Khamis, 21 April 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kematian Sarbani, Kastam kecewa dengan siasatan polis

Posted: 21 Apr 2011 06:51 AM PDT


Kecewa Jika Kematian Sarbani Dianggap SDR

April 21, 2011

Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR – Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad kecewa jika siasatan polis masih mengaitkan kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia dengan kematian mengejut (SDR).

Menurutnya, pihaknya agak sukar untuk menerima kenyataan yang tiada elemen jenayah dalam kes berkenaan dan berharap siasatan yang lebih menyeluruh dibuat.

" Memang payah nak terima kalau inilah hasilnya kerana kita percaya mungkin ada sesuatu di sebalik kejadian ini, tetapi dalam apa juga keadaan, kita tahu siasatan polis adalah telus dan adil," katanya pada mynewshub.my.

Polis hari ini sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu.

Dalam pada itu, Ibrahim turut berharap agar hasrat mereka untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

" Banyak yang ingin kita luahkan kepada beliau tentang apa yang kita buat dan apa yang kita rasa ketika ini, sebab adalah jelas yang kita juga menyokong inspirasi kerajaan untuk membanteras amalan rasuah dalam sektor awam.

" Cuma kita melihat, dalam menuju ke arah itu, harus jangan ada sebarang tindakan yang boleh melemahkan semangat pegawai kita untuk bertugas…dalam erti kata lain, jangan ada sebarang bentuk penganiayaan khususnya pada mereka yang tidak bersalah," katanya

Sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/04/21/kecewa-jika-kematian-sarbaini-dianggap-sdr/

Orang Melayu semua, sila baca riwayat hidup Almarhum Sarbani pada pautan berikut

http://amkns.blogspot.com/2011/04/riwayat-hidup-almarhum-sarbani-pegawai.html


Pemimpin PAS harus nilai diri sendiri, jangan kalut

Posted: 20 Apr 2011 11:30 PM PDT



Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.

"Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan," kata ADUN Bukit Tuku itu, di Rantau Panjang hari ini.

Beliau berkata pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi.

"Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS," katanya.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/162077

Anak Khir Johari tempelak Tun Dr Mahathir

Posted: 20 Apr 2011 06:49 PM PDT



Dari Blog Zairil Khir Johari
Kenyataan Balas Terhadap Dakwaan Dr Mahathir
19 April, 2011

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Kenyataan penuh beliau di http://zairil.wordpress.com/2011/04/19/kenyataan-balas-terhadap-dakwaan-dr-mahathir/

Sudi-sudikan baca artikel berikut : Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas Pilihanraya Negeri Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

Utusan Malaysia pertahan Presiden PAS

Posted: 20 Apr 2011 05:57 PM PDT



Utusan Malaysia 21 Apr 2011 - Tetapi adakah Abdul Hadi seorang sahaja harus dipersalahkan? Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin yang dilihat begitu konsisten mempertahankan kerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan.

Jangan kita lupa Abdul Hadi merupakan orang yang paling teruk dihentam oleh pemimpin-pemimpin Pas apabila beliau mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Berikutan itu, walaupun cadangan berkenaan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi ia terpaksa dilupakan kerana penentangan yang diterima.

Justeru adalah tidak wajar jika apabila sesuatu yang buruk melanda Pas, beliau seorang sahaja hendak dipersalahkan.

Oleh itu apabila pihak yang mengatakan bahawa Abdul Hadi adalah liabiliti Pas, ia satu hujah yang boleh dipersoalkan kerana di dalam Pas bukan hanya beliau sahaja harus dilihat liabiliti.

Tetapi apa yang penting mereka sendiri perlu memikirkan wajarkah Abdul Hadi seorang sahaja yang harus dipersalahkan berikutan kedudukan Pas sekarang.

Mereka tidak harus terpedaya dengan 'mainan politik' secara halus yang mula bergerak menjelang pemilihan parti pada Jun ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

HIDUP UTUSAN MALAYSIA !

Protes Bible, Injil Bahasa Melayu kerja bodoh

Posted: 20 Apr 2011 05:56 PM PDT



Sebelum baca lebih lanjut, sila ambil nafas panjang, mengucap dan beristighfar. Buka minda, buka fikiran, baca betul-betul apa yang tertulis pada artikel yang bertajuk DARI PROTES ISU BIBLE DEPAN MASJID, LEBIH BAIK PERGI BERDAKWAH DI HULU SARAWAK.

Bersedia? OK sila baca artikel penuh pada pautan berikut http://mahaguru58.blogspot.com/2011/04/dari-protes-isu-bible-depan-masjid.html

N.Sembilan tak bankrap, tolonglah percaya

Posted: 20 Apr 2011 05:56 PM PDT



N.Sembilan tak bankrap, N.Sembilan tak bankrap, N.Sembilan tak bankrap. Tolonglah percaya, Tolonglah percaya, Tolonglah percaya. Pembangkang buat Tohmah ! Pembangkang buat Tohmah ! Pembangkang buat Tohmah !

Utusan 20 April 2011 - Kerajaan negeri tidak pernah bankrap serta berhadapan kesulitan membayar gaji kakitangannya seperti mana yang didakwa pemimpin pembangkang.

''Saya juga ingin menjelaskan hutang RM2.1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, yang mana RM1.8 bilion berkaitan air itu juga dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Menurutnya, untuk menukar semua paip lama di negeri ini juga menelan kos RM800 juta dan ia juga diluar kemampuan kerajaan negeri.

Jadi, Mohamad menegaskan, tohmahan yang dibuat pembangkang hanya untuk memburukkan kerajaan negeri yang terbukti berjaya menguruskan kewangan dengan baik,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Adakah Menteri Besar Negeri Sembilan gusar dengan Laporan Ketua Audit Negara yang terdapat di Blog YB Hj Taufek ADUN PAS Paroi pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Tiada ulasan: