www.telokkemang.blogspot.com/ |
Soalan-Soalan Parlimen Dato' Kamarul Baharin Abbas Posted: 29 Mar 2011 02:58 AM PDT Tarikh 28.3.2011 Minta Menteri kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan : a) Hasrat kerajaan untuk memberi hak milik tanah secara individu kepada setiap keluarga Orang Asli; dan b) Mewartakan bahagian tanah kemunal seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara. Merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh kementerian terbabit, menerusi Jabatan Kemajuan orang Asli (JAKOA) telah meningkatkan usaha serta mewujudkan suatu Dasar iaitu Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada Orang Asli (DPPTOA) seperti mana yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) kali ke 65 pada 4 oktober 2009. Mesyuarat tersebut telah mengambil ketetapan dan bersetuju dengan cadangan dasar yang telah dibentangkan di mana antara intipati yang penting adalah pemberian hak milik tanah individu kepada Ketua Isi Rumah Orang Asli dengan purata 0.1 hektar (1/4 ekar) untuk tapak rumah dan 2 hingga 6 ekar bagi tanah ladang. Isu pemilikan tanah di kalangan masyarakat Orang Asli sering dibangkitkan sejak tahun 1990an oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat Orang Asli sendiri. Isu ini mendapat perhatian umum dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini sama ada melalui forum, seminar, persidangan dan mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan. Sehingga kini tanah yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli adalah seluas 50,563.51 hektar (19,713 hentar) telah diwartakan sebagai tanah rizab dan 30,849.86 hektar telah lulus oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) tetapi belum diwartakan. Dianggarkan seluas 85,934.80 hektar tanah telah dipohon kepada PBN dan seluas 8,990.71 hektar didiami tanpa permohonan. Pihak kementerian telah dan sedang mengadakan perbincangan di antara Kerajaan persekutuan dan Kerajaan negeri bagi menyemak semula Dasar pemberimilikan dan Pembangunan tanah kepada Orang Asli termasuk tanah komunal yang telah dipohon kepada PBN untuk kegunaan aawam seperti mana di bawah Seksyen 62, Kanun tanah Negara. Pendapat ; Kita bersetuju dengan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan hak Orang Asli terdapat tanah mereka dan ini dilihat satu usaha yang positif setelah mendapat tekanan daripada pihak tertentu. Persoalan yang ditimbulkan bilakah kerajaan ini melaksanakan tuntutan pemberian hak milik tanah kepada individu setial keluarga masyarakat orang Asli? |
You are subscribed to email updates from www.telokkemang.blogspot.com/ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan