Rabu, 27 April 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Patutlah PAS kalah teruk di Sarawak, tak TWIT rupanye

Posted: 27 Apr 2011 12:30 AM PDT



Mungkin ianya kebetulan. Tiada fakta, geraf, kajian, kertas kerja untuk mengesahkan teori ini iaitu hipothesis yang mengatakan PAS kalah teruk dan terus akan kalah dalam pilihanraya kerana pimpinannya tak menggunakan Twitter sebagai bahan kempen. Data menunjukkan 10 Ahli Parlimen yang ranking teratas mempunyai pengikut twitter terdiri dari Umno 3 orang, PKR 4 orang dan DAP 3 orang.

Mana pergi pemimpin-pemimpin PAS?

Harap Prof Aziz Bari jangan buat kajian isu Twitter ni, nanti kena hentam lagi.

Senarai 10 Ahli Parlimen teratas, berdasarkan "followers" di Twitter:

1. (UMNO): Dato' Seri Najib Tun Razak (113,905)
2. (PKR): Dato' Seri Anwar Ibrahim (58,078)
3. (UMNO): Khairy Jamaluddin (37,340)
4. (DAP): Lim Kit Siang (28,845)
5. (UMNO): Dato' Mukhriz Mahathir (23,418)
6. (PKR): Nurul Izzah Anwar (19,684)
7. (PKR): Azmin Ali (18,248)
8. (DAP): Tony Pua (16,515)
9. (PKR): Tian Chua (15,679)
10. (DAP): Lim Guan Eng (15,016)

Sumber dari http://nobisha.blogspot.com/2011/04/10-ahli-parlimen-teratas-top-10-di.html

PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011

Posted: 27 Apr 2011 12:29 AM PDT



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

Soalan Projek Pengkalan TUDM di N.Sembilan ditolak Sidang DUN

Posted: 26 Apr 2011 08:46 PM PDT



Kesian ADUN Paroi (PAS) di Negeri Sembilan. Bukan main panjang soalan-soalan disediakan untuk Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan yang berlangsung pada 25 ke 26 April 2011 yang kebanyakannya untuk kepentingan rakyat di Negeri Sembilan. Ada ke patut YB Paroi nak tanya pasal projek pembinaan pengkalan TUDM dan kos Menteri Besar hantar SMS ucap Tahun Baru ditolak tanpa alasan langsung.

Soalan mengenai isu SMS dan Projek Pengkalan TUDM tersebut serta 16 soalan lisan dan bertulis ADUN Paroi berkenaan terdapat di blog ADUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/04/soalan-sidang-dun-april-2011.html

Itu baru seorang wakil PAS dalam Sidang DUN di Negeri Sembilan, Umno dah kelam kabut.

Kalau Speakar DUN Negeri Sembilan ada berani, kemukakan semua soalan oleh Wakil Rakyat Umno di Negeri Sembilan. Biar rakyat menilai sendiri sejauh mana kepekaan wakil rakyat tempat mereka masing-masing.

Adakah Sniper tembak Sekolah Islam di Kuala Lumpur?

Posted: 26 Apr 2011 06:28 PM PDT









Ini satu berita yang harus menggusarkan kita semua. Dilaporkan sebuah sekolah Islam di Kuala Lumpur telah disyakki ditembak oleh seseorang yang tidak dikenal pasti. Jika melihatkan kesan tembakan dari gambar , kemungkinan lebih kurang 10 das tembakan telah dilepaskan. Sebelum ini KL dan Seremban pada bulan Mac 2011 digemparkan dengan serangan asid dimana 16 orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Adakah tembakan ini dari senapang biasa menggunakan silencer atau senapang angin, atau mungkin budak-budak nakal lastik dengan batu?


Adakah kejadian tembakan di sekolah ini, merupakan satu lagi ancaman baru terhadap rakyat Malaysia serta menguji kecekapan anggota keselamatan kita?

Cerita serangan asid di KL dan Seremban sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-minta-orang-ramai-tangkap.html

Teori kemungkinan pihak luar menggunakan sniper atau penembak curi untuk menimbulkan kekecohan di Timur Tengah, Syria, Mesir dan Libya di http://aangirfan.blogspot.com/2011/04/cia-and-saudi-snipers-in-syria.html


SEKOLAH 'DITEMBAK'
Harian Metro 27 April 2011

AMPANG: Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Islam Adni, Taman Seri Ukay, di sini, gempar selepas beberapa peluru ditemui selain terdapat kesan tembakan di cermin tingkap bangunan tingkat tiga itu, semalam.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tembakan dipercayai dilakukan individu tidak dikenali lebih 50 meter dari sebuah kondominium di belakang sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti peluru digunakan.

"Kami sudah menghantar anggota forensik bagi menjalankan siasatan yang akan mengenal pasti jenis peluru digunakan dalam tembakan itu," katanya di sini, semalam.

Kejadian itu diketahui selepas seorang guru membuat laporan di Balai Polis Ulu Klang kira-kira jam 10.30 pagi, semalam selepas melihat cermin tingkap di sekolah itu berkecai akibat kesan tembakan.

Beliau berkata, kira-kira 15 minit kemudian, pihaknya menghantar pasukan forensik untuk menyiasat punca kejadian itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39, Akta Senjata Api 1960," katanya yang meminta orang ramai membantu siasatan jika mengetahui kejadian itu.

Sementara itu, seorang pekerja sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu tembakan berkenaan mungkin berlaku malam kelmarin atau Ahad lalu hingga tidak disedari penghuni sekolah.

Katanya, perkara itu tidak dihebohkan menyebabkan suasana di sekolah itu masih tenang dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

"Seorang guru menyedari perkara itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana bimbang dengan keselamatan pelajar," katanya yang ditemui di sekolah berkenaan, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolah__8216_ditembak__8217_/Article/index_html

Tiada ulasan: