Anak Muda Kampung Nak Senang |
Susulan Sekolah Islam Kuala Lumpur ditembak Posted: 28 Apr 2011 08:30 PM PDT Susulan insiden tingkap Sekolah Kebangsaan Agama Islam Adni, Taman Seri Ukay, Ampang, Kuala Lumpur ditembak yang dilaporkan pada 27 April 2011. Laporan terkini menyatakan terdapat sekurang-kurangnya 3 das kesan tembakan pada tingkap tersebut. Siasatan mendapati ianya dari pistol semi otomotik .22. Tembakan dilepaskan dari kondominium 6 tingkat yang terletak 50 meter dari sekolah tersebut. Pihak polis sedang mendapatkan senarai nama penghuni kondominium tersebut. Dari gambar yang diambil kemungkinan saspek seorang yang amat mahir menembak tepat, apatah lagi dengan menggunakan pistol. Berita sebelum ini , Adakah Sniper (Penembak Tepat) tembak Sekolah Islam di KL? Di http://amkns.blogspot.com/2011/04/adakah-sniper-tembak-sekolah-islam-di.html 'School used for target practice' Malay Mail - Thursday, April 28th, 2011 LINE OF FIRE: A police officer points to the spot where the shots are believed to have come from KUALA LUMPUR: An unknown gunman who fired at least three shots at an Islamic religious school at Taman Sri Ukay in Jalan Ulu Kelang in Ampang here was believed to have used the school for "target practice". Police also believed that, judging from the trajectory of the shots, the gunman may have opened fire from a six-storey condominium 50 metres behind the school. A school staff saw bullet-like holes at a window on the third floor of the building on Tuesday morning. He lodged a police report at 10.30am the same day. Police found several spent bullets scattered at the stairs near the window. Ampang Jaya district deputy police chief Supt Md Nazri Zawawi said the shooting was probably carried out during the previous weekend when the school was not in session. "From our investigation, the spent bullets came from a 22-calibre semiautomatic pistol. They have been sent to the Chemistry Department for analysis," he said. It is learnt police are obtaining a list of the tenants of the condominium from its management to determine who have licensed firearms. The case is being investigated under Section 39 of the Firearms Act 1960 for negligent use of a firearm. http://www.mmail.com.my/content/70820-school-used-target-practice |
Jangan sia-siakan kematian Ahmad Sarbani Posted: 28 Apr 2011 05:10 PM PDT Bangkit desak SPRM bebas letak bawah Parlimen Kenyataan Media oleh Chegubard, Pengerusi SAMM Ingat, pada 15 Julai 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan untuk tujuan soal siasat Teoh Beng Hock sebagai seorang saksi. Pada keesokan paginya Teoh Beng Hock dijumpai mati di bawah bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor. Sehingga hari ini tidak satu penjelasan yang konkrit dapat diberi untuk menjawab bagaimana mayat Teoh Beng Hock yang di bawah pengawasan SPRM dijumpai mati. Sehingga hari ini tidak ada satu pihak pun yang diheret untuk bertanggungjawab atas kematian itu. Beberapa hari lalu kita dikejutkan lagi dengan kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Timb. Pengarah Kastam yang disiasat atas tuduhan rasuah mati dengan aksi yang sama dengan Teoh Beng Hock. Beliau dijumpai mati akibat saya serupa – jatuh dari bangunan SPRM Kuala Lumpur. Kononya beliau datang ke Pejabat SPRM tetapi didapati mati pada hari yang sama akibat dikatakan jatuh dari bangunan. Solidariti Anak Muda Malaysia, memandang serius kejadian dua kejadian kematian terjun/ terjatuh dari bangunan mereka yang dipanggil untuk soal siasat di Pejabat SPRM. Mereka yang mati ini adalah di bawah tanggungjawab SPRM, berada dalam bangunan SPRM dan akhirnya mati di luar bangunan akibat terjatuh atau terjun atau dibuang dari Bangunan SPRM. Solidariti Anak Muda Malaysia, selama ini telah mempersoalkan kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, cara pengendalian soal siasat dan langkah yang diperuntukkan kepada saksi yang dipanggil SPRM untuk disoal siasat. SPRM juga dilihat sebagai alat pekakas regim Bn untuk pendakwaan terpilih bukan sahaja menyerang mereka dari parti lawan tapi turut diperguna untuk menyekat pesaing politik dalam Bn sendiri. Solidariti Anak Muda Malaysia kesal dengan apa yang berlaku dan setakat ini SPRM gagal mengambil tanggung jawab terhadap kejadian yang berlaku. Kami juga mempersoalkan cara dan teknik soal siasat yang dikatakan tidak berperikemanusiaan, ganas dan bertindak seolah-olah mendera mereka yang disoal siasat. Ada beberapa kes juga melibatkan SPRM dikatakan bertindak melampau dalam menyoal siasat saksi khususnya untuk mendapatkan jawapan yang selari dengan apa yang mereka mahu. Kita amat kesal dengan SPRM yang menidakkan hak – hak mereka yang disoal siasat dalam kes-kes yang melibatkan jenayah. SPRM hari ini juga banyak berdepan dengan isu keganasan yang melibatkan pasukan soal siasat mereka. Tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan ini juga telah dilaporkan dalam kes yang melibatkan Bekas Kepimpinan UMNO sendiri, yang mana saksi kes ini Halimi Kamaruzzaman dan beberapa saksi lain dalam kes Datuk Norza Zakaria telah memaklumkan bahawa mereka dikasari dan dipaksa mengeluarkan kenyataan yang sealiran dengan kehendak SPRM. Kami mendesak agar SPRM ini disiasat secara terperinci kerana kami percaya integriti SPRM tercemar dengan tindakan berpilih-pilih, digunakan untuk kepentingan politik individu dan berlaku kejam terhadap mereka yang disoal siasat. Solidariti Anak Muda Malaysia gusar bahawa Institusi ini yang kononnya mahu mencegah rasuah hari ini bebas melakukan perbuatan jenayah yang melibatkan saksi – saksi yang dipanggil. Kami memandang berat dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini terus diletakan di bawah bidang kuasa parlimen untuk mengelakkan mereka dipergunakan, di peralatan dan terlibat dalam politik negara yang menyebabkan mereka tidak nampak adil dan saksama dalam menjalankan tanggungjawab. Kami percaya banyak isu yang melibatkan kakitangan penyiasatan mereka yang melakukan kecurangan, merobek hak asasi kemanusiaan dan di pergunakan oleh kepimpinan tertentu. Kami memandang berat salah satu Suruhan jaya penting dalam negara ini bertindak menyimpang dari matlamat yang mahu dicapai. Kami membantah sekeras-kerasnya jenayah mereka yang beruniform berleluasa dengan tindakan – tindakan yang terpilih-pilih dan juga mengamalkan rasuah itu sendiri. Hari ini Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia menjadi bahan ejek baik dalam dan luar negara sebagai satu badan yang tidak lagi punyai kredibiliti dan integriti seperti mana yang diharapkan. Nampaknya ini menguatkan alasan untuk menyakini tindakan pengkebumian olok-olok SPRM yang kami lakukan pada 25 Feb.lalu satu tindakan yang betul. Klik (http://chegubard.blogspot.com/2009/02/kenyataan-media-penuh-ssamm-sprm-mati.html ) SPRM hanya akan kekal sebagai bangkai bernyawa menghabiskan wang rakyat dengan terus menjadi alat Bn. Akhir sekali SAMM merakamkan takziah kepada keluarga mangsa arwah Ahmad Sarbani Mohamed. InsyaAllah kematian Ahmad Sarbani tidak akan menjadi sia-sia, ia seharusnya membuka mata rakyat untuk bangkit. Ahmad Sarbani ialah mangsa kerakusan hasil sistem yang korup. che'GuBard Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) http://chegubard.blogspot.com/2011/04/keadilan-untuk-sarbani-jangan-sia.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan