Sabtu, 9 April 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


SMS berantai digunakan sebagai taktik kempen BN

Posted: 09 Apr 2011 07:20 AM PDT


Mesej Pesanan Ringkas, SMS telah mula dihantar kepada nombor-nombor telefon yang didaftarkan dengan alamat Sarawak menggesa rakyat Sarawak agar jangan mengundi DAP, PKR dan PAS kononnya kerana parti-parti ini hanya akan mengacau hidup rakyat Sarawak.

Apa yang menariknya, tiada gesaan agar jangan mengundi SNAP walaupun jelas sekali SNAP adalah parti pembangkang. Ini membuktikan bahawa perjanjian syaitan antara Barisan Nasional dan SNAP semakin terbukti. Sebelum ini ada laporan bahawa calon-calon yang bertanding di bawah SNAP, sebenarnya telah ditaja oleh Barisan Nasional.

Malah kalau dilihat di media-media arus perdana, Parti SNAP tidak pernah diserang oleh akhbar dan media massa pengampu kerajaan itu. Rakyat Sarawak digesa menolak parti pembangkang agar Barisan Nasional khasnya Ketua Menteri Taib Mahmud boleh terus merompak harta rakyat Sarawak dan terus memperbodohkan rakyat Sarawak.


ReJaM© "Adakah rakyat Sarawak akan berjaya diperbodohkan dengan mesej ini?"

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/






















BN Belanja Duit Siapa? Jangan Jadi BINGAI!

Posted: 09 Apr 2011 07:09 AM PDT

Saya petik:

Kemiskinan: Muhyiddin cabar pembangkang tawar RM10 bilion

[BH] BINTULU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto pakatan parti pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar parti pembangkang menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.

Katanya kerajaan BN sudah mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga paratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.

"Sekali pandang tawaran (pembangkang) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra selama setengah jam di Pasar Utama Bintulu di sini hari ini.

Katanya cadangan penubuhan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga di bawah paras kemiskinan dalam manifesto pakatan pembangkang hanya satu tawaran manis untuk menarik sokongan pengundi di Sarawak dan ia sebenarnya tidak mampu untuk dilaksana seperti apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR).....


P/s: Selama hari ini, kerajaan BN belanja dan salah guna wang berbilion ringgit itu duit siapa? Duit UMCO? Duit BN? Kalau sudah tahu sumber duit itu janganlah BINGAI cabar pembangkang sediakan RM10 bilion!!! Kalau Mahiaddin mahu bukti, suruhlah orang Sarawak UNDI PR. Biar segala cabaran itu dapat dibuktikan!


Yang wajar rakyat Sarawak persoalkan ialah angka yang diberikan oleh Mahiaddin. Kata Mahiaddin kadar kemiskinan di Sarawak hanya 3 peratus. Kah kah kah, Siapa yang mahu percaya? Silakan!!!


Lebih 50 tahun BN perintah Sarawak, Taib Mahmud dan kroni kaya, rakyat terus merempat!!!

Sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/












Video Penerangan tentang Kroni KM Sarawak Rampas Tanah Sarawak

Posted: 09 Apr 2011 06:52 AM PDT

Pak Husin dari Kota Samarahan ajak rakyat sarawak tolak BN

Posted: 09 Apr 2011 06:28 AM PDT



Seorang lelaki rakyat sarawak , pak husin dari Kota Samarahan, Sarawak ajak rakyat sarawak jangan undi BN tetapi undi PAS,DAP atau PKR sahaja dalam pilihanraya negeri sarawak pada tahun ini.


Sumber: blog marhaen

Kejutan 'tsunami' dari Bumi Kenyalang

Posted: 08 Apr 2011 09:47 PM PDT

"TAK payah lah you orang gempur Sarawak kuat-kuat, BN mesti menang punya," kata seorang Timbalan Menteri kepada sekumpulan Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat ketika minum-minum di lobi Parlimen.

"Mana you tau BN mesti menang?" tanya seorang MP.

"Mestilah menang BN kuat punya, kita control Sarawak majoriti lebih dua pertiga," kata Timbalan Menteri bukan daripada Umno tersebut.

"You tengok Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, you fikir BN boleh kalah ke?" lantas seorang MP yang lain menghujah.

Dahi Timbalan Menteri itu terus berkerut. Beliau terdiam seketika. "Itu cerita lain," katanya sambil terus berlalu dari situ.

Dari raut wajahnya ketika terpingga-pingga akibat 'pukulan' hujah simple MP Pakatan Rakyat.

Beliau terpingga-pingga kerana hampir ke semua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, dikuasai penuh oleh BN. Lebih dua pertiga majoriti. BN juga tidak pernah mimpi untuk tewas di negeri-negeri tersebut.

Tsunami politik 2008 (bagi kerusi Dun) tidak berlaku di Sarawak kerana Pilihan Raya Negeri diadakan secara berasingan. BN Sarawak bagaimanapun menerima kejutan pertama selepas tewas kepada DAP dalam PRK Sibu.

Maknanya, penolakan rakyat terhadap BN masih boleh berlaku. Mungkin pada pendapat yang berbeza, BN Sarawak tidak mungkin tewas kerana perbezaan besar etnik, sosio budaya dan demografi daripada Semenanjung.

Harus diingat, kaum Melayu bukan kaum majoriti di Sarawak. Dalam masa yang sama kaum Tionghoa dan Iban secara majoritinya menolak BN dan Tan Sri Taib Mahmud.

PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sudah mula turun ke Sarawak sejak sebelum hari penamaan calon.

Agak mengejutkan apabila rakyat Sarawak memberikan sambutan yang memberangsangkan kepada Pakatan Rakyat. Apabila kenderaan yang memasang bendera PAS, KeADILan dan DAP, rakyat akan menyambutnya dengan hebat. Mereka membunyikan hon, melambai tangan, bertepuk tangan dan ada di antara mereka bersorak.

Mereka bersorak kerana gembira mereka sudah mempunyai alternatif untuk menggantikan pemerintahan BN.

Malah di rumah-rumah panjang pun, walaupun yang datang berkempen di kalangan MP Pakatan Rakyat yang tidak dikenali, mereka berjaya menghimpunkan empat lima ratus orang.

Malah di sesetengah rumah panjang, mereka sanggup menunggu kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga dua tiga pagi.

Fenomena seperti ini tidak pernah berlaku dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Kebiasaannya rakyat Sarawak agak pesimis dengan golongan pembangkang.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman, tiada bahan komunikasi, tiada surat khabar, tiada televisyen.

Walaupun media talibarut BN seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, apa sahaja pun kempen BN dipaparkan, hanya untul 'halwa' penyokong BN di Semenanjung sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Hakikat yang berlaku jauh daripada gambaran media talibarut BN. Sambutan rakyat kepada kempen calon-calon Pakatan Rakyat amat luarbiasa dan kita amat mengharapkan ianya diterjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi kaum Tionghoa pula, mereka menggelar Taib Mahmud sebagai 'Pai Mow' atau orang yang berambut putih. Mereka enggan menyebut nama Taib, mereka begitu muak dengan Taib dan BN. Dalam mana-mana ceramah Pakatan Rakyat, bila penceramah menyebut sahaja 'Pai Mow' mereka akan bangun menyorak, menunjukkan kebencian terhadap Taib yang begitu tinggi.

Namun di sebalik ini semua, kita harus akui bukan mudah untuk menumbangkan Taib dan BN. Kerusi Dewan Undangan Negeri ada 71, maknanya hendak mendapat majoriti mudah Pakatan Rakyat harus menang 37 kerusi.

Tetapi segalanya tidak mustahil. Setakat ini diunjurkan' Pakatan Rakyat boleh menang antara 13 hingga 25 kerusi Dun. Jumlah ini sudah cukup untuk menafikan dua pertiga majoriti BN.

Jika jumlah ini diperolehi, ia sudah cukup untuk membuatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menarik hand-brake. PRU tidak ada tahun ini, mungkin 2013.

Pada penulis, Pakatan Rakyat harus berfikir lebih jauh kehadapan. Bukan setakat menafikan dua pertiga majoriti, mana tahu rakyat Sarawak berani melakukan perubahan seperti rakan-rakan di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Maka kita harus bersedia untuk menyusun bakal Ketua Menteri yang baru, barisan exco. Dan yang terutama sekali menjaga Adun-Adun supaya mereka tidak dibeli oleh Taib Mahmud.

Kekayaan Taib Mahmud amat luarbiasa. Adik ipar bekas PM British, Claire Rewcastle yang mengendalikan kempen anti-Taib Mahmud di London, mendakwa Ketua Menteri Sarawak itu merupakan antara individu yang terkaya di dunia. Melebihi kekayaan Sultan Brunei dakwanya.

"Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London, dalam industri hotel," kata Claire.

Selain daripada di United Kingdom, Taib juga dikatakan mempunyai aset di Amerika Syarikat dan Kanada.

Daripada mana kekayaan beliau diperolehi jika tidak dengan 'merompak' harta rakyat? Beliau dikatakan mempunyai aset puluhan bilion.

Apa yang kita bimbangkan ialah, hasil daripada kekayaan yang luarbiasa ini, Taib dan BN berkemampuan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, yang membeli beberapa orang 'katak' daripada KeADILan.

Ada kalangan MP di Parlimen mengandaikan, setakat RM10 juta seorang untuk dibeli begitu 'kacang' buat Taib yang kaya raya itu.

Dalam waktu sekarang ini bagaimana duit-duit Taib dari luar negeri hendak dibawa masuk? Ada sumber mendakwa, kemungkinan duit-duit kotor ini akan dibawa masuk melalui Labuan, dibawa ke Sabah dan melalui jalan darat ke Limbang.

Labuan dikenali sebagai kawasan International Offshore Financial Centre. Walaupun ia gagal dijadikan lokasi pengurusan dana kewangan pesisir antarabangsa, namun ia boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk wang tunai dari luar negara.

Pada waktu ini sukar untuk dikesan bagaimana wang-wang untuk merasuah rakyat bagi mengundi BN dibawa masuk. Mungkin selepas ini MP Pakatan Rakyat boleh mengusulkan di Parlimen, untuk dilakukan siasatan dan kajian yang mendalam.

Kita harus meragui segala kemungkinan kerjasama antara Ketua Menteri Sarawak, PM, Menteriu Kewangan dan Bank Negara dalam membawa masuk wang-wang haram ini.

Apa pun kita harus memuji keberanian rakyat Sarawak yang gigih melawan arus sogokan daripada BN. Rakyat Sarawak sudah memberi pukulan pertama kepada BN, iaitu tiada kerusi dimenangi secara percuma (menang tanpa bertanding), seperti pilihan raya sebelum ini.

Penulis mendapat khabar, sebelum ini BN menjangkakan menang percuma 10 kerusi Dun pada hari penamaan. Namun jangkaan tidak jadi kenyataan. Sebaliknya jika SPR tidak memihak kepada BN, sudah pasti PAS akan menang kerusi Dun Muara Tuang.

Rakyat Malaysia di seluruh negara, bersama-sama dengan rakyat di Sarawak, mereka menantikan perubahan. Mereka mahu melihat BN tumbang di Sarawak. BN tiada jalan lain untuk terus memerintah, selain daripada menipu dan merasuah pengundi.

Kita doakan moga rakyat Sarawak kental. Moga mereka tidak tewas dengan sogokan. Moga 'tsunami' benar-benar berlaku, moga ia menjadi isyarat BN akan terkubur. Kita menanti isyarat tsunami dari Bumi Kenyalang.

Sumber: http://mohdrashidi.blogspot.com/

10,000 Rakyat Miri Beri Isyarat OK ‘Ubah Sarawak’

Posted: 08 Apr 2011 12:40 PM PDT

 Semangat penduduk Miri untuk merubah begitu bernyal-nyala

Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri

MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi.


Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah.

"Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi.

Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke.

Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh.

Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.
Pimpinan bersemangat mempromosi manifesto PR Sarawak


Dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak jika mahu menikmati 10 tawaran perubahan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/

Tiada ulasan: