Rabu, 23 Mac 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Seorang Ketua Cabang menjemput anggota-anggotanya belot.

Posted: 23 Mar 2011 08:58 AM PDT

Saya telah menghantar sms kepada Ketua Cabang ini dengan bertanya secara terus terang seperti berikut:

"Saya mendapat aduan daripada beberapa orang anggota PKR Ranting Bukit Dinding, Jerantut bahawa anda mengajak mereka meninggalkan PKR untuk menubuhkan KITA di Jerantut, benarkah?"

Dan seminit kemudian beliau telah menjawab: "Ya".

Kemudian saya mendapat laporan daripada Ketua AMK PKR Cabang Kuala Krau dan laporan dari bekas Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau bahawa Ketua Cabang Jerantut ini mahu melantik Ketua AMK Cabang Kuala Krau itu sebagai Ketua Pemuda KITA Negeri Pahang.

Azmi juga memberitahu saya bahawa ramai anggota-anggota PKR Jerantut yang lain dijemput menjadi anggota KITA, tetapi tidak seorang pun terpikat dengan ajakan Ketua PKR Jerantut itu, bahkan kaum keluarganya sendiri juga tidak terpikat untuk menyertainya menjadi ahli KITA.

Bagaimanapun, Ketua PKR Cabang Jerantut itu sudah tidak ada jalan keluar. Dia mengesahkan bahawa dia sudah keluar parti dan mengikut kata-kata yang saya mendapat laporan dari rakan-rakan anggota PKR Jerantut bahawa beliau itu akan dilantik oleh Dato Zaid Ibrahim sebagai Pengerusi Parti KITA bagi Negeri Pahang.

Sebelum ini beliau telah memberitahu beberapa orang anggota PKR Jerantut supaya dapat menyokongnya untuk beliau bertanding sebagai calon Bebas untuk DUN Damak, tetapi respon dari kawan-kawan yang ditemuinya amat jelas bahawa mereka tidak akan menyokong Ketua PKR Cabang Jerantut itu untuk bertanding Bebas.

Didalam episod yang lain, Ketua Cabang PKR Jerantut itu tidak terpilih menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Pahang suatu jawatan yang beliau sandang semenjak semasa Sdr Zakaria Hamid menjadi Pengerusi Pimpinan Negeri dan diteruskan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman apabila beliau mengambil alih jawatan Pengerusi Negeri.

Untuk penggal ini, jawatan Timbalan Pengerusi Negeri telah dilantik kepada Sdr Ahmad Nizam Hamid, Ketua PKR Cabang Temerloh.

Sebenarnya, tidak ada sebab kenapa Ketua PKR Cabang Jerantut itu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Negeri kerana beliau adalah seorang pemimpin yang langsung tidak menceriakan kepimpinan PKR Pahang kerana langsung tidak aktif, beliau juga tidak aktif diperingkat Cabang dan tidak ada sumbangan yang bermakna darinya untuk parti.

Mudah kata, adanya dia didalam parti tidak menambah sebarang kekuatan, dan tidak adanya dia didalam parti tidak merugikan parti.

Sahabat saya Ketua AMK PKR Cabang Kuala Krau menolak pelawaan Ketua PKR Cabang Jerantut untuk menyertai parti KITA, bahkan kini menjadi bahan tertawa kepada rakan-rakan di Kuala Krau seperti Azmi bahawa tergamak beliau itu membuat tawaran yang sebodoh itu.

Esuk, 24.3.11, saya telah dimandatkan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang untuk memanggil aktivis-aktivis PKR Jerantut yang mewakili beberapa Ranting di Jerantut untuk mengadakan perjumpaan di Felda Kota Gelanggi 2, untuk melantik Sdr Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cabang Jerantut sebagai Pemangku Ketua dan secara otomatik terlantik menduduki kerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, dan perjumpaan itu juga akan mengambil langkah untuk memperkukuhkan PKR Jerantut dengan program-program dan aktiviti untuk mengekalkan kekuatan PKR Jerantut yang lebih khususnya tertumpu kepada kawasan DUN Damak.

Insya Allah, seorang berdua akan mengikuti Sdr Mohd Nor Jaafar dan yang mengikutnya itu pun adalah mereka yang tidak pernah aktif di Cabang Jerantut.

Tiada ulasan: