Jumaat, 6 Mei 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nelayan Vietnam `kuasai’ pelabuhan Chendering

Posted: 05 May 2011 11:47 PM PDT




Free Malaysia Today - May 6, 2011

Mereka nampaknya lebih bebas dan nelayan tempatan terpaksa mengalah, kata seorang nelayan dari Chendering.

KUALA TERENGGANU: Nelayan pantai di daerah ini dan Marang berang kerana jeti pendaratan ikan di pelabuhan Chendering dekat sini dipenuhi bot nelayan Vietnam.

"Amat susah nak daratkan hasil tangkapan kerana berderet bot di pelabuhan ini. Kena tunggu lama kadang-kadang sampai sejam.

"Dulu tidak begini. Tetapi sejak bot nelayan Vietnam banyak masuk ke pelabuhan Chendering, keadaan menjadi sesak dan tidak terkawal.

"Mereka nampaknya lebih bebas dan nelayan kita terpaksa mengalah," kata seorang nelayan dari Chendering yang mahu dikenali dengan panggilan Mat Awi, 40 tahun.

Pelabuhan perikanan Chendering milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merupakan tempat pendaratan ikan utama bagi nelayan dari Kuala Terengganu dan Marang.

Nelayan lain, Omar Awang pula mendakwa, kehadiran begitu banyak bot nelayan Vietnam ke pelabuhan Chendering menimbulkan tanda tanya di kalangan nelayan tempatan.

"Mereka mempersoalkan mengapa pihak berkuasa membenarkan bot nelayan Vietnam berada di pelabuhan Chendering.

"Bot mereka mendaratkan hasil tangkapan sedikit sahaja tetapi lebih banyak mengisi diesel subsidi.

"Ikan mereka jual di tempat lain," katanya.

Omar juga mendakwa, perangai nelayan Vietnam ini yang suka minum arak menyebabkan mereka mudah bergaduh.

Menurutnya, keadaan ini menyebabkan nelayan tempatan menjadi takut kerana mereka begitu ramai terutama pada waktu mendaratkan ikan pada waktu petang.

"Saya pernah melihat mereka bergaduhdi kawasan jeti sesama mereka selepas mabuk," tambahnya.

Difahamkan nelayan tempatan merancang mengadakan demontrasi di pelabuhan itu tetapi dibatalkan selepas dinasihatkan oleh Persatuan Nelayan Terengganu (Penentu).

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/06/nelayan-vietnam-kuasai-pelabuhan-chendering/

Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam

Posted: 05 May 2011 09:29 PM PDT



INI HANYA BERLAKU DI MALAYSIA, Seperti Kera Mendapat Bunga, Mahal Rantai Dari Beruk. May 6, 2011. "Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," kata seorang felo kanan UKM. Guru-guru di Terengganu masih menggunakan papan hitam ketika mengajar walaupun pelajar diberikan komputer riba E-Book.

Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.

"Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," katanya.

Beliau juga mendakwa, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.

Apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih, tambahnya.

Di Singapura, kata Dr. Kamaruzaman, pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah.

Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.

Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut.

"Maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book.

"Bila diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,"jelasnya.

Usaha untuk menghubungi exco pendidikan kerajaan Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman bagi mengulas perkara tersebut gagal.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/06/murid-guna-e-book-guru-masih-guna-papan-hitam/

Filipina lagi miskin, guna lampu air, kenapa serang Libya?

Posted: 05 May 2011 08:42 PM PDT



Di pinggir bandar Manila, terdapat 3 juta rumah tanpa bekalan elektrik. Sekarang kerajaan Filipina menjalankan kerjasama dengan MIT untuk membekalkan lampu menggunakan botol air terpakai untuk memberi cahaya di rumah-rumah yang miskin dan daif di pinggir Manila. Rakyat Filipina jauh lebih miskin dari rakyat Libya, tapi kenapa Amerika dan negara barat menyerang Libya?

Pendapatan per kapita tahunan rakyat Libya pada kedudukan ke 17 di dunia dengan pendapatan tahunan US 12,020 (RM35,909), rakyat Malaysia ke 87 dengan pendapatan tahunan US 7,350 (RM21,958) manakala pendapatan tahunan rakyat Filipina jauh di bawah di tangga ke 154 dengan pendapatan tahunan US 1,790 (RM5,347).

Kenapa Libya diserang sekarang ini? Perisikan Tentera Malaysia tak ada maklumat ke kenapa Libya di serang? Kenapa Tunisia, Syria, Mesir bangkit dengan kuasa rakyat?

Filipina juga bangkit dengan kuasa rakyat, tetapi kenapa rakyatnya masih miskin, lebih miskin dari rakyat di Libya dan Tunisia?

FIKIR-FIKIRKAN !

The National Electrification Commission reported in 2009 that 3 million homes outside Metro Manila still are powerless?

Solar bottle bulbs light up homes of Tondo community
Wednesday, 27 April 2011

RATHER than complain about the heat this summer, how about harnessing the power of the sun to bring electricity to a poor community?

Earlier this month, the Manila city government lit up 120 houses at Baseco Compound in Tondo by installing "solar bottle bulbs" on the roofs.

The cheap, solar-powered bulbs are actually just clear plastic soda bottles filled with a mixture of purified water and chlorine or bleach which is commonly used in household cleaning products.

Each bottle is then inserted halfway into a hole made on the roof of a house. Sealant is applied to prevent leaks and the end result gives the impression of a small, plastic chimney.

The bulb gives off light equivalent to a 55-watt electric lamp as the water inside the bottle refracts sunlight and other exterior light.

"We have to save. My husband is a contractual carpenter and we just get by. We have to pay the P800 (RM56) monthly rent in addition to food and water expenses, my grandchild's milk and other needs," she says, motioning to a baby sleeping in a cradle.

The solar bottle bulb is an innovation developed by students of the Massachusetts Institute of Technology.

The idea is actively being promoted by MyShelter Foundation Inc. in the country under its "Isang Litrong Liwanag–The Solar Bottle Bulb Project" which was launched in San Pedro, Laguna province early this year.

The chlorine and bleach "poisons" the water to keep molds from developing so the solution can last up to five years. The use of distilled or purified water is encouraged to keep the water clear for refraction.

It only costs P100 (RM7) to P200 (RM14) to make a solar bottle bulb.

Source :
http://isanglitrongliwanag.org/2011/04/27/solar-bottle-bulbs-light-up-homes-of-tondo-community/
http://www.quotednews.com/2011/04/28/government-launches-a-liter-of-light-program-by-using-solar-bottle-bulbs-to-give-brighter-hope-to-the-poor/

Gross national income per capita 2009, Atlas method and PPP (World Bank)
http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/GNIPC.pdf

Petanda Umno DUN Chembong, Rembau akan rebah

Posted: 05 May 2011 08:01 PM PDT



Dah 3 bulan papantanda jalan utama di Chembong, Rembau telah rebah. Adakah ini tanda-tanda Umno akan tewas di DUN Chembong dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? Apa ke tidaknya, janji buat Hospital Rembau di DUN Chembong sejak Mac 2008 hanya tinggal batu asas saja. Yang dapat hospital kawasan DAP menang.

Tampin di DUN Repah , wakil rakyatnya DAP dapat hospital baru, walaupun dah ada hospital Tampin.

Di Nilai pun sama, wakil rakyatnya DAP, pun akan dapat hospital baru.

Melayu Chembong, Rembau apa dapat? Bolehlah baringkan pesakit atas batu asas Hospital Rembau, itu saja.

Berita penuh Papan Tanda Jalan (Simpang Tiga Pedas), Menanti Rebah di http://parchembong.blogspot.com/2011/05/papan-tanda-jalan-simpang-tiga-pedas.html

Berita DUN Repah, wakil rakyat DAP dapat Hospital Tampin yang baru di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

Berita DUN Nilai, wakil rakyat DAP dapat Hospital Nilai yang baru di
http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

Berita DUN Chembong, wakil rakyat UMNO dapat BATU ASAS Hospital Rembau di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Nasib ibu tunggal Melayu di Melaka, bumi Hang Tuah

Posted: 05 May 2011 07:49 PM PDT



HANYA 3 BULAN TERIMA BANTUAN. Sinar Harian 6 Mei 2011, MELAKA - Balu kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya lima tahun lalu melahirkan rasa kecewa apabila hanya menerima tiga bulan sahaja bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mac 2007 lalu.

Rashidah Ahmad, 30, dari Kampung Bukit Larang Pernu dekat sini berkata, sehingga kini dia masih ternanti-nanti bantuan am yang sepatutnya dijanjikan berjumlah RM230 sebulan.

Menurutnya, bantuan itu diperlukan bagi menampung keperluan tiga anak yang berusia 10, 8 dan 5 tahun.

"Suami saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler di kilometer 11 di Taman Seri Telok Emas.

"Ketika kejadian, suami saya yang berusia 32 tahun sedang menjual buah-buahan di tepi jalan dua hari sebelum Ramadan maut di tempat kejadian akibat dilanggar treler berkenaan. Kemalangan itu turut meragut seorang lagi peniaga yang baru meninjau tapak bazar Ramadan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rashidah berkata, sejak kejadian itu, dia terpaksa menjalankan perniagaan warung secara kecil-kecilan di hadapan rumah sewanya dengan memperoleh pendapatan sekitar RM10 hingga RM15 sehari sahaja.

"Jumlah itu tidak mencukupi untuk menanggung keperluan tiga anak saya yang kesemuanya perempuan di samping perlu membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan.

"Sejak permohonan bantuan JKM dibuat lima tahun lalu, saya hanya menerima bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun saya berjumlah RM230 sebulan pada 8 Mac, 27 April dan 12 Mei 2007 sahaja," katanya.

Katanya, bagi mendapatkan penjelasan itu, dia merujuk masalahnya ke pihak JKM, namun pegawai berkenaan hanya menjelaskan bantuan terbabit sepatutnya sudah dimasukkan ke dalam akuan saya.

"Tetapi hairannya, sehingga sekarang bantuan yang amat saya harapkan itu masih tidak diperoleh dan kini sudah hampir 10 kali saya turun naik ke pejabat JKM.

"Saya pun sudah naik malu dengan pegawai di sana, tetapi kehidupan saya terlalu mendesak untuk saya dapatkan bantuan berkenaan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055519.asp

Di Melaka, hadiah pertandingan Karaoke roti 60 sen

Posted: 05 May 2011 05:56 PM PDT



Harian Metro 6 Mei 2011, MELAKA: Sepuluh finalis pertandingan akhir karaoke yang dianjurkan seorang individu menerusi program dijalankan sebuah AGENSI KERAJAAN mendakwa hanya menerima hadiah berupa sebuku roti bernilai 60 sen.

Peserta yang memenangi tempat pertama, Hasnita Abd Hamid, 41, mendakwa terkejut apabila membuka beg kertas diterimanya dan mendapati ia hanya berisi sebungkus roti krim berharga 60 sen yang disangkakan hadiah iringan yang lebih berharga.

Dakwanya, lebih mengecewakan apabila sampul bagi hadiah pertama yang dimenanginya tidak berisi wang tunai RM300, sebaliknya nota yang tertulis ucapan tahniah dan memintanya menukarkan nota dianggap baucar itu kelmarin dengan penganjur.

"Saya bertanya kepada pemenang tempat kedua serta ketiga dan mereka juga mendapat benda sama, begitu juga finalis lain," katanya, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menangroti60sen/Article/index_html

Tiada ulasan: