PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Dari Meja SU MPN: Menjelang PRU-13 Posted: 17 Mar 2011 12:09 AM PDT Salam pertemuan setelah sekian lama menyepi atas beberapa kesibukan menjalankan amanah parti. Khabar berita mengenai Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal berlangsung bila-bila masa sahaja samada bulan April atau Mei 2011 sedang bertiup kencang dalam lingkungan politik semasa negara ini. PRN Sarawak menjadi satu signifikasi yang penting kepada PR dan BN sebagai tanda aras hala tuju politik seterusnya yang bakal menentukan kelangsungan kedua-duanya. Keputusan yang bakal terhasil dalam PRN Sarawak nanti akan menjadi penentu keupayaan BN dan PR bagi menghadapi PRU-13. Saat dan ketika ini adalah masa yang sesuai buat semua jentera parti termasuk seluruh anggota dan penyokong parti membuat persediaan awal bagi PRU 13. Pilihanraya umpama 'pesta' kepada parti-parti politik dan jika mantap persediaan itu, meriahlah hasilnya nanti. Sekian. KE ARAH MENAWAN NEGERI SEMBILAN PRU-13 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan