Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Kerajaan Perpaduan Umno dan DAP? Tak mustahil
- PULAPOL kembali diserang Wabak Adenovirus?
- Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas PRN Sarawak
Kerajaan Perpaduan Umno dan DAP? Tak mustahil Posted: 17 Apr 2011 06:28 AM PDT Apakah akan wujud perbincangan ke arah Kerajaan Perpaduan Umno dan DAP memandangkan MCA, Gerakan, SUPP ternyata gagal meraih undi majoriti kaum Cina di Sarawak semasa Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011? DAP menang dengan begitu bergaya memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandingi. Dalam politik semuanya tidak mustahil, kalau tidak takkan anak Tan Sri Khir Johari boleh menyertai dan menyokong penuh perjuangan DAP. Jangan lupa baca artikel sebelum ini dan jangan pandang ringan kemasukan lebih ramai orang Melayu terutama anak muda dan golongan professional ke dalam DAP selepas kemenangan bergaya DAP di Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html |
PULAPOL kembali diserang Wabak Adenovirus? Posted: 16 Apr 2011 07:53 PM PDT KUALA LUMPUR 16 April 2011 - Seorang pelatih Konstabel Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, setelah disyaki menghidap penyakit serupa influenza (ILI). Selain itu, 10 pelatih terdiri daripada Konstabel dan Inspektor terpaksa dikuarantin di pusat latihan tersebut kerana dilaporkan mengalami demam panas. Kesemuanya dikesan selepas pemeriksaan kesihatan dan ujian suhu badan yang dilakukan oleh pihak HKL bagi mengelak jangkitan virus Adeno kembali. Artikel berkaitan di bawah sebagai peringatan : Persiapan Serangan Senjata Biologi di Malaysia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/persiapan-serangan-senjata-biologi-di.html Kes-kes Polis Mati Tertembak Senjata Sendiri di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html Warga Tua Malukan Polis Isu Saman Ekor di http://amkns.blogspot.com/2011/03/polis-bodoh-atau-menteri-yang-bangang.html |
Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas PRN Sarawak Posted: 16 Apr 2011 03:50 PM PDT Melihatkan keputusan memberangsangkan DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011 adalah tidak mustahil lebih ramai orang Melayu terutama golongan muda, professional, terpelajar dan siswazah akan menyertai DAP selepas ini. Dari 15 kerusi DUN yang ditandingi oleh DAP, DAP telah memenangi 12 kerusi dengan majority undi yang amat ketara dan merupakan sejarah terbaik kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak. DAP sebenarnya adalah merupakan parti yang berlandaskan prinsip demokrasi bukannya berasaskan perkauman. Ianya nampak seperti perkauman Cina hanya kerana kesedaran politik di kalangan masyarakat Cina adalah lebih terbuka. Justeru itu golongan Melayu yang masih ramai lagi menjadi pemerhati atau golongan atas pagar seharusnya menyokong atau menyertai DAP. Kemasukan golongan professional ke dalam DAP telah lama wujud tetapi bukan pada skala besar sebelum ini. Antaranya ialah almarhum Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS yang merupakan Sasterawan Negara bergiat aktif dalam DAP di Negeri Sembilan dan pernah bertanding atas tiket DAP di Parlimen Jelebu-Jempol pada tahun 1974 serta dipilih Timbalan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1996. Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari juga telah menyertai DAP baru-baru ini. Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, berkata: "Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman." Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya. Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini. Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973). Sementara itu bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah menyertai DAP dan, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti DAP sejak tahun 2008 JOM SERTAI DAP. Sila muat turun boring keahlian DAP di http://dapmalaysia.org/bm/index.php/borang-ahli/ Sumber : http://hidupharapan.blogspot.com/2011/01/anak-allahyarham-tan-sri-khir-johari.html http://blog.limkitsiang.com/2011/01/25/zairil-khir-johari-why-i-joined-dap/ http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_9_05.htm
|
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan