hebat di negara kita untuk membuat persembahan seperti ini," katanya selepas majlis sumbangan beg sekolah kepada murid-murid pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu di sini Jumaat. Majlis itu dianjurkan Biro Sosial dan Etika Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang dipengerusikan Anuar dan penyerahan beg itu disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Baharu Che Ab Aziz Daud. Malam ini kumpulan itu dijadual mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Penganjurnya semalam berkata persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin. Mengulas perkara itu, Anuar berkata ia juga seperti membenarkan persembahan pada malam tahun baru dan tidak ada bezanya dengan sambutan di tempat lain. Ketika ditemui pemberita di sini Jumaat, ketua kumpulan Wali Band, Sarhan Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara. Sarhan, yang juga penyanyi utama, berkata beliau mahu kumpulannya dilihat sebagai gerakan dakwah alternatif bagi menarik golongan sasaran terdiri daripada anak-anak muda melalui muzik. "Dakwah secara santai ini lebih ringan dan mudah difahami anak-anak muda zaman kini," katanya. Tiga lagi anggota kumpulan itu ialah Aan Kurnia Maduri (pemaingitar utama); Ikhyan Bestomi Nursalam (pemain dram) dan Hamzah SasiHidayat (pemain gitar bass). Walaupun sudah empat kali mengadakan persembahan di negara ini, namun Kelantan adalah negeri pertama di Pantai Timur yang dikunjungi atas jemputan urusetia Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=553556 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan