Anak Muda Kampung Nak Senang |
ADUN DAP prihatin nasib Melayu, pemimpin Umno entahlah Posted: 01 May 2011 12:30 AM PDT Ketika Presiden Umno mengadakan lawatan makan nasi dagang di Pekan Batu 6, Kuala Terengganu serta mengajak orang PAS menyertai BN atau meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pemimpin DAP ni tak membela Islam, ADUN DAP di Seremban membongkar masalah orang Melayu yang tidak ada rumah, menjadi mangsa perumahan terbengkalai. Begitu banyak projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia yang dilaporkan di Blog mangsa-mangsa perumahan terbengkalai yang merupakan rakyat Malaysia di http://terbengkalai.blogspot.com Sejak bila orang Melayu yang undi DAP , minta pemimpin DAP jadi imam atau baca khutbah Jumaat? Orang Melayu undi DAP sebab dah fed up dengan perangai pemimpin Umno yang tak mahu berubah, pandang orang susah, orang teraniaya, mangsa perumahan terbengkalai, sebelah mata. Kepada pemimpin Umno , khususnya Najib, kenapa tak ajak anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari sertai Umno atau tinggalkan DAP? Mari anak muda kita sertai DAP untuk ajar pemimpin Umno seperti pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html RUMAH HANYA TINGGAL IMPIAN Sinar Harian 1 Mei 2011 Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu. Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya. Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah berkenaan hanya mampu 'gigit jari' apabila pemaju gagal menyiapkan projek peruma-han berkenaan. Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah. "Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan dapat siap dalam tempoh 24 bulan. "Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun tetap membayar ansuran rumah sehingga kini," katanya. Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit. Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba. "Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih lagi menyewa rumah. "Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian," katanya. Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9035720.asp |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan