Selasa, 5 April 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


MANTAN KETUA AMK KEDAH DI LANTIK MENJADI AHLI DEWAN NEGARA(SENATOR)

Posted: 05 Apr 2011 12:08 AM PDT


ALOR SETAR, 5 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang semalam telah meluluskan perlantikan Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 21 Mei nanti.

Usul pelantikan beliau telah dibawa oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) dan disokong oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menggantikan Senator Zamri Yusof apabila tempoh perlantikannya berakhir kelak.

Saiful pada sesi pemilihan parti yang baru lalu telah dipilih menerajui PKR Cabang Merbok setelah penyandang yang juga Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din tidak mempertahankan jawatannya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-11, buat pertama kalinya beliau telah dipilih untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional, Datuk Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Merbok tetapi tewas dengan majoriti 15,162 undi.

Azizan ketika mengemukakan usul tersebut turut merakamkan penghargaan rakyat di negeri itu kepada Zamri yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Dun Kedah turut dimaklumkan tentang perlantikan semula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Yusof Hussin bagi tempoh sepenggal lagi berkuatkusa pada tarikh yang sama.

Suriati tidak gentar tumbangkan KM Sarawak

Posted: 04 Apr 2011 11:54 PM PDT


Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

Sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

Beliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

- Bernama

Mood rakyat Sarawak cenderung pada KEADILAN, Pakatan- Anwar

Posted: 04 Apr 2011 11:42 PM PDT


MIRI: Persiapan jentera yang mantap di setiap kawasan yang ditandingi dan disiplin ahli sepanjang tempoh berkempen merupakan asas kemenangan KEADILAN pada pilihan raya negeri 16 April ini, kata Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, jentera KEADILAN dan setiap ahli perlu bekerja lebih keras bagi merealisasi kemenangan tersebut, memandangkan rakyat Sarawak kini cenderung menyokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Mood rakyat Sarawak kini cenderung kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh setiap ahli dan aktivis parti adalah meneruskan gerak kerja kempen berterusan di seluruh pelusuk kawasan.

"Koordinasi di antara parti-parti Pakatan Rakyat, iaitu Pas dan DAP akan membantu kempen Keadilan," katanya semasa pertemuan bersama jentera parti di Hotel Talang Usang, dekat Miri, hari ini.

Turut hadir ialah tiga calon Keadilan yang bertanding bagi kawasan tersebut, iaitu Zulhaidah Suboh yang bertanding bagi kawasan Lambir, Dr Michael Teo Yu Keng (Senadin) dan Ishak Mahwi (Bekenu).

Anwar dalam rangka lawatan padat ke negeri bumi kenyalang itu bagi membantu kempen KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya negeri 16 April ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10662

Tiada ulasan: