Ahad, 13 Mac 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Majlis Malam PKR Cabang Gerik....Pecahkan Kubu Kuat BN Di Gerik Pililanraya Ke 13 !!!

Posted: 12 Mar 2011 09:46 AM PST

Gerik, 12 March 2011 - Majlis Makan Malam anjuran PKR Gerik bersama Dato Seri Anwar Ibrahim yang diadakan malam tadi mendapat sambutan hangat oleh penduduk di sekitar gerik. Kelihatan Dewan Hokkian Gerik dibanjiri oleh 900 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Namun Anwar Ibrahim tidak dapat hadir dan digantikan oleh anak beliau Nurul Izzah.

Nurul Izzah tiba di Dewan hokkien Gerik pada jam 9.30 malam serta dikuti pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang lain.

Turut hadir adalah Dato Seri Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Adun Teja YB Chang Li Kang Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Dr Muhammad Nur Manuty serta Anuar Zakaria.

Orang ramai mula membanjiri dewan tersebut seawal jam 7.30 malam lagi. Para penyokong dari sekitar gerik beramai-ramai hadir untuk memberikan sokongan terhadap majlis makan malam ini.

Majlis ini tamat lebih kurang jam 12 malam. Semuga PKR Cabang Gerik terus bergerak mara dalam perjuangan dengan sentiasa mengadakan aktiviti-aktivi bagi menyebarkan maklumat-maklumat terkini agar pengundi-pengundi DUN Temnggor tidak lagi diperbodohkan dengan cerita-cerita bohong dan fitnah oleh puak UMNGOK.

Mereka bebas menggunakan media-media arus perdana untuk memfitnah dan memburuk-burukan pakatan rakyat maka dengan itu pakatan rakyat khususnya PKR harus mengembelingkan jiwa dan fikiran untuk menangkis segala tomohan dan teruskan semangat perjuangan bagi menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman serta kejahatan pihak UMNGOK agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

GEMPUR DUN TEMENGGOR !!!!!

Memang Dasyhattttt Nizar Ni !!!!!






























































Tiada ulasan: