Jumaat, 15 April 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Khutbah Jumaat JAKIM isu Politik dan Pilihanraya

Posted: 15 Apr 2011 12:06 AM PDT


Hari ini Jumaat 15 April 2011, topik Khutbah Jumaat yang diedarkan oleh JAKIM ke seluruh masjid di Malaysia secara langsung menyentuh mengenai isu pilihanraya dan politik. Ini bermakna isu politik dan pilihanraya boleh dibincang, dikhutbah, diforum, diceramahkan dalam masjid. Dan topik khutbah hari ini sepatutnya dijadikan modul dan ujian untuk semua wakil rakyat, ahli parlimen dan semua mereka beragama Islam yang bertanding dalam pilihanraya. Dan sepatutnya topik khutbah ini dikhutbahkan lebih kerap menjelang Pilihanraya Umum ke 13.


Antara topik yang dibincangkan dalam khutbah Jumaat pada 15 April 2011 ialah :


1. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pemilihan pemimpin ataupun khalifah merupakan satu ikatan kontrak yang dipersetujui dengan rakyat samada melalui proses penyerahan kuasa atau pilihanraya.


2. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib.


3. Kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT.


4. Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi mengantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam.


5. Rasulullah SAW juga telah berpesan kepada umatnya bahawa perlu ada dikalangan umatku yang menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi ataupun masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran.


6. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang baik dan harmoni dengan semua peringkat masyarakat.


7. Kita dapat melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat.


8. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana mempunyai seorang tokoh yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh umat Islam malah disanjungi oleh musuh-musuh Islam kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya.


9. Menurut al-Mawardi lagi bahawa: Sesungguhnya pemimpin yang kehendaki ialah mereka yang tinggi budi pekerti dan akhlak yang merangkumi ciri takwa dan warak, mereka ini seorang yang sentiasa bercakap benar, amanah, bersih diri dari perkara haram dan meragukan, sentiasa tenang dalam keadaan biasa dan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam semua urusan agama dan dunia.


10. Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru seluruh umat Islam sekalian marilah sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab kita demi agama, bangsa dan negara dengan memilih pemimpin yang benar-benar beretika, bertindak selari dengan apa yang dikata atau yang dijanjikan, bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang dipimpin di dunia dan di akhirat.


11. Ingatlah bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.


Gelanggang Skate di Seremban, Projek BN DiCemuh

Posted: 14 Apr 2011 05:10 PM PDT


Perasaan tak di Kompleks Sukan atau Tapian Gelanggang Paroi di Ampangan, Seremban sekarang ini ada gelanggang Skateboard. Kalau nak buat gelanggang Skateboard tanyalah mereka yang memang bermain skateboard, janganlah tanya kontraktor yang hanya tahu main Golf suruh buat gelanggang skateboard.


Tak pasal-pasal projek yang baru siap Gelanggang Skateboard di Paroi tu jadi kutukan peminat skateboard kerana tidak mengikut spesifikasi.


Bacalah sendiri pelbagai kritikan anak muda tersebut di http://akuskizo.blogspot.com/2011/04/seremban-dah-ada-skate-park.html


Kepada pihak yang berkenaan, jangan marah ye. Ini bukan isu politik. Ini isu professionalisma.


UBAH LAH SIKAP KAU ORANG SEMUA, KALAU TAK RAKYAT YANG AKAN UBAH KAU ORANG !

Tiada ulasan: