Anak Muda Kampung Nak Senang |
- PKR Jelajah N.Sembilan 13 ke 28 Mei 2011 GOGAR
- 1000 CCTV di Kuala Lumpur tak dapat tangkap Penyerang Asid
- Jabatan Pelajaran galak pelajar jadi artis hiburan pula
- Guru-guru dah meyampah, Menteri Pelajaran PENIPU?
- Felda gagal, peneroka tanggung hutang cecah RM150,000
PKR Jelajah N.Sembilan 13 ke 28 Mei 2011 GOGAR Posted: 10 May 2011 06:47 AM PDT CERAMAH PERDANA 13 Mei 2011/Jumaat 9.00 malam Kg Lambar Batu 11, Labu, Seremban. Penceramah utama: YB Dato' Johari Abdul, YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Hotline:013-239 2456 (Zulrisyah) AMK BERSAMA ANAK MUDA 15 Mei 2011/Ahad 8.30 malam Dataran PR Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah. Penceramah utama: Shamsul Iskandar Akin, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunos Hotline: 019-266 1213 (Fendi), 013-239 2456 (Zulrisyah) CERAMAH UMUM "MENGOMBAK KEMENANGAN TELOK KEMANG" 22 Mei 2011/Ahad Kg Telok Pelandok, Pasir Panjang (DUN Linggi) 8.30 malam Penceramah utama: Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) YB Rodziah Ismail (Exco Selangor/Adun Batu Tiga) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat) Hotline: 017-240 6627 (Zulkifly) NURUL IZZAH BERSAMA WANITA KEADILAN KUALA PILAH 27 Mei 2011 /Jumaat Dioh, Kuala Pilah 8.30 malam PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DI DUN AMPANGAN 28 Mei 2011/Sabtu 5.00 petang Pejabat ADUN Ampangan, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jemputan utama: YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) YB Zuraidah (Ketua Wanita Pusat) YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR Negeri Sembilan) YB Rashid Latiff (Adun Ampangan) Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/05/program-terkini.html |
1000 CCTV di Kuala Lumpur tak dapat tangkap Penyerang Asid Posted: 10 May 2011 01:57 AM PDT Warga Kuala Lumpur dan kemungkinan di bandar-bandar lain berada dalam ketakutan sekarang ini, terutama wanita dan kanak-kanak dihantui oleh Penyerang Asid yang sehingga kini telah menyerang 20 orang. Di Kuala Lumpur ada 1000 CCTV kerajaan Umno Barisan Nasional pasang. Nampaknya CCTV ni tak boleh harap langsung, mengabihkan boreh yo ! Akhir sekali Polis Diraja Malaysia meminta orang ramai yang tak ada CCTV membantu polis menangkap penjenayah atau terroris yang paling digeruni oleh warga KL ketika ini. Polis tolong buat kerja polis, tangkap penjenayah, bukan halang ceramah politik ! Nampaknya Ungkapan Dunia Lebih Selamat Tanpa Osama tak boleh pakai di KL. Get the beasts!Get the beasts! Tuesday, May 10th, 2011 Police are recruiting building owners and cab drivers, and even using CCTVs to track down the elusive acid splashers... you can help too KUALA LUMPUR: BUKIT Aman CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin has issued a call for the public to be on the alert for the acid splashers who have been terrorising the city for over a month. Civilians have also been urged to note details of the suspects in the event they encounter the culprits. The smallest details, such as the type of helmet, motorcycle or even the type of clothing the culprits wear, could prove to be invaluable leads. Business owners with CCTVs installed on their premises have been asked to monitor the footage in the off-chance they might have captured images of the criminals who have struck no less than eight times so far. Hunt stepped up POLICE have added closed-circuit television (CCTV) as well as Kuala Lumpur's taxi drivers to their arsenal in a renewed bid to bring down the notorious acid splashers' month-long reign of terror. They have also reiterated their call for the public to provide information which could lead to the arrest of the culprits. To maximise surveillance efforts to track down the criminals, police will be depending on footage from CCTVs spread across the city. Federal CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said this was to ensure no area will be free from monitoring should the splashers strike again. "We will view police CCTVs placed throughout the city and elsewhere in the Klang Valley again and monitor them thoroughly." There are 1,000 static CCTVs installed in the city, managed by City Hall. The cameras, used for traffic surveillance as well as crime prevention, can also be utilised by police to help in criminal investigations. Apart from the electronic "eyes in the sky", police are enlisting the help of the city's taxi drivers to serve as spotters. Mohd Bakri said they had already initiated discussions with several taxi companies to see how the cabbies could be deployed. "We have begun talks with several taxi companies. We have advised them to be on the lookout for suspects of dark complexion and riding either Honda EX-5 or Yamaha motorcycles." The acid splashers, who have been known to work in pairs, have so far maintained the same method of operation by riding a motorcycle and surprising the victims from behind by splashing corrosive liquid into their faces. They have claimed 20 victims, overwhelmingly female, in eight incidents. However, despite appeals from the police, information on the acid splashers has been scant, at best. Mohd Bakri said all efforts would come to nought if the public did not play its part in nabbing the men. The smallest details, he said, could prove invaluable. "Shops and building owners throughout Klang Valley, do your bit. Go through your surveillance videos ... who knows, you may get something," he said. "The public, especially women, are to look out for motorcyclists behaving suspiciously. Try to look out for the type of helmet, motorcycle or even the type of clothing they are wearing." After being "missing in action" for a month, the acid splashers re-emerged last Friday, this time in the city centre, which is a deviation from their usual haunts of outlying areas. In that incident, two women were attacked as they walking back to their car after having dinner in Jalan Pudu Lama. A lone man on a motorcycle approached them from behind and splashed a bottle of liquid on them in the 9pm incident. Within 30 minutes of the incident, he struck again, this time at a parking lot in front of The Mall shopping centre in Jalan Putra. The victim was a female lawyer in her 30s who sustained minor burns and was given outpatient treatment at a nearby hospital. The attacks continued the next day. This time, a mother and her year-old child fell victims in the compound of their home in Persiaran Titiwangsa. The woman, in her 30s, and her baby were inside their compound about 3pm when the man rode by and threw the liquid over the gate before speeding off. Both mother and child were taken to KL Hospital for treatment as the liquid had entered their eyes. Where the 'splasher' struck 1. March 2 - Eight Year 4 and Year 6 pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar were splashed with a liquid by a motorcyclist clad in black. 2. March 24 - Two marketing executives were splashed with acid as they were walking along Jalan Tun Sambanthan at 5.30pm. 3. March 25 - A 25-year-old history teacher, on the way to school, was attacked near the back gate of a school in Jalan Sultan Abdul Samad at 7am. 4. March 26 - A Frenchman and his female companion became the 13th and 14th victims of a corrosive liquid-splashing attack by a motorcycle duo in Jalan Conlay about 3pm. 5. April 2 - In Jalan Mantin, Negri Sembilan, a 27-year-old woman and her 18-year-old niece were attacked by two men on a motorcycle 9pm. 6. May 6 - Two women were splashed with acid when a motorcyclist attacked them from behind in Jalan Pudu Lama at 9pm. 7. May 6 - Thirty minutes later, a lawyer in her 30s, was attacked near a parking lot in front of The Mall shopping centre in Jalan Putra. 8. May 7 - A woman and her one-year-old baby were standing in her house compound in Persiaran Titiwangsa when the splasher rode by and threw the liquid at them at 3pm. Call police if you have information on the acid attacks: RAKAN COP HOTLINE: Kuala Lumpur 03-21460585/ Selangor 03-20529999/Bukit Aman 03-22663333 or SMS: POLISKL and send it to 32728 http://www.mmail.com.my/content/71788-get-beasts |
Jabatan Pelajaran galak pelajar jadi artis hiburan pula Posted: 09 May 2011 07:11 PM PDT Selepas Kementerian Pelajaran menganjurkan bersama yang menggalakkan pelajar sekolah menari terkangkang-kangkang dalam program My School Rocks 2011, kini Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pula mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar sekolah rendah di negeri ini untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil Radio Malaysia Negeri FM 2011. Surat tersebut yang terdapat dalam laman web JPNNS ditandatangani oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Agaknya Islam sebagai agama rasmi di Malaysia perlu dianjurkan banyak program hiburan terutama untuk pelajar sekolah rendah. Boleh tengok sendiri pekeliling Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tersebut di pautan berikut http://www.jpnns.gov.my/utama/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=1200&Itemid=63 Berita Kementerian Pelajaran anjur tarian terkangkang untuk pelajar sekolah di http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-semakin-benci-meluat-dengan.html |
Guru-guru dah meyampah, Menteri Pelajaran PENIPU? Posted: 09 May 2011 06:54 PM PDT Guru sandaran tidak terlatih masih digantung tak bertali Berita Harian 10 Mei 2011 TIGA bulan berlalu selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan 'berita baik' mengenai khidmat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sudah berkhidmat tiga tahun berturut-turut disambung, namun penyelesaian isu ini belum 'nampak cahaya di hujung terowong'. Pengumuman Muhyiddin pada 3 Mac lalu pada sidang media selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod di Sabah, nampaknya ibarat 'angin lalu' sekadar singgah sipi-sipi di telinga pegawai yang dipertanggungjawabkan, khususnya di Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). JIKA PERSOALAN 13,000 GSTT PUN TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BERKESAN, APATAH LAGI PELBAGAI MASALAH MEMBABITKAN LEBIH 350,000 GURU DI SELURUH NEGARA. TIDAK HAIRANLAH BANYAK PERSOALAN TERTUNGGAK, ANTARANYA BEBAN TUGAS BERLEBIHAN GURU MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN KEMENTERIAN BERKENAAN. ( Sila baca artikel sebelum ini; Guru-guru semakin benci, meluat dengan Umno BN, salah Muhyiddin di http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-semakin-benci-meluat-dengan.html ) Saban hari e-mel bhsurat@bharian.com.my akan menerima keluhan guru, antaranya berhubung bebanan kerja perkeranian, kenaikan pangkat dan kelemahan pentadbiran sekolah. Bagaimanapun, surat 'kemarahan' GSTT berhubung sikap pegawai JPN ketika ditanya mengenai kedudukan mereka, termasuk jawapan 'belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT daripada Kementerian Pelajaran' mengatasi e-mel yang diterima sejak sebulan dua ini. Muhyiddin sebelum ini menjelaskan kerajaan sudah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera. Jika arahan beliau sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, kita tidak nampak kenapa alasan standard belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT yang digunakan kakitangan JPN di seluruh negara bagi menjawab pertanyaan GSTT terus digunakan. Dua surat pembaca yang diterima melalui e-mel – masing-masing satu dari Ipoh, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyebut JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) memberi alasan 'belum menerima waran lantikan', manakala 'JPN Wilayah tidak mendapat hitam-putih mengenainya'. Pada masa sama, tiada kenyataan lanjut mengenai nasib GSTT yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran, selepas pengumuman dibuat Muhyiddin, sekali gus memberi tekanan kepada GSTT yang sudah berkeluarga mengenai masa depan mereka, apatah lagi kalau suami dan isteri, kedua-duanya GSTT. Malah, kebanyakan GSTT yang sudah berkeluarga menyatakan kesediaan untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka di seluruh negara, hanya menunggu surat daripada JPN mengenai kawasan penempatan mereka. Tekanan ini turut dirasai GSTT bujang, khususnya yang sudah membeli kenderaan untuk kemudahan pengangkutan ketika berkhidmat dulu, selain membawa pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan peringkat sekolah, zon dan daerah. Akibat 'digantung tidak bertali' oleh kementerian, sudah ada kes guru berkenaan terpaksa menjual semula kereta kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan kepada institusi kewangan. Hakikatnya, kekurangan guru di Wilayah Persekutuan sebenarnya meruncing, khususnya guru Bahasa Melayu dan Sejarah. Disebabkan penumpuan berlebihan kepada penyediaan guru Sains dan Matematik di sekolah, akhirnya berlaku lambakan guru yang mengajar kedua-dua subjek ini di Kuala Lumpur. Tidak dinafikan ada GSTT yang ditawarkan tempat di sekolah sejak April lalu, namun kebanyakan GSTT yang diambil bukan daripada mereka yang mengajar di sekolah asal, sebaliknya dari sekolah lain. Bukankah pengetua sekolah asal ada mencadangkan GSTT yang berkhidmat sebelumnya disambung perkhidmatan di sekolah berkenaan? Inilah antara persoalan yang perlu dijawab JPN berhubung soal ketelusan dalam pengambilan semula GSTT. Isu GSTT sebenarnya bukanlah rumit untuk diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri sudah membuka jalan penyelesaian ke atas isu penempatan guru tidak terlatih ini. Bagaimanapun, pengumuman Muhyiddin tidak disambut dengan tindakan proaktif baik pada peringkat kementerian mahupun jabatan. JIKA PERSOALAN 13,000 GSTT PUN TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BERKESAN, APATAH LAGI PELBAGAI MASALAH MEMBABITKAN LEBIH 350,000 GURU DI SELURUH NEGARA. TIDAK HAIRANLAH BANYAK PERSOALAN TERTUNGGAK, ANTARANYA BEBAN TUGAS BERLEBIHAN GURU MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN KEMENTERIAN BERKENAAN. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusandarantidakterlatihmasihdigantungtakbertali/Article |
Felda gagal, peneroka tanggung hutang cecah RM150,000 Posted: 09 May 2011 06:53 PM PDT KUALA LUMPUR 9 Mei 2011 : Akibat kegagalan Felda mengurus tadbir dengan baik, sekitar 80,000 peneroka seluruh negara menanggung bebanan hutang sehingga mencecah RM150,000 setiap peneroka, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Menurutnya, antara sebab bebanan hutang terpaksa ditanggung peneroka berikutan kelambatan proses tanam semula yang gagal diselenggara dengan baik oleh Felda. "Penyelenggaraan oleh Felda gagal diuruskan dan tidak berjalan dengan sempurna kerana di sesetengah tempat proses penanaman semula tergendala sehingga dua tahun. "Peneroka yang terlibat dengan kerja tanam semula akan menanggung hutang dipanggil pinjaman sara hidup yang akan diberikan oleh Felda setiap bulan sehingga tanam semula membuahkan hasil, kalau tanaman kelapa sawit akan memakan masa lebih kurang tiga tahun. "Felda akan berikan pakej antara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan yang boleh dipilih oleh peneroka. Ada yang ambil RM1000, RM1200 dan maksimum RM1500. "Jika tanam semula lambat, mereka akan ditanggung dengan hutang yang bertambah besar," katanya ketika sidang media menyerahkan memorandum aduan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di sini hari ini. Kata beliau, bebanan hutang yang semakin menimbun terhadap peneroka ditambah pula dengan kadar faedah sehingga mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata peneroka tersebut yang sudah berumur. "Setiap hutang dikenakan terhadap peneroka mempunyai kadar faedah yang tinggi iaitu 6.25% setiap tahun yang tidak pernah berubah. "Saya difahamkan kenyataan Tun Ghaffar Baba pada 1984 menjelaskan bahawa kadar faedah yang dikenakan itu kerana Felda mempunyai hutang dengan bank dunia. Tetapi hutang sudah selesai pada 1996, namun faedahnya tidak berubah sehingga ke hari ini," kata beliau. Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekesalannya terhadap 'peraturan baru' Felda di bawah Pengerusi barunya, Tan Sri Isa Samad yang tidak membenarkan sesi soal jawab dan dialog diadakan ketika mengadakan lawatan di tanah-tanah rancangan Felda. "Daripada dulu lagi Felda mengikat peneroka dengan perjanjian, peneroka boleh persoalkan terhadap Felda, tetapi apa yang dicakap pastinya ditentang dan mengakui hanya Felda sahaja yang betul. "Paling buruk adalah zaman Isa kerana tidak benarkan sesi dialog peneroka dengan pihak Felda. Dua tiga hari lepas, Isa ada datang melawat beberapa kawasan Felda, tetapi peneroka tidak dibenarkan bertanya atau sesi dialog. Mereka hanya boleh mendengar sahaja, dan ini membuatkan penderitaan peneroka semakin teruk kerana tiada tempat untuk mengadu," ujarnya. Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha'ani Abdullah memberi jaminan akan memanjangkan memorandum aduan tersebut kepada Felda supaya bebanan peneroka dapat diselesaikan. "Segala masalah yang ada aspek hak asasi manusia boleh diadukan kepada Suhakam. Dalam hal ini melibatkan pencarian nafkah dihalang, kelemahan tanaman semula oleh agensi yang bertanggungjawab. "Pengurusan yang lemah diuruskan oleh Felda, kerja lewat tanam semula bukan salah peneroka tetapi agensi yang menguruskan peneroka. Kami akan adakan lawatan ke Felda dan kawasan tersebut supaya penjawat awam tidak mengambil tindakan sambil lewa tentang tugasan mereka. "Kami akan panjangkan usul ini supaya dapat menyelesaikan masalah peneroka yang semakin dihimpit hutang," kata beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13015 Adu kepada Suhakam, akibat tidak tahan tanggung hutang Jamilah Kamarudin May 9, 2011 Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit dihadapi peneroka akibat kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant. KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan bebanan hutang Skim Tanam Semula yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, sekumpulan peneroka Felda hari ini menyerahkan memorandum aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang dihadapi mereka adalah daripada kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant yang lewat menguruskan proses tanam semula kelapa sawit dan getah sehingga bertahun lamanya. Wakil kumpulan itu Mazlan Aliman berkata, kerja tanam semula yang sepatutnya diselenggara Felda Technoplant terhadap setiap 10 ekar tanah peneroka tidak dilaksanakan dengan baik dan dilanda pelbagai masalah. Selain kelewatan kerja membersihkan tapak, Felda juga didakwa tidak menanam dan menyemai anak benih dengan betul, mengabaikan penjagaan tapak sehingga diserang haiwan liar, selain diragui tahap kualiti baja serta anak benih yang dibekalkan. "Dalam perjanjian Felda memperuntukkan proses tanam semula adalah selama 36 bulan (tempoh kelapa sawit membuahkan hasil) sehingga 72 bulan (bagi tanaman getah) dan dalam tempoh tersebut Felda mengenakan hutang berjumlah RM18,000 setahun. "Disebabkan kelewatan dan pengabaian daripada Felda sendiri sehingga melebihi tempoh yang dijadualkan, peneroka yang terpaksa menanggung beban akibat jumlah hutang terkumpul yang tinggi dari sepatutnya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Suhakam disini hari ini. Dalam pertemuan tersebut, kira-kira 20 wakil peneroka daripada Felda Tenggaroh, Nitar, Sungai Mas, serta beberapa lagi daripada Felda sekitar Johor hadir manakala Suhakam diwakili Pesuruhjaya Shaani Abdullah dan Pegawai Helmi Fendy Mohammad Idris. Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat berkata, pihaknya mempunyai bukti dari kalangan kira-kira 80,000 peneroka yang menyertai skim ini, ada antara mereka yang mempunyai rekod hutang sehingga ratusan ribu ringgit. Berhutang sepanjang hayat "Seorang peneroka Felda Jengka 16, Pahang yang berumur lingkungan 70-an mempunyai jumlah hutang sebanyak RM91,119. Ada juga yang berhutang sehingga mencecah RM12,000. Mereka ini terpaksa berhutang sepanjang hayat," katanya. Selain dibebani hutang kira-kira RM1,500 setiap bulan, Mazlan berkata pihaknya juga tidak berpuas hati apabila Felda turut mengenakan 'bunga' sebanyak 6.25 peratus setiap bulan (tidak termasuk hutang persendirian) yang dianggap terlalu tinggi serta tidak munasabah. "Semasa (Allahyarham) Tun Ghafar Baba menjadi Menteri Luar Bandar pada tahun 1994, beliau memberikan alasan tujuan kadar faedah dikenakan kerana Felda ada hutang dengan Bank Dunia. "Tetapi hutang itu dah selesai pada tahun 1996, jadi kenapa masih lagi kekalkan kadar faedah tersebut," soal beliau. Sementara itu, seorang peneroka daripada Felda Nitar 2 di Mersing, Johor dalam pertemuan tersebut mengadu pihaknya telah mengemukakan masalah ini kepada Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Datuk Ramli Ismail, pengurus Felda, ketua kampung serta Pengerusi Biro Ladang pada Oktober tahun lalu, namun jalan penyelesaian masih buntu. "Menurut perbincangan serta bukti-bukti yang telah dihantar kepada pihak peguam yang dilantik, pihak kami telah membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi kepada Felda. "Ini adalah disebabkan kegagalan pengurus, kakitangan, ketua kampung dan Biro Ladang Felda Nitar 2 yang tidak menjalankan tugas serta tanggungjawab yang dimanahkan," keluhnya yang sebelum ini mengaku takut untuk bersuara kerana khuatir akan dianggap sebagai peneroka 'pengkhianat' dan 'tidak tahu bersyukur'. Gagal bela nasib peneroka Sementara itu, Shaani berkata pihaknya kesal dengan sistem pengurusan Felda yang bukan sahaja gagal membela nasib peneroka, malah mengabaikan tanggunjawab mereka sebagai penjawat awam. Pihaknya juga memberi jaminan akan memberi keutamaan terhadap kes in serta akan berusaha untuk mengadakan pertemuan antara peneroka dengan pihak Felda. "Dalam hal ini usaha peneroka Felda untuk mencari nafkah dihalang kerana kelemahan sistem pelaksanaan tanam semula oleh agensi yang bertanggungjawab. "Peneroka terpaksa tanggung hutang sebabkan kos tambahan yang tinggi. Kalau peneroka tak tanggung, kesannya kerajaan (dengan menggunakan duit rakyat) yang akan tanggung. "Jadi pekerja awam jangan ambil rendah tanggungjawab ini," katanya yang khuatir peneroka Felda akan menjadi golongan petani yang tidak berwawasan akibat dibebani pelbagai masalah dan hutang. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/adu-kepada-suhakam-akibat-tidak-tahan-tanggung-hutang/ |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan