Rabu, 9 Mac 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Siapa MP keADILan Tuuu !!!!!

Posted: 09 Mar 2011 09:03 AM PST

PRU di negeri-negari PR berasingan : Bahaya

Posted: 08 Mar 2011 06:32 PM PST

Oleh salmanalbustaniy

"Rakyat Selangor mula melihat kebaikan kerajaan PR, begitulah di negeri-negeri PR yang lain. Pertambahan sokongan rakyat di Selangor insya Allah akan bertambah. Walaubagaimanapun, PR mesti melihat dan menjangkakan muslihat dan perancangan BN untuk tawan Selangor khususnya dalam PRU depan.

Cuba lihat baru-baru ini orang Sabah daftar mengundi di Shah Alam. Bukan seorang, tapi berbondong-bondong dengan perancangan rapi BN dan JPN.

Katakan seramai 5000 orang berjaya didaftarkan di Parlimen Shah Alam, dan parlimen-parlimen yang lain, dan Selangor buat PRU berasingan, maka sesudah mereka mengundi di Sabah dan Sarawak, mereka serang PR habis-habisan, maka merudumlah Selangor. Kalau dibuat serentak barangkali perancangan mereka banyak tergendala. Ini memang perancangan jahat BN.

Bukan setakat pengundi Sabah dan Sarawak akan jahanamkan PR bahkan mereka barangkali akan aturkan orang Johor, Melaka, Negri Sembilan, Perak, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, akan datang sebagai pengundi hantu menyerang Selangor dan Penang serta Kedah. Manakala Kelantan barangkali sedikit sukar.

Siapa tidak kenal BN. Cuba diingat kembali PRU 2004, PAS tumbang di Terengganu tinggal 4 DUN sahaja, Parlimen Marang pun kecundang. Kenapa? "Grand design" oleh BN kata Dato Mustapa Ali. Terengganu mengalami pertambahan pengundi baru di luar jangkaan. Dan Kelantan juga hampir tumbang ke tangan BN, hanya 2 kerusi sahaja yang membezakan PAS dan UMNO, dan selepas itu bertahan dengan 1 kerusi. Alhamdulillah. Dato Husam Musa sendiri dalam analisis pilihanraya 2004 juga mengakui adanya grand design oleh BN untuk tumbangkan PAS di Kelantan dan telah berjaya di Terengganu. Kalau pilihanraya bersama pun BN boleh buat, apatah lagi kalau 4 negeri PR buat berasingan.

Dengan pengalaman lepas sepatutnya PR lebih berhati-hati. Walaupun di Selangor nampak kebaikan kerajaan PR, kebiasaannya perancangan kejahatan BN diatur dengan licik dan rapi demi merampas balik negeri terkaya itu. Bukankah Najib sendiri Pengerusi UMNO Selangor. Masih tidak kenalkah siapa Najib? Baru-baru ini Harakah ada membongkarkan pertambahan pengundi yang sangat ketara di Parlimen Pekan, kawasan Najib. Hampir 10000 lebih pengundi baru, kebanyakannya dari utara.

Sinar hari ini 8 Mac 2011 muka depan Tan Sri MB Selangor kata jangan berangan rampas Selangor! Itu satu cabaran kepada BN. Meluap ammarah BN dengan kata-kata MB. Mereka pasti dendam dan akan melipatgandakan kerja untuk tumbangkan PR di Selangor. Kenyataan tersebut walaupun pada pandangan Tan Sri untuk menunjukkan kekuatan PR, ia diambil sebagai satu cabaran oleh BN. Sudah pasti BN akan ajar PR dan TanSri. Najib sendiri mengeluarkan kata-katanya biar berkecai badan, Putra Jaya pasti akan dipertahankan! Makna tersiratnya juga boleh difahami biar berkecai badan, Selangor akan ku TUMBANGKAN!

Pimpinan PR perlu elakkan daripada mengeluarkan kata-kata bongkak dan angkuh. Alangkah baiknya kalau Tan Sri MB berkata : PR akan sedaya upaya pertahankan kerajaan di Selangor demi kebajikan rakyat. Lebih baik daripada jangan berangan nak rampas Selangor!

Suka saya menyorot kenyataan Presiden PAS dalam ruangan editor Harakah terkini yang berpesan supaya masyarakat perlu didekati dengan dakwah secara berhikmah, baik melalui tulisan mahupun ungkapan. Bagi pemerintah di negeri-negeri PR, pesanan itu perlu dipedulikan. Termasuk pemerintah Kelantan.

Masyarakat yang jauh daripada media bebas terutamanya di kawasan luar bandar dan Felda mereka perlu didekati dengan dakwah secara hikmah. Ungkapan tidak undi Islam adalah komunis, Jahiliyyah, dan undi PAS masuk syurga perlu dihentikan. Tiada gunanya PAS BARU sebagaimana saranan Dr. Mujahid Rawa sekiranya ada pemimpin PAS yang masih suka melabelkan komunis, jahiliyyah dan undi PAS masuk syurga. Sebab media BN pasti sepantas kilat akan memainkan isu tersebut dan sudah pasti orang Melayu yang pekat kebiruannya menyampah dengan PAS dan sukar agenda "PAS GANTI UMNO" akan tercapai. Menyebabkan orang Melayu luar bandar dan Felda semakin biru dengan kebiruannya dan ia menjadi nilai tambah kepada grand design ciptaan BN untuk tumbangkan PR khususnya di Selangor. Maaf, pinjam kata-kata pelawak Nabil : Lu pikirlah sendiri!"

Sumber: http://www.detikdaily.net/v5/

Peneroka-Peneroka Jengka 22 dibayar kembali CESS atau ditambah dengan hutang yang baru?

Posted: 08 Mar 2011 06:30 PM PST

Pada 27hb Februari 2011, Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah berkunjung ke Felda Jengka 22 dan telah membuat pengumuman yang diterima dengan gembira oleh peneroka-peneroka Felda disana.

Dato Najib menjanjikan bahawa Kerajaan/Felda akan mengembalikan semula wang cess kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 22 dan peneroka-peneroka hendaklah membuat salah satu daripada tiga pilihan.

Pilihan pertama: Peneroka-peneroka boleh memilih untuk menerima bayaran sebanyak RM13,000.00 dengan syarat peneroka-peneroka membayar kembali dalam bentuk BK (Bayaran Kembali) sebanyak RM650.00 setiap bulan kepada Felda;

Pilihan kedua: Peneroka-peneroka boleh memilih untuk menerima bayaran sebanyak RM6000.00 dengan syarat peneroka-peneroka membayar kembali kepada Felda dalam bentuk BK (Bayaran Kembali) sebanyak RM550.00 setiap bulan;

Pilihan ketiga: Peneroka-peneroka boleh memilih tidak mahu menerima bayaran (samada RM13,000.00 atau RM6000.00) dengan syarat peneroka-peneroka membayar kembali kepada Felda dalam bentuk BK (Bayaran Kembali) sebanyak RM400.00 setiap bulan.

Semasa didalam kesibukan kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau (PRK DUN Kerdau), kakitangan Felda telah mengunjungi semua penduduk Felda Jengka 22 untuk mendapatkan persetujuan masing-masing samada mahu memilih pilihan pertama atau pilihan kedua dan pilihan ketiga.

Majoriti daripada peneroka-peneroka memilih untuk menerima bayaran kembali cess ini dengan pilihan pertama iaitu sebanyak RM13,000.00.

Pada 7hb Mac 2011, Felda telah menunaikan bayaran itu dengan mengeluarkan cek kepada semua peneroka-peneroka yang bersetuju menerima bayaran tersebut.

Pihak UMNO/BN dan Felda telah mendabik dada mengatakan bahawa janji Perdana Menteri untuk menjelaskan RM13,000.00 kepada peneroka-peneroka telah ditunaikan.

Apakah bayaran RM13,000.00 ini bayaran pengembalian wang cess kepada peneroka-peneroka tidak dijelaskan oleh Kerajaan/Felda.

Wang cess adalah sebahagian dari wang yang dipotong dari setiap harga komoditi bertujuan untuk tanaman semula kepada pekebun-pekebun kecil getah yang mahu menanam semula. Wang yang terkumpul adalah suatu jumlah mengikut keluasan tanah getah masing-masing dan untuk tanah getah seluas 10 ekar seperti yang diperuntukkan kepada peneroka-peneroka getah adalah sejumlah RM18,000.00.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Kerajaan UMNO/BN melalui Felda telah membayar kepada peneroka-peneroka sebanyak RM5000.00, dan berbaki lagi sebanyak RM13,000.00.

Maka RM13,000.00 itu dikeluarkan untuk peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang berhadapan dengan Pilihanraya Kecil DUN Kerdau.

Tetapi adakah benar RM13,000.00 itu adalah bayaran dari wang cess. Wang cess adalah dikeluarkan oleh Risda untuk tujuan tanam semula (dari getah ke getah atau dari getah ke kelapa sawit) dan bayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat semasa tanam semula dijalankan; keadaan itu berlaku kepada pekebun-pekebun kecil diluar rancangan Felda dan kepada peneroka-peneroka Felda yang menanam sendiri.

Apabila seseorang peneroka Felda menanam semula melalui Felda, maka wang cess itu dibayar kepada Felda untuk tujuan tanam semula, dan tidak ada lagi wang cess yang perlu dikembalikan kepada peneroka-peneroka, dan wang cess itu ditolak untuk kos tanam semula.

Oleh hal yang demikian itu, adakah bayaran sejumlah RM13,000.00 ini sebagai pengembalian wang cess kepada peneroka-peneroka atau RM13,000.00 itu sebagai tambahan pinjaman yang didahulukan oleh Felda kepada peneroka-peneroka dan dikategorikan sebagai "tambahan hutang".

Persoalan ini telah dikemukakan kepada pihak tertentu di Kementerian berkenaan, dan pihak itu menyatakan bahawa beliau tidak ada jawapan kepada persoalan ini, kerana ini adalah tindakan politik.

Jika wang RM13,000.00 itu sebagai wang cess yang dikembalikan kepada peneroka-peneroka, kenapa pula peneroka-peneroka kena membayar kembali kepada Felda untuk BK sebanyak RM650.00 setiap bulan? Hanya hutang dibayar kembali kepada Felda, dan pengembalian wang cess, apa ada keperluan untuk dibayar kembali?

Ini bererti wang RM13,000.00 itu akan dimasukkan kedalam hutang setiap peneroka Felda. Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sehingga bulan Mac 2011 telah berhutang dengan Felda sebanyak RM72,000.00 (dan jumlah itu sedang bertambah) dan dengan bayaran RM13,000.00 ini maka hutang peneroka-peneroka Jengka 22 akan bertambah menjadi RM85,000.00.

Peneroka-peneroka Jengka 22 kena membayar BK mereka setiap bulan sebanyak RM650.00 berbanding dengan bayaran BK mereka sekarang sebanyak RM250.00.

Didalam tempoh 15 tahun akan datang, peneroka-peneroka Felda Jengka 22 kena membayar sebanyak RM111,000.00 dan ditambah dengan hutang sehingga bulan Mac 2011 sebanyak RM72,000.00, maka hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 adalah sebanyak RM183,000.00.

Mampukah peneroka-peneroka yang sejumlah besarnya sudah mencapai umur 60 tahun dan keatas itu menjelaskan hutang mereka didalam tempoh hayat mereka?

Jerat atau perangkap BN/UMNO dan Felda ini bukan sahaja kepada mereka yang menerima bayaran RM13,000.00 itu tetapi juga kepada mereka yang tidak mahu menerima bayaran RM13,000.00 atau RM6000.00 iaitu sebanyak RM400.00 sebulan.

Mereka yang tidak mahu menerima pun menanggung beban bayaran RM400.00 setiap bulan berjumlah RM72,000.00 (RM400.00 x 12 bulan x 15 tahun).

Peneroka-peneroka yang tidak mahu menerima RM13,000.00 itu terdiri daripada peneroka-peneroka yang tidak menanam semula melalui Felda (tanam sendiri) atau peneroka-peneroka yang mengambil alih pengurusan ladang masing-masing dari Felda untuk mengelakkan hutang mereka bertambah.

Tetapi mereka juga tidak terkecuali dan melalui sekim UMNO/BN dan Felda ini, mereka juga akan dikenakan hutang baru sebanyak RM72,000.00.

Perbuatan UMNO/BN dan Felda ini adalah helah mereka untuk mencari dana untuk Felda yang kini sudah amat berkurangan kerana wang Felda sudah dibazirkan oleh pimpinan UMNO/BN untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak ada kena mengena dengan pembangunan peneroka-peneroka Felda!

Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/

Tiada ulasan: