The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Task Force Felda Selangor

- Damak bukan untuk PKR?
Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Task Force Felda Selangor Posted: 26 Mar 2011 04:53 AM PDT Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Task Force Felda Negeri Selangor yang akan berlangsung dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 2hb April 2008 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu. Konvensyen tersebut akan disertai oleh lebih kurang 1000 peneroka Felda/Generasi Kedua dan Orang Asal merupakan konvensyen yang terbesar pernah dianjurkan untuk peneroka Felda/Generasi Kedua dan Orang Asal di Negeri Selangor. Pendaftaran peserta-peserta akan bermula pada jam 8.00 pagi diikuti dengan jamuan sarapan pagi. Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan Konvensyen itu jam 9.00 pagi diikuti dengan pembentangan Kertas Kerja Pertama oleh Peguam Surina Suhaimi dan kertas kerja ini akan diulas oleh 3 orang pengulas terdiri daripada YB Khalid Samad, YB Sivarasa Rasiah, dan YBhg Dr Kamari. Konvensyen akan berhenti rehat dan solat dan akan disambung semula pada jam 2.00 petang dengan pembentangan Kertas Kerja oleh Sdr Rebin Birham, Setiausaha Sekretariat Task Force dan oleh Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Warga Felda dan Orang Asal. Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, akan menutup rasmi Konvensyen ini pada jam 5.00 petang. |

Posted: 26 Mar 2011 12:29 AM PDT Selaku Anggota Jawatankuasa PKR Negeri yang ditugaskan untuk menyelaraskan pergerakan Parti Keadilan Rakyat untuk Cabang Jerantut, saya meminta supaya parti-parti didalam Pakatan Rakyat supaya memberhentikan cakap-cakap bahawa DUN Damak adalah diantara kawasan DUN yang akan diserahkan kepada sebuah parti didalam Pakatan Rakyat dan akan terlepas dari PKR. Eloklah hentikan cakap-cakap seumpama ini kerana pertamanya perkara penyerahan itu tidak akan berlaku; dan keduanya PKR Cabang Jerantut adalah sebuah organisasi yang masih dan tetap segar, dan kerja-kerja untuk menyusun rakyat didalam DUN Damak sedang dilakukan. Jerantut mempunyai 3 DUN dan satu Parlimen. PAS bertanding untuk Parlimen dan dua DUN yang lain iaitu Pulau Tawar dan Tahan; manakala PKR hanya bertanding di DUN Damak. Didalam pertandingan yang lalu (2008) PKR hanya kalah tipis sahaja di DUN Damak, dan jika tidak ada calon Bebas pada waktu itu, besar kemungkinan PKR sudah memenangi DUN Damak. Calon Bebas didalam Pilihanraya 2008 di DUN Damak itu adalah ahli MCA yang diketepikan oleh partinya sendiri dan beliau memilih bertanding bebas. Kini calon itu menjelma sebagai ahli DAP dan berterusan memancing pandangan PAS supaya DAP diberikan kerusi DUN Damak kepada DAP. PKR tidak berhajat untuk menyerahkan kerusi DUN Damak ini kepada PAS atau kepada DAP dan sebagai parti-parti didalam Pakatan Rakyat maka PKR menyeru supaya PAS dan DAP memberikan kerjasama yang erat kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN Damak ini., |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan