Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Polis Seremban dan IPK sila siasat aduan ini, rakyat melihat
- Bukti Nyata Umno memang peka nasib Melayu Felda
- Hidup Melayu, Hidup Judi, Menang Sorak, Kampung Tergadai
Polis Seremban dan IPK sila siasat aduan ini, rakyat melihat Posted: 15 May 2011 03:51 AM PDT Diharapkan polis Seremban dan IPK dapat menyiasat satu aduan yang tersiar dalam laman web Aduan Rakyat mengenai seorang pemandu teksi haram yang didakwa berlagak samseng, membawa para pelacur di Seremban, tapi tiada tindakan dari pihak polis juga JPJ. Jika tidak benar sila nafikan, jika benar sila ambil tindakan sepatutnya. Kereta sapu haram di Taman Seri Pajam, Seremban May 15th, 2011 Author: admin ADUAN RAKYAT ONLINE Saya sebagai pemandu teksi di kawasan seremban ingin membuat aduan kerana terdapat sebuah kenderaan kereta jenis honda accord warna hitam bernombor pendaftaran JCHxxxx yg dipandu seorg lelaki berbangsa xxxx dengan nama panggilannya APEK telah mengambil penumpang secara haram di kawasan tapak pembinaan Bandar Sri Pajam kawasan Warisan Puteri, Seremban dan telah bertindak secara samseng dgn bergaduh serta mengugut pemandu2 teksi yg mengambil penumpang di situ dan telah memberi amaran supaya tidak mengambil penumpang di kawasan situ sedangkan lelaki cina tersebut bukanlah pemandu teksi dan tidak mempunyai permit utk mengambil penumpang. Lelaki cina itu juga telah membawa pelacur2 kerana terdapat pekerja asing dikawasan ini. Saya telah membuat aduan pada pihak polis di Ipd seremban dan jpj seremban tetapi tiada tindakan yg diambil.saya memohon supaya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana para pemandu teksi dikawasan ini banyak mencari rezeki dikawasan tersebut.sekian aduan saya. By: Rahim Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/kereta-sapu-haram-di-taman-seri-pajam-seremban |
Bukti Nyata Umno memang peka nasib Melayu Felda Posted: 15 May 2011 03:49 AM PDT Ini bukti jelas, terang lagi bersuluh dan nyata bahawa sesungguhnya pemimpin Umno amat-amat prihatin akan nasib orang Melayu Felda. Tambahan pula dengan adanya Pengerusi Felda yang baru iaitu Tan Sri Isa Samad. Dan Felda Kepis ni terletak di Negeri Sembilan. Macam makcik di Felda di N.Sembilan ini , sedikit pun tak percaya yang Felda bankrap kerana makcik sekeluarga ini sentiasa mendapat perhatian pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html Ramai sangat ke orang Felda ni sakit mental seperti laporan berikut http://greenboc.blogspot.com/2011/02/tragedi-felda-kepis-pesakit-mental.html Tiada lampu dan jalan rosak teruk di Felda Kepis May 15th, 2011 Author: admin ADUAN RAKYAT ONLINE Mohon jasa baik dari pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab yang mampu membantu rakyat atau orang-orang kampung sentiasa mengukirkan senyuman dan bukannya tangisan. Saya merupakan sahabat baik kepada anak seorang peneroka di FELDA KEPIS, semasa saya melawat ibunya yang menghidapi sakit kronik (stroke), perjalanan masuk ke rumah beliau mengambil masa lebih kurang 15 minit, tetapi malangnya, keadaan kampung dan suasana keadaan kampungnya seperti tidak berpenghuni. Tiada kemudahan lampu jalan yang telah lama dimohon, tetapi tidak dapat di kotakan buat penduduk. Mengecewakan lagi, keadaan jalan yang merbahaya, jalan yang tidak diturap dengan baik, telah menyebabkan beberapa iseden berlaku termasukan lah kematian. tiada usaha yang nampak memajukan penduduk di situ. Untuk makluman pihak yang berkenaan, keadaan kawasan di situ sedang melakukan penebangan pokok dan pemandu lori yang memandu amatlah merbahayakan, walaupun demikian, tetapi pihak yang berkenaan, tidak boleh mengambil mudah dan lepas tangan dengan keadaan jalan yang teruk dan merbahaya. Pohon kerjasama pihak yang sepatutnya menjalankan tugas. haruslah menjalankan tugas dengan sewajarnya… Mohon ambil tindakan sewajarnya. kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. penantian pihak tuan amatlah saya hargai….. By: hamisah Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/tiada-lampu-dan-jalan-rosak-teruk-di-felda-kepis |
Hidup Melayu, Hidup Judi, Menang Sorak, Kampung Tergadai Posted: 14 May 2011 05:05 PM PDT SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ Pening, pening, pening. Pening anak muda kita tengok akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Macam nilah, nak tahu kenapa anak muda sekarang terutama anak muda Melayu pening dan bengong kepala tengok (belum baca lagi) akhbar Utusan dan Mingguan ini, kita tengok gambar. Sekeping gambar memberi lebih 1000 perkataan dan makna. Tengoklah sendiri gambar di atas. Nak perjuang Melayu tapi dalam masa yang sama judi tak boleh lekang, bagai isu dan kuku. Hai, inilah Melayu, Menang Sorak, Akidah Tergadai. Buat malu pada orang Kristian saja. Lu marah orang Kristian, tapi lu judi pun lu tak boleh kasi settle. Budak KAP dan KAFA Tahun 1 pun bertambah pening, ustaz dan ustazah kata judi haram, tapi boleh pula galakkan orang Islam berjudi. PENIN, PENIN, PENIN |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan