Rabu, 9 Mac 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Matau, Bandar Jengka

Posted: 09 Mar 2011 09:55 PM PST

Sdr Mat Yee, Ketua Ranting PKR Matau sedang membacakan senarai mangsa-mangsa banjir di Matau akibat hujan lebat beberapa jam di kawasan DUN Jengka, DUN Pulau Tawar dan DUN Jenderak pada 8hb Mac 2011, rumah-rumah mereka ditenggelami air.
Diantara 47 orang mangsa banjir di Matau
Align Center
Align Center
Mangsa banjir di Matau

==

Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang telah berkunjung ke perkampongan Matau di Bandar Jengka Pahang untuk meninjau sendiri kerosakan dan kemusnahan akibat banjir yang melanda perkampongan Matau setelah hujan turun tidak henti-henti pada 8hb Mac 2011.

Matau adalah sebuah perkampongan asal penempatan penduduk-penduduk Bandar Jengka semasa Jengka mula-mula diterokai hampir lebih 40 tahun lampau.

Perkampongan yang menempakan lebih dari 200 penghuni ini telah menjadi rebutan golongan korporat untuk mendapatkannya untuk dijadikan kawasan perumahan dan kedai memandangkan kawasan ini menjadi pintu masuk ke Bandar Pusat Jengka.

Penduduk di perkampongan itu telah menubuhkan Jawatankuasa Penduduk untuk memohon geran tanah dan telah menyampaikan memorandum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan kepada Kerajaan Negeri Pahang agar penduduk-penduduk Matau dapat diberikan geran tanah.

Usaha daripada pihak ahli-ahli UMNO disini untuk mendapatkan geran bagi penduduk-penduduk telah menemui jalan buntu dan gagal, tetapi perjuangan untuk mendapatkan geran tanah disini kini dipelopori oleh Jawatankuasa Penduduk yang terdiri daripada penyokong-penyokong UMNO, PKR dan PAS. Parti Keadilan Rakyat mempunyai hampir 140 orang anggota di perkampongan Matau ini.

Bantuan yang disampaikan kepada 47 orang keluarga yang ditimpa musibah banjir ini adalah didalam bentuk wang tunai dan barang-barang makanan.

Bantuan seterusnya akan disampaikan oleh penyumbang-penyumbang daripada Negeri Selangor dan tarikh penyerahan bantuan-bantuan itu akan ditetapkan oleh pihak-pihak penyumbang.

Tiada ulasan: