Khamis, 28 April 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Sumpah: Penjelasan PGSM Berhubung Mubahalah

Posted: 28 Apr 2011 11:45 AM PDT

Dari Harakah

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

"Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. "Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah penjelasan beliau.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible. Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong.

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.

Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – "Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud."

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – "Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah."

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu "Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya."

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.

Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama' dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja.

Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan:- "Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak."

"Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak."

"Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima."

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Najib, Rosmah Makin Terdesak- Anwar

Posted: 28 Apr 2011 03:45 AM PDT

Biadapnya Wartawan Perkakas UMNO

Ihsan Malaysiakini

Dari Keadilan Daily

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur disifatkan begitu terdesak, sehingga sanggup menjadikan video fitnah sebagai strategi untuk mempertahankan kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka tak boleh lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan isu dasar dan pentadbiran. Jadi mereka gunakan cara ini, iaitu mencemarkan karektor orang lain.

"Strategi Najib ialah dengan memperalatkan TV3 dan Utusan Malaysia. Tetapi sehingga hari ini, mereka tidak jawab dakwaan (bekas pegawai kanan polis) Datuk Mat Zain.

Menurutnya, Mat Zain Ibrahim, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara berhubung beberapa isu termasuk penyebaran video fitnah, yang melibatkan sumber polis sendiri.

"Dia (Mat Zain) menuntut untuk memulihkan tahap profesionalisme polis yang telah terjejas teruk akibat rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa. Perkara ini ditujukan kepada Peguam Negara Gani Patail dan Musa Hasan.

"Jadi, media diminta bersikap adil dan tolong tanyakan kepada mereka, dakwaan bekas pegawai senior polis ini," tegas Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih sejam berhubung laporannya terhadap Trio Datuk T, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.

Anwar, yang berpakaian kemeja biru tiba bersama isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah kira-kira jam 2.50 petang.

Keterangan itu susulan daripada laporan polis yang dibuat di balai yang sama pada 22 Mac lalu.
Soalan Tak Berkaitan

Sementara itu, peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, soalan yang ditanyakan pegawai polis tidak ada kaitan dengan laporan anak guamya.

"Sebahagian besar soalan tidak tertumpu kepada laporan. Apa yang dituntut ialah siasatan terhadap ketiga mereka kerana jelas mereka melakukan kesalahan.

"Pertama memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Kedua, mengugut Datuk Seri Anwar dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah untuk meletakkan jawatan mereka dalam politik.

"Mereka bertiga secara terbuka telah mengaku dan sepatutnya didakwa," ujar Sivarasa.

Menurut beliau, pegawai yang mengambil keterangan kali ini telah ditukar, iaitu pegawai penyiasat DSP Shanmugam Moorthy dan pegawai perakam keterangan, ASP Asrul.

"Mereka memberitahu kita secara terbuka bahawa tindakan kali adalah atas arahan Peguam Negara, Gani Patail.

"Jelas, kedua institusi polis dan perundangan negara telah diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu. Politik negara ini seolah-olah telah dibawa ke longkang," sinis Siva.

Turut hadir di IPD Dang Wangi petang itu ialah, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, pengarah biro komunikasi, Nik Nazmi Nik Mahmud, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua

Posted: 28 Apr 2011 03:38 AM PDT

Dari TV Selangor

Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai "kecacatan" mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul ‘Papa Nurul Izzah Part II’ tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali.

Faktor paling menonjol dalam klip terbaru adalah visual yang jelas menunjukkan seorang individu membaling kertas tisu ketika orang yang dikatakan mirip Anwar memakai seluar dalamnya.

Sebelum itu pelaku dalam video seks dilihat bersedia memakai seluar dalamnya apabila beliau tiba-tiba berhenti, meletakkan kembali seluar dalam itu di atas katil.

Beliau kemudiannya mengambil kotak tisu di meja bersebelahan katil untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan.

Ketika ini rakaman menunjukkan wanita berkenaan menuju ke bilik air.

Jelas kelihatan dalam video – segumpal tisu kemudian dilontar – mungkin disasarkan ke dalam tong sampah yang berhampiran terletak di bawah meja.

Pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.

Gumpalan tisu yang dilontar itu jelas kelihatan pada saat 0:45 hingga 0:47 dalam video yang disunting itu.

Ia menjadi petunjuk penting kehadiran orang ketiga dalam bilik itu, sekurang-kurangnya ketika pelaku yang dikatakan mirip Anwar dan wanita berada dalam keadaan bogel.

Persoalannya adakah logik Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel malah melakukan aksi seks dan kemudian menawarkan kertas tisu kepada individu berkenaan.

Dalam video pertama yang dimuatkan di Youtube 4 April lalu, bayang-bayang yang begitu ketara di dinding bilik mengundang hujah, kamar berkenaan diterangkan dengan lampu perfileman.

Kamera night vision pula digunakan untuk mendapatkan rakaman hitam putih yang hanya menunjukkan wajah pelaku secara samar-samar.

Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Ke Balai Polis Dang Wangi

Posted: 27 Apr 2011 09:08 PM PDT

Dato Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan berhubung penyiasatan Video Lucah edaran Dato ‘T’ hari ini. Berikut adalah butirannya:-

Jam: 2.30 Petang
Tempat: Balai Polis Dang Wangi

Tiada ulasan: