The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 21 Mar 2011 04:54 PM PDT Lepas satu, satu fitnah dibuat terhadapnya. Dr Mahathir terlibat dengan fitnah 1, Najib terlibat dengan fitnah 11. Kini, Datuk Najib terlibat dengan fitnah 3. Anwar adalah manusia istimewa. Jika sekiranya manusia lain, waima, Dr Mahathir atau Datuk Najib atau mana-mana pemimpin UMNO yang difitnah sehebat beliau, mereka sudah angkat tangan, dan mungkin sudah "membunuh diri". Fitnah 1 berakhir dengan Anwar didapati tidak bersalah. Fitnah 11, dari bukti Pendakwa, sudah tidak ada asasnya lagi, dan kalau fitnah 11 bukan kes politik mahu "membunuh" Anwar, sudah lama kes ini dibuang, dan jika ini melibatkan orang lain, tidak akan dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan. Maka Fitnah 3 ini diiharapkan boleh menghancurkan Anwar. Fitnah 3 berbeza sama sekali dengan fitnah 1 dan 2; Anwar yang sentiasa ditonjolkan sebagai "kaki bontot" kali ini ditonjolkan pula sebagai "kaki betina", kes seumpama ini tidak diharapkan oleh perikanya untuk dibawa ke Mahkamah, kerana "lelaki-betina" tidak melakukan apa-apa kesalahan dibawah Kanun Kesiksaan melainkan kes rogol. Maka sudah tentu tujuan fitnah 3 ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej Anwar sebagai seorang ahli politik yang mempunyai moral yang tinggi, untuk menggambarkan bahawa Anwar tidak layak menjadi ahli politik apatah lagi menjadi pemimpin Negara. Fitnah 3 amat jahat dan jijik. Tujuannya amat jelas. Perika video palsu ini memberi amaran bahawa jika Anwar dan Wan Azizah tidak meletakkan jawatan masing-masing maka video ini akan didedahkan kepada umum. Ini adalah "blackmail" - political blackmail (blackmail politik) yang sangat jelas bertujuan supaya Anwar dan Wan Azizah dikeluarkan dari kedudukan masing-masing dan justeru itu memberi jalan mudah kepada Najib dan pimpinan korupnya memerintah dan melakukan kerosakan kepada Negara ini. Ini bertepatan juga dengan Pilihanraya di Negeri Sarawak dan video ini bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat di Sarawak. Tape ini juga akan digunakan untuk Pilihanraya Umum yang tidak lama lagi akan berlangsung. Anwar adalah manusia istimewa. Orang lelaki yang ditunjukkan didalam video itu memiliki perut yang boroi, tidak seperti Anwar; ini bererti bahawa "doctored video" yang dibuat oleh Datuk T itu walaupun dibuat secara profesional tetapi tidak mengambil kira struktur Anwar yang sebenar, maka yang palsu itu tetap palsu dan amat jelas bahawa Anwar sekali lagi difitnah semata-mata kerana beliau mengancam kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri. Kenapa Najib terlalu takut kepada Anwar? Beliau adalah seorang pemimpin yang korup, beliau telah melakukan banyak kerosakan kepada Negara, beliau melindungi pemimpin-pemimpin yang korup, beliau melindungi Mubarak Sarawak, dan beliau tidak akan mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin yang korup kerana beliau sendiri terlibat dengan korupsi. Jika Pakatan Rakyat memerintah Negara ini dalam tempoh 100 harinya, segala kes-kes korupsi yang melibatkan semua pemimpin-pemimpin Negara dan Negeri akan dibawa ke Mahkamah. Inilah yang menakutkan Najib dan pemimpin-pemimpin BN. Anwar adalah manusia istimewa. Allah akan membantu orang yang teraniaya. Anwar, Insya Allah, akan selamat dari fitnah ini dan beliau Insya Allah akan terus memimpin gerakan rakyat dan mengambil alih Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan