Selasa, 19 April 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Fatwa orang Melayu menyertai DAP

Posted: 19 Apr 2011 12:55 AM PDT



Harap para mufti dan jawatankuasa fatwa kebangsaan segera memberi fatwa , hukum orang Melayu yang sepatutnya beragama Islam mengikut perlembagaan Malaysia menyertai DAP. Kalau DAP ini begitu berbahaya kepada Islam dan orang Melayu kenapa tidak dikeluarkan Fatwa masuk DAP? Setakat ini ada fatwa poco-poco Haram, ada fatwa merokok Haram, ada fatwa bertafakur di Tugu Peringatan Negara Haram, fatwa Sihir dan Santau Haram.

Tak ada pula dengar fatwa masuk DAP Haram.

Kenapa, takut ramai orang Melayu masuk DAP ke?

Adakah orang Melayu yang menyertai DAP pengkhianat bangsa atau orang Melayu yang rasuah berjuta-juta ringgit pembela bangsa?

Macam anak almarhum Tan Sri Khir Johari yang menyertai DAP seperti yang dilaporkan di pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

Penganalisis: Hadi Awang dilihat liabiliti, PAS perlu perubahan

Posted: 18 Apr 2011 09:34 PM PDT

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN


KUALA LUMPUR, 19 April 2011 - Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

"Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan.

"Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.

Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini.

Jelas Husam, beliau memberikan sokongan penuh kepada Hadi untuk terus menerajui parti Islam itu.

Justeru beliau menolak sebarang pencalonan dari mana-mana kawasan PAS yang mencalonkannya bertanding jawatan nombor satu parti sambil menegaskan hanya akan bertanding bagi ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Saya menyokong 100 peratus kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

"Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden, saya tidak pernah berhasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu apa lagi dipertembungkan dengan Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.

Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu merupakan naib presiden parti bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas.

Kemudian Hadi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Bagaimanapun Husam mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang kerana telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu.

"Mungkin PAS (kawasan) Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya," katanya.

Husam berkata jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan PAS terus memerintah Kelantan.

Akhbar yang sama memetik Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, jawatan presiden partinya boleh dipertandingkan kerana termaktub dalam perlembagaan.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan bagi melayakan calon bertanding untuk jawatan berkenaan.

"Kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan itu kerana dalam perlembagaan PAS, tiada sebarang syarat bahawa jawatan itu tidak boleh dipertandingkan.

"Jawatan presiden dan timbalan presiden bukannya jawatan mutlak bagi seseorang pemimpin kerana sesiapa sahaja boleh jadi calon untuk jawatan itu," kata beliau yang juga ahli biro politik PAS.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganalisis-hadi-awang-dilihat-liabiliti-pas-perlu-perubahan/

Negeri Sembilan Darul Sampah?

Posted: 18 Apr 2011 05:07 PM PDT


Sampah bertaburan dekat Felda Sri Sendayan


Utusan Malaysia 19 Apr 2011 - MENJIJIKKAN! itulah perkataan yang terpacul di mulut sesiapa sahaja yang melalui jalan raya di hadapan Felda Sri Sendayan, Seremban. Mana tidaknya, terdapat dua lokasi pembuangan sampah secara berleluasa di tepi jalan di Felda itu yang menghubungkan bandar Seremban dengan Port Dickson. Boleh dikatakan saban hari akan ada longgokan-longgokan sampah yang meloyakan bertaburan di kedua-dua lokasi ini.


(Artikel masalah kekotoran di Negeri Sembilan sebelum ini : Tiada laut biru, cuma sampah di Port Dickson http://amkns.blogspot.com/2011/03/tiada-laut-biru-cuma-sampah-di-port.html , Jangan jadikan N.Sembilan Darul Sampah http://amkns.blogspot.com/2010/05/jangan-jadikan-nsembilan-darul-sampah.html )


Melalui pemerhatian penulis, kebanyakan sampah-sarap ini bukanlah sisa buangan industri, tetapi lebih merupakan sampah-sarap yang dibuang dari rumah. Begitu juga, terdapat pihak gerai makanan atau penjaja bergerak yang tidak bertanggungjawab 'menumpang' membuang sisa-sisa perniagaan mereka seperti biji-biji kelapa, plastik bag hampas tebu, bekas-bekas polisterin, dan seumpamanya.


Sampah-sarap yang tidak terurus dengan baik ini bukan sekadar mengundang pencemaran mata, bahkan mengundang bau busuk dan meloyakan. Tambahan pula, ia menarik minat anjing liar mengerumun dan menyelerakkan lagi sampah-sarap yang bertimbun ini. Itu belum lagi dikira dengan jumlah lalat dan langau yang semakin berleluasa yang sememangnya akan mengundang penyakit berbahaya.


Jalan di Kampung Sendayan ini merupakan antara jalan utama tanpa tol yang sering digunakan oleh pelancong yang ingin bermandi-manda di Port Dickson. Andai mereka terlihat pemandangan yang tidak menarik seperti yang disajikan di jalan raya Kampung Sendayan ini, maka sudah tentulah ia sedikit sebanyak mewujudkan stigma seperti 'orang di sini pengotor', tidak bertanggungjawab dan sebagainya.


Tiada ulasan: