MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Video fitnah : Chegu Bard akan dedah sesuatu yang penting esok Posted: 05 Apr 2011 02:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin akan mendedahkan sesuatu yang penting berkaitan Video fitnah yang dipertontonkan kepadanya di sebuah hotel baru-baru ini. Menurutnya, beliau sedang memeriksa sumber itu sekali lagi hari ini sebelum mengeluarkan satu kenyataan petang esok. "Pendedahan esok, akan lebih menggambarkan konspirasi sebenar pihak yang mendalangi video fitnah ini. Pihak tersebut pula memiliki hubungan yang rapat dan akrab dalam menjaga kepentingan Umno Barisan Nasional di negara ini," katanya ketika di hubungi Keadilandaily. Difahamkan, individu yang menempah bilik di mana video itu dipertontonkan kepadanya mempunyai kaitan dengan seorang kenamaan dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu yang mulanya ditayangkan trio Dato T di Hotel carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, yang turut dipertontonkan kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul. Namun Badrul dan Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badan pelaku dalam video seks terbabit. Semalam, beliau turut mengulas sedutan video rakaman tersebut, yang dimuat naik ke laman You Tube dan disiar oleh blogger Umno-BN. Menurutnya, Video lucah hampir dua minit itu sengaja disunting sebegitu rupa supaya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan," kata beliau yang lebih mesra dengan panggila Che Gu Bard. Sementara itu, isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar dalam sidang media hari ini turut menafikan Anwar adalah individu dalam rakaman itu. "Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk tubuh Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuhkan lagi memandangkan sejak lebih setahun lalu , anak-anak saya sering menemani papanya setiap kali beliau pergi membuat aktiviti senaman dan fisioterapi sebagai sebahagian dari pemulihan tulang belakang. "Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tuduhan terbaru itu adalah satu fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau tidak bukan kami keluarga terdekat yang telah bersama beliau dalam susah dan senang," kata Azizah. Sumber: http://www.keadilandaily.com/ |
Video fitnah: Pendapat menarik Posted: 04 Apr 2011 09:31 PM PDT Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason... 1.kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly. 2.scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene.. Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu...aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu... Pendapatnya disambung lagi.... Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis Kepada semua pembaca..apa yang aku cakap bukan satu 100% kepastian..hanya satu pandangan berdasarkan sedikit pengalaman aku edit video....but kalau nak tahu macam mana buat boleh cari di youtube. cari perkataan split screen..kita boleh tengok betapa mudahnya buat...aku kasi satu cth video ni: Satu lagi pembaca menyatakan ... Zul Ikhwan · Smk saujana impian,kajang By using our head n logik, doyou all think that this is DSAI. Frankly I think is not him. Why because it dose not even look like him. Npe pol*s xnk tahan RTC sbb dedah kn video ni kpde org rmai.. nmpk sgt die nk perbodoh kn org malaysia ni dgn beri kenyataan yg die xbg kepada sesiapa pun salinan ni kecuali pol*s.. kalo pol*s xamik tndakan n x siasat dgn betol n xbg bukti dalam mase yg cepat rkyat akn pndang yg pol*s telah dedah kn video yg xbetol ni. Wahai org2 BN gune akal, perap dlm otak masing2 n pikir ape yg BN telah ajar kowg untuk hidup bawah pemeritahan mereka, lme2 nnt video lucah brleluasa la jadi nye, rasuah jd no 1 dalam malaysia, khianat fitnah jd kebiasaan... Pol*s masuk kn jela dlm lokap RTC, SEA and SL 2, nmpk sgt diowg dalang yg xbermaruah n xde otak, sbb dendam sggup bagi dosa pada rkyat untuk tonton bende2 mcm ni.. pikir2 kn la... Sorry gambar porno itu aku tak masukkan dalam blog aku ..kalau nak tengok juga kat FB di sini Dosa menyebarkan fitnah .. aku tak sanggup Aku bukan gerombolan yang teguk arak warna hitam ... Apa apa pun, video fitnah terbaru itu adalah fitnah akhir zaman yang sudah dinyatakan oleh Allah swt. Dan mereka yang mengeluar serta mengedarkan nya adalah manusia yang dipilih untuk merealisasikan tanda-tanda akhir zaman itu. Maka tanggung lah dosa dosa tersebut dan nikmati lah pembalasan yang setimpal dengannya. Wakakak !!! Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan