Khamis, 3 Mac 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Ahli EXCO Selangor Ambil Tindakan Saman Malu Ke Atas Free Malaysia Today dan Wartawannya

Posted: 02 Mar 2011 09:00 PM PST

Kenyataan Media
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Ahli EXCO Selangor Ambil Tindakan Saman Malu Ke Atas Free Malaysia Today dan Wartawannya

YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Adun Seri Andalas) telah mengarahkan peguam beliau Derek J. Fernandez melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah untuk menyaman portal laman web Free Malaysia Today dan wartawannya B. Nantha Kumar .

Ini berikutan tersiarnya sebuah artikel  oleh portal  laman web tersebut pada 22 Februari bulan lepas bertajuk "Xavier Pleads To Be Retained As Exco" yang antara lain mengatakan bahawa ahli Exco berkenaan telah merayu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Negeri Selangor 

Dalam kenyataan media pada 24 Februari 2011 yang lepas, Dr. Xavier menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan sebaliknya mengatakan bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Exco Negeri Selangor 

Hari ini syarikat guaman itu telah menghantar Notis Tuntutan (Notice of Demand) kepada kedua-dua defendan tersebut agar memohon maaf dan menarik balik artikel dan membayar sejumlah kos gantirugi yang berpatutan  dalam tempuh 7 hari dari tarikh notis tersebut.

Notis yang sama akan juga dihantar kepada akhbar berbahasa tamil, Tamil Nesan yang turut menyiarkan laporan yang sama pada 23 Februari yang lepas.

Bersama ini disertakan salinan Notis Tuntutan untuk rujukan.


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
(Adun Seri Andalas)

Tarikh : Khamis 03 Mac, 2011



35 Pasukan Ambil Bahagian Dalam Pertandingan Badminton Beregu DUN Sri Andalas

Posted: 01 Mar 2011 01:00 AM PST

Klang, 27 Februari 2011 - Bertempat di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, sebanyak 35 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan beregu terbuka yang dianjurkan oleh DUN Sri Andalas.

Pertandingan yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang tersebut disertai 32 pasukan beregu lelaki dan 3 pasukan beregu perempuan. Pertandingan dijalankan dalam format 'kalah mati' dan perlu mendapat 21 mata secara penuh.

Pertandingan-pertandingan badminton yang sering kali diadakan bukan sahaja untuk menanam budaya sukan dan amalan hidup secara sihat di kalangan penduduk di DUN Sri Andalas bahkan merapatkan hubungan orang ramai untuk turun bersama-sama dan beramah mesra.

Trofi dan hadiah wang tunai telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar kepada para peserta.

Berikut adalah keputusan pertandingan:


Beregu Lelaki
Johan        : Ng Shin Chuan & Heng Kok Eng (menerima Trofi Emas & Wang Tunai)
Naib Johan   : Mohd Yuzi & Sies (menerima Trofi Perak & Wang Tunai)
Tempat Ketiga: Dimenangi 2 pasukan 
- Ng Sang Foo & Ng Kean Yeap (menerima Trofi Gangsa & Wang Tunai)
- Yong Chun Fui & Tan Min Tee (menerima Trofi Gangsa & Wang Tunai)

Beregu Perempuan
Johan        : Anita bt Abu Bakar & Anida bt Abu Bakar












Tiada ulasan: