Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Majlis Letak Batu Asas Landasan Pesawat di Rembau?
- Wanita PKR Kuala Pilah anjur Majlis Santai 27 Mei 2011
- Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai
- Kisah Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Bekas Banduan
Majlis Letak Batu Asas Landasan Pesawat di Rembau? Posted: 24 May 2011 07:13 AM PDT Apakah projek Landasan Pesawat Kecil di Rembau ini sekadar omongan kosong, gula-gula kempen politik? Apakah begitu rendah sekali pemikiran orang Rembau diperlaku semacam angan-angan Mat Jenin. Apa sudah jadi dengan projek Hospital Rembau yang sejak tahun 2008 lagi, yang masih ada hanya Batu Asas. Ya, bukan main hebat Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau pada tahun 2008, bukan main banyak khemah dipasang, tapi dah lebih 3 tahun, tinggal batu asas saja seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html Landasan pesawat kecil dibina di Rembau Utusan Malaysia 21 Feb 2008 Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya. "Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite." "Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam. Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong. "Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau. |
Wanita PKR Kuala Pilah anjur Majlis Santai 27 Mei 2011 Posted: 24 May 2011 06:50 AM PDT Dalam usaha mengenali dan mendekatkan diri dengan pengundi Kuala Pilah, Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan Majlis Santai Malam pada Jumaat 27 Mei 2011 ini. Majlis yang dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam itu akan diadakan di warung DT. Corner, Kg. Dioh Tengah, Jalan Sg. Dua, Kuala Pilah. Antara tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ustazah Maryam Naam wakil dari PAS dan wakil-wakil dari DAP. Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di samping dapat beramah mesra dengan wakil rakyat. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14061 |
Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai Posted: 23 May 2011 08:45 PM PDT Ini satu lagi projek kerajaan Umno BN yang menyusahkan rakyat yang dah susah. Rakyat nak jimat duit beli kereta terpakai, rakyat yang tak ada duit nak jual kereta dibebankan lagi dengan pemeriksaan Puspakom atas alasan keselamatan dan elak kereta curi. Apa jaminan Umno BN jika ini dilaksanakan statistik kemalangan dan kecurian kereta akan menurun? Sampaikan Menteri Pengangkutan MCA BN pun tak setuju dengan pemeriksaan Puspakom sampai 2 kali dilaporkan dalam The Star dibawah pada 24 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak minat cerita macam ni kerana wartawan Utusan kaya-kaya, semua beli kereta baru). Macam kes Berita Baik Untuk Semua Guru sempena Hari Guru tempoh hari. Entah mana otak dan timbang rasa pemimpin Umno BN sekarang ini? Sila baca artikel sebelum ini , Tak lakulah kereta terpakai, tambah lagi beban rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/04/tak-lakulah-kereta-terpakai-tambah-lagi.html Pakcik-pakcik di Felda, kalau ada kereta terpakai atau kereta buruk, simpan saja buat tukun. Duit banyak beli kereta baru je. Kong: Two checks will burden motorists who wish to sell their vehicles The Star Tuesday May 24, 2011 BUTTERWORTH: It will be a burden to motorists if they are required to send their used vehicles for two Puspakom inspections before selling them, said Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha. He said he had directed the Road Transport Department to discuss with the Domestic Trade, Cooper-atives and Consumerism Ministry for a single inspection . "I believe there should only be one inspection," he said when launching HSJBC Corporation Sdn Bhd's JBC light truck in Jalan Sungai Lokan here yesterday. Following amendments to the Hire-Purchase Act that were approv-ed by Parliament recently, all used vehicles going on sale will have to undergo an extensive B7 inspection at Puspakom effective June 1. The inspection comprises 18 visual and four computerised checks on the vehicle before it can be certified roadworthy. Only then can the transfer of ownership be effected. At present, only four checks are done - on the chassis number, the engine number, windows and windscreens as well as cut-and-join parts. Under the new ruling, the vehicles are required to be inspected twice, during the transfer of ownership and when the bank loan is approved. On a different matter, Kong told reporters that electric vehicles, mainly motorcycles, could now be registered following amendments to the Road Transport Act. "Prior to the amendment, owners were required to register the vehicle's chassis number and engine number. "But since electric vehicles do not have an engine, we have amended the Act to allow them to be registered under their chassis number," he said. However, he cautioned that electric vehicles still needed to get approvals from Sirim and the Department of Standards to ensure that they complied with Malaysian standards. Kong said the ministry had received numerous applications from companies that wanted to retail electric vehicles. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F5%2F24%2Fnation%2F8739962 |
Kisah Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Bekas Banduan Posted: 23 May 2011 07:09 PM PDT Satu kisah yang menarik diceritakan oleh Zairil Tan Sri Khir Johari yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perjalanan hidup seharian Lim Guan Eng yang serba sederhana dan begitu komited menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri. Iktibar Politik Daripada Seorang Bekas Banduan 23 May, 2011 Bekas banduan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Minum teh tarik percuma "Saya bekerja untuk Lim Guan Eng." Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa. Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. 'Bayarannya' hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai. Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda. Teh tarik kurang manis satu! Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai. Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati. Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya. Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: "Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu." Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang. "Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad. Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar." Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya. Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh. Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari. Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi. Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni 'utara benar' dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang. Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab. Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam. Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi 'subkontrak'. Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang 'kabel' sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri. Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras. Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas? "Semuanya bermula dari kepala," tegas Lim Guan Eng. "Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan." Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan 'Darul Sampah'. "Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya." Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita. "Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri." Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten. Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing. Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut. Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: "Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu." Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri. Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan. Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am. Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada 'utara benar', iaitu asas perjuangan politik kita. Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar. Sumber : http://zairil.wordpress.com/2011/05/23/iktibar-politik-daripada-seorang-bekas-banduan/ |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan