BULETIN RAKYAT |
BAU BUSUK DI TAMAN INDAH SERENDAH Posted: 31 Mar 2011 10:56 PM PDT SERENDAH - 65 keluarga penduduk Taman Indah di sini, terpaksa berdepan dengan limpahan najis dan bau busuk dari rumah sendiri disebabkan masalah sistem kumbahan di perumahan terbabit. Penduduk, R Singaraja, 41, berkata, dia terpaksa menumpang tandas di stesen minyak dan rumah saudara-mara untuk membuang air atau mandi kerana sudah tidak tahan dengan keadaan tandas rumah yang tersumbat dan melimpahkan najis. Menurutnya, penduduk mendakwa kolam takungan najis yang tidak diselenggarakan pihak berwajib sejak dua bulan lalu menyebabkan mereka terpaksa melalui hari-hari yang menjijikkan. "Masalah itu sebenarnya sudah dilalui penduduk sejak lebih tiga tahun lalu, namun, atas inisiatif penduduk mengupah kontraktor membersihkan saluran najis, sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah tersebut. "Tetapi, sampai bila kami harus menanggung masalah ini, sedangkan ia terletak di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju dan syarikat pengendali sistem pembetungan. Dia berkata, jika dahulu upah untuk melakukan kerja menyedut najis hanya RM500 dan RM600, tetapi sekarang meningkat dan mencecah lebih RM2,000. Katanya, masalah mereka tidak selesai setakat itu kerana sistem takungan najis di rumah penduduk hanya dapat bertahan dua atau tiga hari selepas dibersihkan. Menurutnya, sistem saliran bermasalah gagal mengalirkan air menyebabkan bilik air dipenuhi najis dan keadaan itu mengundang kehadiran lalat yang berisiko menyebabkan penyakit. Penduduk, Boon Koon Poon, 53, berkata, masalah itu akan dapat diatasi sekiranya kolam takungan najis berkenaan diselenggarakan pihak berwajib. P/S: HARAP AHLI MAJLIS BERKENAAN LEBIH MAIN PERANAN SEBAGAI AHLI MAJLIS YANG BERKESAN, TERLALU BANYAK POLITIK PUN TAK MEMBAWA FAEDAH KEPADA RAKYAT DAN MASYARAKAT! |
KONVENSYEN WARGA FELDA DAN ORANG ASAL SELANGOR SABTU 2 APRILL KUALA KUBU BHARU Posted: 31 Mar 2011 10:46 PM PDT Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Pasukan Khas Felda Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu pada Sabtu 2 April ini. Program yang dijadual dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka disertai kira-kira 1,000 peneroka Felda/Generasi Kedua dan orang Asal. Ia adalah konvensyen terbesar pernah dianjurkan untuk peneroka Felda/Generasi Kedua dan orang Asal di negeri berkenaan. Perasmian konvensyen itu dijadual bermula jam 9 pagi, diikuti pembentangan kertas kerja peguam, Surina Suhaimi yang akan diulas Khalid Samad, Sivarasa Rasiah dan Dr Kamari. Konvensyen berhenti rehat sebelum bersambung jam 2 petang dengan pembentangan kertas kerja Setiausaha Sekretariat Pasukan Khas, Rebin Birham dan Timbalan Pengerusi Biro Warga Felda dan orang Asal, Bob Manolan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal menyempurnakan penutupan konvensyen itu jam 5 petang. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan