Isnin, 21 Mac 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


VIDEO-KLIP LAGI!

Posted: 21 Mar 2011 03:31 AM PDT

(Video "Pak Yangoat Yang Terlampau"-tiada kena mengena dengan videoklip ini ;)

Salam 2 all.

Hari ni riuh di Parlimen dan media cyber mengenai satu videoklip yang didakwa sebagai adengan seksual seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur muda Cina. Video tersebut dikatakan dirakam secara sulit di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menurut orang yang menemui video tersebut, dikenali sebagai Datuk T, beliau menjumpai rakaman videoklip tersebut selepas disuruh oleh pemimpin pembangkang itu untuk naik ke bilik hotel itu mengambil jam beliau yang tertinggal. Dalam mecari jam tersebut, beliau menjumpai alat perakam video itu yang mengandungi adengan seksual pemimpin tersebut.

Videoklip itu mengambil masa beberapa minit, dengan segmen pertama menunjukkan pemimpin tersebut memasuki bilik hotel berkenaan dengan seorang wanita (disyaki seorang pelacur Cina) diiringi seorang lelaki. Segmen kedua menunjukkan pemimpin tersebut diberikan layan oral oleh wanita tersebut. Ini diikuti dengan segmen adengan "menyudu" dalam pelbagai posisi sehingga ke segmen "tembakan ke muka wanita tersebut". Segmen akhir menunjukkan pemimpin itu ke bilik sebelah kemungkinannya tandas. Keseluruhan adengan mengambil masa dalam 17 minit.

Kata seorang rakan yang menonton videoklip tersebut, "kalah Chua Soi Lek yop!". Kalah dari segi kecepatan dan kepantasan adengan yop!!! Takde "muqaddimah", takde "starter", terus "tomahawk missile" je yop! Kata kekawan yang tengok "200%" mamat tu yop!!!

Kita sebagai umat Islam mengambil pendirian bahawa dalam perkara berat saperti ini, kita mesti hati-hati. Kena periksa dahulu kesahihan videoklip itu. Beberapa persoalan yang berbangkit ialah:

1. kenapa penama yang dikatakan "Datuk T" itu memilih untuk mendedahkannya kepada para editor akhbar dan wartawan dahulu?
2. siapa Datuk T tersebut, mengapa perlu identitnya dirahsiakan?
3. mengapa tiada lapuran polis dibuat?
4. kenapa mereka yang mendedahkan videoklip itu begitu berhati-hati, dengar kata siap pakai cermin mata hitam dan wartawan yang memasuki bilik tempat ditayangkan itu langsung tidak dibenarkan membawa walaupun pen; kena pakai robe lagi?
5. bagaimana videoklip ini boleh muncul setelah sebulan kejadian (iaitu 21.02.2011 sekitar 10 mlm).

Kedua, teman nasihatkan semua pihak supaya berhati-hati. Teman khuatir ianya mungkin satu perangkap sahaja. Setakat yang teman kenal, puak-puak ni mampu berbuat apa sahaja. yop, takat baut video palsu kira celah gigi je yop! Kalau satu dunia pun dema boleh bohong dan kelentong, takat tambah setahil lagi bukan masalah yop. Ini adalah puak-puak yang terdesak. Setelah pemimpin mereka kantoi mengenai isu DNA, dan dalam keadaan mereka tidak ada sebarang jawapan, tiba-tiba muncul videoklip ini. Kemungkinan ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh cipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan! Nggak ada masalah dong!

Cuba bayang kalau semua orang dok bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar dok tumpu dan buat ulasan masing-masing, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen dok bercakap mengenainya; hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan. Mereka mati kutu cara terbaik nak putar belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA. Lebihkurang satu decoy lah yop!

Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti videoklip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang. Teman cukup yakin selepas ini dema akan pukoi kompang dan gendang sekuat mungkin bahawa ini semua fitnah tajaan kerajaan. Mungkin dema yang buat, lepas tu dema kata orang lain buat. Eleh yop, putarbelit ini dah ujud sejak zaman Goebel, Menteri Propaganda Hitler. "Reka satu pembohongan, besar-besarkan pembohongan itu". Itulah pepatah Goebel yang dicatat sejarah!

Nasihat teman kepada semua supaya berhati-hati. Sikap kita mudah sahaja. Kita tidak tahu apa pun tentang videoklip ini. Oleh itu kita minta supaya Datuk T, atau sesiapa juga yang terlibat, supaya membuat lapuran polis. Kemudian biar pihak berkuasa membuat siasatan dan kajian, termasuk dari segi pembuatan video dan lain-lain. Jika ianya tidak benar, maka pihak yang bertanggungjawab hendaklah dikenakan tindakan yang tegas termasuk pertuduhan jenayah. Malahan pihak polis sudahpun boleh bertindak kerana "Datuk T" tersebut melakukan satu kesalahan jenayah, "kerana memiliki satu video lucah". Dan kepada sesiapa yang rasa dirinya "teraniaya", eloklah buat lapuran polis, supaya siasatan terperinci boleh dibuat.

Namun, jika siasatan polis dan pihak berkuasa mendapati videoklip itu betul, dan melibatkan pemimpin tersebut, maka tindakan mengheret beliau dengan pertuduhan jenayah hendaklah diambil. Bukan susah, dapatkan sahaja pelacur itu dan lelaki yang mengiringi pemimpin tersebut ke hotel tersebut. Dan jangan lupa siasat juga Datuk T itu. Kalau sempat, cari DNA mereka yang terbabit.

Dan kepada pemimpin tersebut, jika benarlah videoklip itu membabitkan pemimpin tersebut, teman paling kasihan ialah kepada ahli keluarga beliau. Isterinya telah mengisytiharkan lakinya sebagai ...dot...dot...dot! Rakyat termasuk segelintir pak jangoat dah terpercaya dan terpedaya dengan mainan politik pemimpin ini. Kepada sang isteri, jika benar sang suami terlibat, sudah sudah lah tu. Mike tahu teman pun tahu apa yang mike tahu. Dah tiba masanya sang isteri menasihatkan sang suami supaya bertaubat, dan berundurlah. Demi maruah keluarga, isteri, anak-anak, agama, bangsa dan negara!

Kalaulah benar pemimpin itu yang didalam videoklip tersebut, beliau sepatutnya mengambil langkah berani untuk mengakui kesalahan dan bertaubat. Berundurlah daripada politik. Letaklah jawatan. Eloklah pergi jauh-jauh buat muhasabah diri. Jangan sampai video ini terdedah kepada umum. Eloklah ditutup keaiban dan kejijikan tersebut. Kalau tak mau pergi ke Mekah, pergi ke Tibet pun tak apa. Bertaubatlah! Kalau Dato' Seri Chua Soi Lek, seorang bukan Islam pun berani mengaku berbuat kesalahan dan menebusnya dengan meletakkan jawatan Menteri, dan berundur untuk bermuhasabah; inikan pula kita yang yang beragama Islam!

Tetapi setakat yang teman kenal puak-puak ni yop, dema akan dengan cepat memutar-belit cerita ini dan dakwa ianya rekaan Kerajaan. Silap-silap YAB Dato' Sri Najib akan ditohmah mendalangi videoklip ini. Mungkin juga UMNO/ BN difitnah menaja videoklip itu. Teman tidak akan terperanjat kalau ditohmah-fitnah kata videoklip itu membabitkan pelakon yang di upah. Mungkin RM2 juta kot. Almaklumlah dema ni suka bebenor dengan angka RM2 juta ni yop. Cuma malang YB Gobala saja ada kureng sikit, difitnah RM1.4 juta. Lekeh betoi ye yop!

Dan yang paling teman takkan terkejut kalau mereka berkata, "it looks like him, sound like him, but it must be his genie who was paid RM2 million by UMNO/ BN to pretend as the leader!!". Kasi alihbahasa sikit, teman takkan terkejut kalau mereka berkata, "lelaki itu suara saperti dia, muka macam dia, tapi itu adalah Jin dia yang menyamar setekah dibayar RM2 juta oleh UMNO/BN". Dema ni boleh buat apa aje yop!!!

Adios amigos, grasais senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
16 Rabi'ul Akhir 1432
21 Mac 2011

*Nota: Anwar Ibrahim sebentar tadi membuat kenyataan akhbar menafikan beliau "Lelaki-Y" didalam videoklip tersebut, walaupun sebenarnya tiada siapa pun yang membuat tuduhan ianya Anwar. Makan cili terasa podeh ke yop!


Tiada ulasan: