Anak Muda Kampung Nak Senang |
Warga KL dinasihat bawa air hadapi Serangan Asid Posted: 01 Apr 2011 05:16 PM PDT Sepanjang bulan Mac 2011 telah 14 orang di sekitar Kuala Lumpur telah menjadi mangsa simbahan asid secara rambang oleh dua suspek bermotosikal termasuk pasangan pelancong Perancis. Orang ramai telah mula merasai takut untuk keluar rumah dan mereka membawa air dalam botol untuk mengurangkan kesan melecur pada muka dan kulit jika di simbah asid tersebut. Berita sebelum ini Gila, Serangan Asid terhadap penduduk Kuala Lumpur, AWAS di http://amkns.blogspot.com/2011/04/gila-serangan-asid-terhadap-penduduk.html Students, staff in Kuala Lumpur carry water in fear of acid attacks Asia News Network ANN – Fri, Apr 1, 2011 12:20 PM SGT Kuala Lumpur (The Star/ANN) - More students in the Bangsar area in Malaysia have started carrying bottles of water to school in case they become victims of the acid splashers, who have been terrorising residences over the past month. A teacher, who wished to remain anonymous, said students and staff of her school had been living in fear of what danger lay outside the school compound since late February, when the first known attack happened. http://sg.news.yahoo.com/students-staff-kuala-lumpur-carry-water-fear-acid-20110331-212002-510.html Selasa Mac 29, 2011 Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Serangan Asid KUALA LUMPUR: Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian serangan cecair kimia di Bangsar dan Jalan Sultan Abdul Samad baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, setakat ini, tangkapan belum dilakukan memandangkan tidak ada bukti atau saksi yang tampil menyalurkan maklumat berhubung insiden itu. "Saya yakin pasti ada individu yang melihat kejadian tersebut memandangkan kedua-dua kejadian berlaku di lokasi awam, justeru, kita minta saksi agar tampil memberikan maklumat kepada polis. "Sehingga kini, belum ada lagi suspek yang dikenal pasti dan kesemua mangsa sendiri tidak dapat membantu banyak kerana mereka sendiri masih trauma dan hilang fokus akibat kejadian yang menimpa," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa. Pada 24 Mac lalu, Eksekutif Pemasaran Ruhainah Husin, 30, melecur di muka dan bahu selepas disimbah sejenis cecair kimia di depan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Bangsar manakala rakan sekerjanya cedera ringan. Esoknya, seorang guru cedera selepas disimbah cecair yang sama di luar sebuah sekolah rendah berhampiran Jalan Sultan Abdul Samad di sini pada jam 7 pagi oleh dua lelaki bermotosikal. Ditanya sama ada kedua-dua kejadian dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama, Wan Abdul Bari berkata, perkara itu tidak dapat disahkan kerana sasaran dan lokasi yang berlainan. Selain itu, katanya, motif serangan kedua-dua insiden juga tidak dapat dipastikan. Menurutnya, pada tahun ini sahaja sebanyak 10 kes serangan cecair kimia dilaporkan di sekitar Lembah Klang dan dua daripadanya berlaku di daerah Brickfields. "Rondaan dan kawalan, terutamanya di sekolah-sekolah dan kawasan-kawasan lain, dipertingkatkan dan kita minta orang awam, jika terlihat individu yang mencurigakan, agar menghubungi mana-mana balai polis atau IPD (Ibu pejabat Polis Daerah) Brickfields di talian 03-90516222 atau 03-90571086 dengan segera," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan