Jumaat, 25 Mac 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


36.2 ekar tanah Kerajaan didalam Rancangan Felda Suharto Selangor akan dijadikan kompleks kediaman dan komersil untuk Generasi Muda Felda

Posted: 25 Mar 2011 09:07 PM PDT

YB Elizabeth Wong, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah memberitahu bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menyerahkan kepada FELDA tanah seluas 36.2 ekar di Felda Suharto untuk dibangunkan.

Pembangunan yang dirancangkan itu adalah untuk menyiapkan rumah-rumah mampu milik kepada generasi muda Felda untuk memiliki rumah-rumah sendiri disamping bangunan komersil bertujuan untuk memberikan ruang perniagaan kepada mereka.

Kerajaan Selangor bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada Felda untuk dibangunkan dibawah usaha Kerajaan Selangor memberikan perlindungan perumahan kepada anak-anak peneroka. Generasi Kedua/Ketiga Peneroka berhadapan dengan masalah perumahan; mereka tidak mempunyai rumah sendiri.

Ada diantara mereka bertugas dikawasan diluar rancangan Felda tetapi masih kembali ke rumah ibu bapa masing-masing kerana mereka tidak mempunyai kediaman sendiri.

Ada diantara mereka yang membantu ibu bapa mereka diladang dan tidak mempunyai pekerjaan sendiri, dan mereka juga memerlukan rumah kediaman; sedangkan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendirikan rumah sendiri.

Dengan konsep perumahan mampu milik, rumah-rumah akan dibina untuk mereka dan mereka boleh membayar dengan bayaran mengikut kadar yang mereka mampu.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor juga telah berjaya merundingkan untuk meluluskan tanah di Felda Gedangsa yang tidak digunakan oleh Felda untuk mendapatkan permit pendudukan sementara (tol) untuk dijayakan oleh peneroka-peneroka yang terlibat dengan pemeliharaan dan pembiakan ikan air tawar.

Felda Gedangsa merupakan pusat pengeluaran ikan air tawar yang besar di Negeri Selangor.

Disamping itu rundingan sedang dijalankan juga untuk mengeluarkan geran tanah kepada Peneroka-Peneroka Felda Suharto iaitu peneroka-peneroka di Fasa 6 yang masih menunggu pengeluaran geran mereka dari Pejabat Tanah Hulu Selangor kerana pihak Felda masih belum mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk pengeluaran geran tersebut walaupun peneroka-peneroka di situ telah lama menjelaskan Baki Hutang mereka kepada Felda.

PKR Jerantut semakin mantap

Posted: 25 Mar 2011 08:55 PM PDT

Sejak PKR Jerantut diambil alih pentadbirannya oleh Pemangku Ketua Cabangnya, Sdr Rosli Ahmad, Cabang itu telah menunjukkan gerakan yang sangat positif.

Tindakan yang kini diambil adalah untuk mengumpulkan semua anggota-anggota PKR Jerantut dan untuk mengenal pasti potensi setiap ahli didalam mengembangkan parti dan mengemaskan organisasinya.

Ranting-ranting yang telah ditubuhkan tetapi sudah lama tidak digerakkan kini aktif kembali, dan pimpinan ranting-ranting itu menunjukkan sikap positif dengan mengaturkan program dan aktiviti diperingkat ranting-ranting.

Mereka menjadi bertenaga apabila pimpinan diperingkat Cabang mula menunjukkan sikap bertanggungjawab.

Didalam mesyuarat yang diadakan di Felda Kota Gelanggi 2 awal minggu ini, mereka telah mengaturkan program-program untuk dilaksanakan seawal minggu terakhir bulan Mac ini.

Pada 29hb Mac 2011, suatu mesyuarat Jawatankuasa Cabang akan diadakan bersama-sama pimpinan ranting-ranting serta aktivis-aktivis parti di Jerantut akan diadakan di Kg Bukit Dinding.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskinikan ranting-ranting dan dengan sokongan ranting-ranting yang sedia ada untuk menubuhkan ranting-ranting baru serta menambahkan keanggotaan parti didalam program yang dikemaskinikan.

Pada sebelah malamnya pula akan dianjurkan Majlis Ceramah, iaitu ceramah ulung yang diadakan di Jerantut oleh PKR Cabangnya sejak PRU-12 yang lalu.

Pengunduran Ketua Cabang Jerantut membawa tuah kepada parti kerana program dan aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Jerantut kini dapat diketengahkan.


Semua Ketua Cabang memberikan sokongan padu kepada Dato Fauzi Abdul Rahman

Posted: 25 Mar 2011 10:23 AM PDT

Dato Fauzi Abdul Rahman (duduk) turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kg Matau, Bandar Jengka, Pahang.


Didalam mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat Temerloh malam tadi (25.3.11) dan berakhir jam 11.00 malam tadi, meluluskan dua usul:

1. Ketua-Ketua Cabang PKR Negeri Pahang menyokong kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman tanpa berbelah bagi;

2. Merujukkan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota/Pengerusi PKR Negeri Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Mesyuarat tergempar itu diadakan diatas kenyataan akhbar yang termuat di muka depan Sinar keluaran 25.3.11 yang memaparkan kenyataan YB Azan Ismail yang cuba memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak dibawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan dibawah pimpinan, cara dan stail, yang dibawakan oleh Dato Fauzi, PKR Pahang berjaya memperkuat dan memperkukuhkan parti, dan akhir-akhir ini, PKR Pahang telah berjaya melebarkan sayapnya ke perkampongan Melayu tradisi, perkampongan Felda dan Orang Asal.

Keanggotaan PKR Negeri Pahang telah bertambah dengan pesatnya, manakala aktiviti-aktivit serta program-program parti dapat berjalan dengan lancar di seluruh Pahang.

Dato Fauzi mempunyai sikap mesra-rakyat dan sentiasa turun padang. Pimpinan seumpama ini sangat-sangat dihargai oleh parti rakyat dan masyarakat.

YB Azan tidak berhak mencampuri urusan PKR Pahang dengan cara negatif dan untuk melemahkan perjuangan parti dan meletakkan imej parti dipersoalkan. Beliau bukan lagi menjadi anggota mana-mana ranting atau mana-mana cabang di Negeri Pahang kerana beliau telah memindahkan keanggotaannya ke Terengganu.

Sikap yang ditunjukkan oleh YB Azan itu adalah sikap negatif yang tidak menguntungkan parti.

Ketua-Ketua Cabang yang tidak hadir diwakili oleh pemegang mandat Ketua Cabang dan turut memberikan sopkongan kepada dua buah usul yang dibentang.

Tiada ulasan: