Sabtu, 23 April 2011

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Yayasan Selangor Kendali Projek Lahirkan Usahawan

Posted: 22 Apr 2011 07:23 PM PDT

PETALING JAYA 22 April - Yayasan Selangor menganjurkan Program Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberikan pendidikan berterusan bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan berketerampilan.

Program dinamakan Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pembangunan Ekonomi Komuniti Menerusi Program Pembangunan Usahawan Yayasan Selangor (PPUYS) "Asset Based Community Development' (ABCD) itu dirasmikan di Dewan Yayasan Selangor.
Perasmian program pendidikan sepanjang hayat anjuran Yayasan Selangor itu disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki dan pengasas program iaitu Pengurus Kanan Modal Insan, Dr Kamari Kasan.
Ilham dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan mempunyai objektif yang cukup jelas iaitu membantu usahawan di Selangor mendapatkan pendidikan asas perniagaan di samping membantu menyediakan peluang perniagaan yang berpotensi kepada usahawan baru di Selangor.
"Di bawah idea dan dasar lifelong learning pula, Yayasan Selangor telah mula mengaturkan program ABCD atau Asset Based Community Development di bawah usaha ini, Yayasan Selangor bertindak proaktif dan turun terus ke dalam masyarakat tiap kampung/desa untuk melakukan kerja-kerja Asset Mapping dan kepakaran berkenaan adalah satu-satunya kepakaran unik Yayasan Selangor yang selama ini tidak dijelmakan menerusi pernyataan visi & misinya,"katanya.
Yayasan Selangor ujarnya, bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang dilantik menawarkan peluang perniagaan terpilih disertakan dengan modal perniagaan daripada institusi-institusi kewangan.
Sementara itu menurut Dr Kamari pula, program modal insan ini merupakan aset Yayasan Selangor yang sebelum ini tidak disentuh secara serius.
"Kita cuba memecahkan satu sudut asset dalam Yayasan Selangor yang selama ini tidak pernah di sentuh secara serius  walaupun asset itu telah lama diamanahkan  kepada Yayasan Selangor . Tetapi oleh kerana gagalnya memecah  persoalan itu bukan sahaja Yayasan Selangor malah dunia, maka kebetulan pula kepakaran itu ada pada kita sekarang,maka mulai sekarang kita meneroka aspek yang tidak terpecah itu," katanya.
Menerusi model dan sistem Teknologi Ilmu Kamarika dan Brain Mapping Kamarika serta menggunakan semua aset asas yang sedia ada di Yayasan Selangor, ia dijangka mampu mencapai kumpulan sasar yang diharapkan.
Malah menurut Kamari, peluang perniagaan ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, bukan sahaja bagi rakyat Selangor malahan untuk semua rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: