MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH ! SARAWAK TAK MAU KE MACAM NI ?
- Saya boleh kata tidak Anwar - Mursyidul Am
- Anuar berucap depan 10,000 orang di Miri
- Jom tengok video Barisan Nasional mezalimi kaum pribumi di Sarawak
- Peringatan Buat Umno Dan SPR Yang Nak Bawa Peti Undi
- Pilihan Raya Sarawak Dari Penang, Selangor,Rakyat Sarawak Pulang Untuk Nyahkan BN!
- Memang Cuak
- Kami mahu tukar kerajaan kerana kami mahu tanah kami balik…
- Video Wartawan Yang Tanya Jam Omega
TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH ! SARAWAK TAK MAU KE MACAM NI ? Posted: 11 Apr 2011 08:14 AM PDT Sehingga penutupan akaun 31 Disember 2010, jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM268 juta. 1998 : Hanya RM 12 juta 1999 : Langsung tiada simpanan tetap direkodkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri. BUKAN mcm Kerajaan BN..Wang Rakyat,Harta Sykt Kjaan,Untung Sykt Kjaan, Umno buat mcm harta mak bapak Umno jer.. Buat Anak Sykt Kjaan tp asyik rugi sepanjang tahun...Bkn tak untung..tp untung dah Mereka kembungkan perut masing2 Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/ |
Saya boleh kata tidak Anwar - Mursyidul Am Posted: 11 Apr 2011 06:28 AM PDT |
Anuar berucap depan 10,000 orang di Miri Posted: 11 Apr 2011 01:12 AM PDT 10000 PKR at Batu Kawah 10/04/2011 |
Jom tengok video Barisan Nasional mezalimi kaum pribumi di Sarawak Posted: 11 Apr 2011 01:01 AM PDT |
Peringatan Buat Umno Dan SPR Yang Nak Bawa Peti Undi Posted: 11 Apr 2011 12:39 AM PDT Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM MKini Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. Sumber: http://budakkampungonline.blogspot.com/ |
Pilihan Raya Sarawak Dari Penang, Selangor,Rakyat Sarawak Pulang Untuk Nyahkan BN! Posted: 10 Apr 2011 11:53 PM PDT Oleh ramziredang "Sungguh mengejutkan, pada majlis makan Malam Limbang anjuran DAP bila ada seorang perempuan menyumbang sebanyak sepuluh ribu ringgit. Setengah yang lain pula rata rata menderma sebanyak lima ratus ringgit seorang. Ternyata gempa bumi dan tsunami telah melanda Sarawak. Masing Masing hanya ada satu 1matlamat dan 1azam, nyahkan 1BN dari 1Kenyalang. Di saat Najib cuba mententeramkan diri dengan menghibur hati berada di litar Sepang, Taib Mahmud mula tidak lena tidur. Dirinya yang selama ini merasa masih muda mula merasa tua dan telah tersilap langkah. Kini ternyata dia telah menyedari bahawa dirinya benar benar telah tua. Memang benar telah tua. Kesedaran ini timbul bila tsunami kini telah benar benar berada hampir di luar rumahnya yang tersergam indah. Tekanan yang ditanggung dalam dirinya tidak mampu diselindungkan lagi sehinggakan banyak pertanyaan wartawan dijawab dengan penuh emosi. Berita perhimpunan Pakatan Rakyat dihadiri seramai dua puluh ribu orang tidak mampu disembunyikan lagi. Kini sejarah bakal terukir. Miri akan memimpin satu era baru yang belum pernah disaksikan selama lebih 48 tahun. Hati mana yang tidak berdebar melihat detik detik ini. Jiwa mana yang tidak berdegar melihat mereka datang dari jauh untuk menyambut pakatan rakyat. Semangat mana yang tidak membakar bila melihat gelombang yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak. Mereka datang dengan penuh kesedaran. Keluar menunjukkan kuasa rakyat. Bagi mereka kini adalah masa kami. Kami telah lama memberi peluang kepada kamu. Tetapi ternyata kamu mempersiakan harapan kami. Penyesalan sudah tidak berguna lagi. Apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin BN sekarang, sungguhpun mungkin ada yang benar benar ikhlas, sudah terlambat. Saat ini yang ikhlaspun sudah dianggap menipu.Kebencian sudah tidak terbendung lagi Rakyat Sarawak yang bekerja di Pulau Pinang dan Selangor pulang ke kampung halaman di Sarawak dengan membawa kibaran satu panji. Seolah olah panji di satu medan perjuangan. Dengan titik jerih ini, apapun, BN pasti akan dinyahkan dari bumi kenyalang. Kembalikan kedamaian ke bumi kenyalang. Kembalikan hasil bumi ini kepada kami. Hidupkan kami di dalam kedamaian kerana kedamaian ini adalah hak milik kami. Sebagaimana cantiknya si burung kenyalang terbang singgah di pinggir gunung. Kini baru kamu ingin berjanji untuk membawa kemakmuran kepada kami? Sedangkan sudah puluhan tahun kami berhijrah ke negeri lain untuk mencari sesuap nasi,menanggung ibu bapa kami. Kamu yang nyahkan kami dari bumi kami sendiri. Kini kami ingin kembali menuntut hak kami. Kamulah yang sepatutnya nyah dari bumi kami. Di perantauan, Selangor dan Penang kami telah melihat dengan mata kepala kami bahawa pemimpin yang kami cari telah kami temui. Merekalah yang lebih mengerti keperitan hidup kami. Lalu memberi, menghulurkan hak hak kami dengan seikhlas hati mereka. Dengan penuh rendah diri mereka mengangkat kembali martabat kami sebagai rakyat yang mempunyai hak di negeri sendiri. Nyatalah yang menipu kami adalah kamu bukannya mereka. Kini biarlah kamu kami halau dari bumi kami. Nyahlah kamu dari bumi kenyalang Sumber: http://www.detikdaily.net/ |
Posted: 10 Apr 2011 09:25 PM PDT Hahaha..... kecut perut la... memang cuak... hahaha... mana tak cuak... kalu silap percaturan... mungkin hilang satu negeri... bukan setakat hilang negeri... tapi hilang lubuk... lubuk aper... lubuk emas la.... lubuk dimana senang nak rembat hasil masyhul negeri... orang tempatan jenis tak berapa nak amik pot... hahaha... 50 tahun bhai... lebih 50 tahun... kalau masa tuu baru lahir (baby)... la nih dah takat bersedia nak masuk kubur biler-biler.... hahaha... tapi haram jadah pembangunan di Sarawak macam sial jer.... 50 tahun rasanya kalu setahun amik masa untuk buat kerja ukur tanah untuk satu kawasan DUN... rasanyer dah 50 kawasan dah selesai... tinggal 21 kawasan jer lagi... Haram Najib Razak tipu orang kampung dan dayak di Sarawak dengan bagitau yang kalu nak abis mengukur tanah adat (NCR) di Sarawak .... amik masa terlalu lama.... sebab Sarawak besar... Macam la orang tak tau yang Sarawak tue luas.... tapi kalu nak buat pemetaan dan kerja ukurtanah tue.. rasanyer tak amik masa yang lama.. Tambah plak peralatan theodolite sekarang nih dah ader yang dilengkapi dengan peralatan mengukur waktu malam dan kemudahan sistem GPS.... bukan macam dulu... la nih tak perlu ramai kakitangan pon boleh buat kerja mengukur... 5 orang staff pon dah boleh cover kawasan yang luas... Kalu nak murah lagi... bagi jer bebudak Politeknik ker... ITM ker... buat latihan amali ukurtanah kat Sarawak nih... hasil samer jer... cuma perlu diawasi oleh tenaga mahir la dalam satu kumpulan tue ader seorang tenaga mahir... Itu baru citer pasai kerja ukurtanah tanah adat NCR kat Sarawak nih... belum lagi dah 50 tahun lebih masih takder lebuhraya bertaraf nasional macam PLUS kat sana yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Kuching.. takkan takder duit... 50 tahun dah rompak hasil hutan (balak dan sebagainya) serta hasil minyak/gas dan bauxite... takkan tak cukup lagi kot.... Kemudahan awam macam haram jadah jer kat Sarawak... Negeri kaya... tapi duit hilang kena rembat... Hospital pon masih berstatus samer macam masa ditubuhkan dulu (sebelum kemerdekaan)... giler aper... Kali nih gua nak ajak sedara-sedara kita orang Dayak, Iban, Orang Ulu, Melanau, Bidayuh dan sebagainya di Sarawak tue untuk amik peluang ini untuk berubah... lakukan perubahan... Kalu tidak... 50 tahun lagi pon tetap macam tue gak.... percaya la... Barisan Nasional tetap akan nampak bekerja memajukan negeri cuma pada masa nak pilihanraya negeri jer... selain dari tue... macam sial jer... Semuanya pada tangan sedara-sedara kiter nih.... kalu depa tak nak buat perubahan... gua harap depa jangan komplen lebih-lebih... sebab depa sendiri yang tak nak berubah.... So vote for change.... Undilah Untuk Perubahan.... Undilah Untuk Perubahan. Jangan biarkan anda ditipu selama 50 tahun lagi. Cukuplah Sumber: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/ |
Kami mahu tukar kerajaan kerana kami mahu tanah kami balik… Posted: 10 Apr 2011 08:43 PM PDT |
Video Wartawan Yang Tanya Jam Omega Posted: 10 Apr 2011 08:13 PM PDT |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan