Anak Muda Kampung Nak Senang |
Malaysiakini diserang kerana Harakahdaily tiada umph? Posted: 12 Apr 2011 11:19 PM PDT Kenapa laman web Malaysiakini dan Sarawak Report diserang ketika kempen pilihanraya Sarawak sedang hangat sekarang ini? Adakah kerana Harakahdaily tiada umph, kurang menyerang, gagal menarik pelayar internet di Sarawak? Fikirlah sendiri, maleh nak komen banyak-banyak, nanti ada yang melenting. Malaysiakini dan Sarawak Report diserang KUALA LUMPUR, 13 April: Kerana bimbangkan pengaruhnya yang semakin berkembang, laman web Sarawak Report (SR) dan Malaysiakini diserang oleh pihak-pihak tertentu dan tidak boleh dilawati. Sarawak Report mula diserang empat hari lepas manakala Malaysiakini tidak boleh dilawati langsung mulai semalam. SR sejak dari penubuhannya menumpukan serangan mereka kepada kepimpinan BN Sarawak khasnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud. Laporan Malaysiakini bagaimana pengundi Sarawak berebut-rebut Tupperware dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sangat memalukan Najib dan BN. Malaysiakini juga telah berjaya memperlihatkan pertembungan antara Najib dengan Taib Mahmud di Sarawak. Menurut sumber dalaman, kedua-duanya diserang dari luar negeri melalui D-DOS atau denial-of-service. Dalam kenyataannya, Malaysiakini memaklumkan, laman mereka gagal berfungsi kerana di serang penyerang siber. Perkara ini dimaklumkan Malaysiakini jam 5:46 petang semalam dalam laman web sementara mereka. Melalui serangan ini, kedua-dua laman ini diserang oleh komputer yang menyebabkan terlampau ramai permintaan untuk memasukinya sehingga ia lumpuh. Namun kedua-duanya sudah mengubah ke laman sementara untuk mempastikan mereka terus boleh memberikan khidmat menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. Malaysiakini telah dipindah ke laman sementara mereka iaitu malaysiakinicom.wordpress.com manakala Sarawak Report di http://www1.sarawakreport.org/ |
Sikap pemimpin Malaysia, punca nelayan ditahan Indonesia Posted: 12 Apr 2011 07:42 PM PDT Insiden 7 April 2011 amat memalukan negara kita Malaysia, di mana 2 bot nelayan Malaysia di tarik oleh kapal pihak berkuasa Indonesia. Pihak berkuasa Malaysia cuba menyelamatkan nelayan tersebut dengan menghantar 4 helikopter TLDM dan APMM. Namun helikopter tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu pistol oleh pihak berkuasa Indonesia. PUNCANYA ialah pemimpin Malaysia tidak mahu berunding dengan Indonesia sejak berpuluh tahun untuk menyelesaikan masalah sempadan laut kedua-dua negara di mana Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982. Adakah pemimpin Malaysia terlalu sibuk dengan Datuk T, Video Seks, Pilihanraya Sarawak hinggakan tiada masa untuk membela nasib nelayan kita? Di Indonesia wakil rakyatnya yang menonton Video Lucah letak jawatan tanpa di paksa, tapi di Malaysia wakil rakyatnya menonton Video Lucah yang dihidangkan oleh bekas wakil rakyat dan bekas Ketua Menteri dianggap sebagai Hero. Artikel Helikopter Tentera Malaysia hampir ditembak Tentera Indonesia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/helikopter-tentera-malaysia-hampir.html KAPAL MALAYSIA TETAP DIPROSES 13 April 2011, Jakarta (Kompas): Pemerintah Indonesia menerima surat protes yang dilayangkan Pemerintah Malaysia terkait penangkapan dua kapal ikan ilegal asal Malaysia. Akan tetapi, dua kapal ikan Malaysia itu diduga kuat masuk ke zona ekonomi eksklusif Indonesia. Menteri Kelautan dan Perikanan Fadel Muhammad di Jakarta, Selasa (12/4), mengungkapkan, pemerintah menerima surat teguran keras dari Pemerintah Malaysia yang dilayangkan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia. Seperti diberitakan, aparat Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Badan Koordinasi Keamanan Laut menangkap kapal ikan ilegal asal Malaysia pada 7 April sekitar pukul 11.00 di wilayah pengelolaan perikanan perairan zona ekonomi eksklusif (ZEE) Indonesia di Selat Malaka. Kedua kapal itu masing-masing beranggotakan empat anak buah kapal berkewarganegaraan Thailand. Menurut Fadel, Pemerintah Indonesia tetap mengacu pada dugaan pelanggaran yang dilakukan dua kapal ikan Malaysia. Dugaan pelanggaran itu, yakni tidak mempunyai surat izin usaha perikanan dan surat izin penangkapan ikan dari Pemerintah Indonesia serta menggunakan alat tangkap terlarang berupa pukat harimau. "Saya sampaikan, pemerintah keberatan dengan cara mereka yang masuk ke wilayah perairan Indonesia berkali-kali. Tetapi, saya meminta persoalan dua negara ini diselesaikan baik-baik," ujar Fadel. Direktur Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan KKP Syahrin Abdurrahman menegaskan, kapal ikan Malaysia KF 5325 berbobot mati 75,8 ton dengan nakhoda Kla diduga kuat memasuki perairan ZEE Indonesia sejauh 3,8 mil laut (6,84 kilometer). Kapal kedua, yaitu KF 5195, berbobot mati 63,8 ton dengan nakhoda kapal Nhoi diduga kuat masuk sejauh 8 mil laut. PENGAMAT HUKUM LAUT INTERNASIONAL, HASYIM DJALAL, MENGEMUKAKAN, BATAS PERAIRAN INDONESIA-MALAYSIA TERKAIT ZONA EKONOMI EKSKLUSIF SELAMA PULUHAN TAHUN MASIH MENJADI KENDALA. HAL ITU, ANTARA LAIN, DIPICU OLEH SULITNYA MALAYSIA UNTUK BERUNDING. Sumber: KOMPAS http://beritahankam.blogspot.com/2011/04/kapal-malaysia-tetap-diproses.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan