Sabtu, 5 Mac 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


AWAS! HANTU DAH TIBA

Posted: 05 Mar 2011 08:29 AM PST

Skuad Kamera PAS melaporkan bahawa mereka berjaya mengesan beberapa buah bas di sekitar Jasin dan Merlimau dalam keadaan mencurigakan. Bas-bas tersebut dilihat datang dari luar Melaka dan sedang berlegar-legar entah ke mana tujuannya.Skuad Kamera sedang mengikuti mereka supaya tidak kehilangan jejak.Menurut Ketua Skuad Kamera bas-bas ini akan dipantau oleh bahagian keselamatan yang juga lengkap dengan kamera dan sebagainya.

Sumber: http://jasindaily.blogspot.com/

Pilihanraya DUN Merlimau: "Hantu Kak Limah" Jadi Ke Keluar Esok!!

Posted: 05 Mar 2011 06:45 AM PST

Kah kah kah...

Kah kah kah...

"Hantu Kak Limah" tiba-tiba tak pasal-pasal terbantut plan nak keluar kah kah kah...

Kalau esok keluar jugak, memang saja cari nahas kah kah kah...

Bukan setakat muka kena tangkap, kad pengenalan dengan nombor plat kereta sekali kena togel kah kah kah...

So, "Kak Limah", ada berani??

Kah kah kah...


Prk Merlimau : Agen Mengundi Sudah Bersedia Dgn Maklumat Terperinci Pengundi Hantu

Polling Agent PAS sudah dibekalkan dengan segala maklumat berkenaan pengundi hantu dan pengundi upahan.

Antara maklumat yang sudah ada ditangan mereka ialah gambar, nama penuh, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Polling Agent sudah bersedia untuk 'menangkap' semua pengundi hantu dan pengundi upahan ini jika mereka cuba masuk untuk mengundi.

Maklumat terperinci ini diperolehi dari bahagian risikan dan juga disalurkan oleh petugas-petugas Umno/BN sendiri.

Jika Umno/BN mahu calon mereka dibawa ke mahkamah atau mereka mahu Ali Rustam dimalukan silalah bawa pengundi hantu dan pengundi upahan esok.

Polling Agent dan skuad kamera sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

Bukti BN samseng!!!

Posted: 05 Mar 2011 06:29 AM PST


Skuad Kamera telah berjaya mencari bukti siapakah dalang keganasan samseng dalam kempen di DUN N.27 Merlimau. Kebanyakkan provokasi adalah dilakukan oleh penyokong yang menyokong Barisan Nasional. Paling pelik, tiada campur tangan dari pihak polis. Adakah polis itu juga adalah dari Barisan Nasional?

Tindakan seperti ini boleh menggugat keamanan serta menimbulkan kekacauan terutamanya pelancong yang datang dari luar kerana tindakkan penyokong BN telah menghalau orang yang datang ke Melaka. Mereka terlalu angkuh sehinggakan mengatakan "Orang luar balik la".

Kejadian ini berlaku jam 7.00 petang berdekatan dengan stesen bas di pekan Merlimau berdekatan dengan pasar Merlimau. Namun keadaan dapat dikawal dengan baik walaupun penyokong BN cuba melakukan provokasi.

Inikah sikap kerajaan yang dipimpin oleh Ali Rustam selaku Ketua Menteri Melaka? Ini amat memalukan bagi sebuah negeri yang dianggap Maju 2010 tetapi gagal 2011.

Pendedahan seterusnya akan menyusul iaitu "Siapa penyebar risalah lucah dan fitnah?"

Sumber: http://demokrasi93.blogspot.com/

Majlis Makan Malam Bersama Anuar Ibrahim Di Gerik

Posted: 05 Mar 2011 04:24 AM PST


Majlis Makan Malam Anjuran PKR Cabang Gerik

Tarikh: 12/3/2011

Masa: 7.00 Malam

Tempat: Dewan Hokkien Gerik

Majlis Makan Malam Bersama: Dato Seri Anuar Ibrahim, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin,

Dr. Lee Boon Chye, Dr Muhammad Nur Manuty serta Elizabeth Wong

Tiada ulasan: