MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA
- PAKCIK...PAKCIK...MAKCIK...MAKCIK KAT FELDA TAKNAK NAIK BANNER PULAK KAA MARAH BN SEBAB TURUN HARGA GETAH !!!
- Rakyat menanti hasil siasatan...
- Video Serah DNA: Tiada peruntukan undang-undang
- BODOH TAHAP GABANNNN
- Rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi...generasi kedua felda bersia
DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA Posted: 22 Mar 2011 08:59 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar. Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa? Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. "Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya. Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T? Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu? DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam? Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab. Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/ |
Posted: 22 Mar 2011 05:50 AM PDT Yang mana beringat simpan duit masa harga getah mahal ok ler.....dan yang mana tak beringat dok beli kereta baru...mampuihhh ler nak bayarrr !!! Padan muka komerrrr... Harga getah turun hingga 48 peratus KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus. Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram. Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung. Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam. "Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu. Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010. Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh. "Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya. Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku. Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara. Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia. "10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara. "Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia. "Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau. |
Rakyat menanti hasil siasatan... Posted: 22 Mar 2011 05:05 AM PDT Video seks: Siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan KUALA LUMPUR 22 Mac - Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. "...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini. Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam. - Bernama |
Video Serah DNA: Tiada peruntukan undang-undang Posted: 21 Mar 2011 08:56 PM PDT |
Posted: 21 Mar 2011 11:18 AM PDT Entah apa pulak alasan tayangan percuma video lucah boleh ditayangkan di hotel lima bintang di Malaysia. Ia bukan tayangAN rahsia...ia ditayangkan kepada wartawan secara jemputan.... Belum pernah berlaku dalam sejarah...tapi hari ini berlaku...Mustahil polis tak tau kalau ianya dibuat secara terbuka...paling kurang tuan punya hotel mesti dipanggil memberi penjelasan... lemahnya unit SB dalam isu ini... Inilah satu lagi babak terdesak yang dilakukan untuk PR Sarawak...bayangkan...untuk mempertahankan Sarawak , cara ini dilakukan.... bagaimana pula untuk PRU 13... tentu lebih dahsyat lagi... DSAI mungkin dianggap ikon PR tetapi seharusnya diingat, PR terlalu banyak tokoh yang sedang meningkat naik...tokoh hipokrit sedang berbaris untuk menunggu habuan dari BN sebelum mengistiharkan keluar PKR.... tetapi tokoh muda yang ikhlas sedang berbaris menanti... menjadi korban perjuangan untuk keadilan... Sepatutnya dengan video terbaru ini akan ramai keluar PKR.... alasan lapok hilang kepercayaan kepada pimpinan sudah memualkan...ini mungkin alasan paling cocok... Usaha terbaru ini menunjukkan betapa pemimpin BN terlalu kebelakang dalam menilai tahap IQ masyarakat Malaysia... serendah itu mereka menilai pemikiran rakyat... Mereka lupa bahawa kini rakyat tidak hanya bersumber berita TV dan akhbar muntah BN sahaja sebagai rujukan... Secanggih manapun video itu direka...ianya tentu meresahkan akal sihat untuk menerima kebenarannya... seberani manapun penjenayah.... mereka tentu bersembunyi ketika polis buat operasi... paling tidak pun... buat operasi yang selamat dari polis di luar kawasan.... Bodoh tahap gaban le DSAI yang sedang bergelumang dengan tuduhan salahlaku seks...sedang diperhati dan diburu musuh politik.... tiba tiba buat seks di hotelll.... ketagih sangat ke DSAI dengan seks ni.... tulang belakang pun dah longgar.... inilah barangkali soalan yang akan bermain di akal orang paling rendah IQ bile isu ini diletupkan... melainkan yang hanya menerima ialah mereka yang lebih rendah akalnya atau dah hilang akal... Saya sangat yakin isu ini bukan untuk diketengahkan di mahkamah atau tindakan jabatan agama...ia hanya isu untuk rakyat Sarawak yang terlalu kurang liputan internet... Tuduhan disebar melalui TV tetapi jawapan dan pembelaan mungkin hanya akan didengari setelah tempoh pilihanraya berakhir.... Apapun...ianya tanda kebimbangan BN terhadap PR.... kering dan tandusnya isu BN untuk memenangi hati rakyat...serta menetukan tahap kotornya politik negara... kita wajar menjangkakan sesuatu yang lebih hebat atau lebih dahsyat dari itu dalam PRU 13....sudahkan anda bersedia menghadapinya??? Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ |
Rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi...generasi kedua felda bersia Posted: 21 Mar 2011 09:15 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan