Anwar Ibrahim |
- YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL)
- A ‘Misfit’ To Use Laws To Protect Datuk T Trio
- Hidup Mati Saya Di Tangan Allah, Bukan Umno-BN
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak
YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim Posted: 29 Mar 2011 10:29 AM PDT | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL) Posted: 29 Mar 2011 10:27 AM PDT Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, 29 Mac; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail hari ini memberitahu Dun Selangor bahawa, Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) yang telah dilancarkan pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan. Menurut beliau, sehingga Februari 2011, seramai 4,319 orang wanita dari 40 kawasan Dewan Negeri Selangor telah menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma ini dengan peruntukan sebanyak RM 389,190.00. "Seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi", jelas Rodziah Ismail. Daripada 4,319 orang peserta yang menjalani pemeriksaan mammogram ini, terdapat 55 orang wanita disyaki menghidapi kanser payudara ini. Walau bagaimanapun, satu surat rujukan daripada penyedia perkhidmatan mammogram ini dikeluarkan kepada peserta tersebut untuk menjalani pemeriksaan yang menyeluruh di hospital-hospital yang memiliki kepakaran tersebut." ujar beliau lagi. Skim Kesihatan Wanita ini membantu bagi memberi kesedaran kepada wanita di Selangor tentang risiko dan bahaya penyakit kanser yang membunuh ramai wanita di seluruh dunia. Berikut adalah pecahan peserta program mammogram mengikut kawasan Dewan Negeri:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
A ‘Misfit’ To Use Laws To Protect Datuk T Trio Posted: 29 Mar 2011 02:13 AM PDT From Malaysiakini Is it wise to use the Whistleblower Protection Act and the Witness Protection Act to protect the ‘Datuk T’ trio who released a sex video involving a man said to resemble an opposition leader? This is what will be done if the authorities feel they have a case, Minister in the Prime Minister’s Department Mohamed Nazri Abdul Aziz (left) had told reporters in the lobby of Parliament House yesterday. The ‘Datuk T’ trio are businessman Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Rahim Tamby Chik and Perkasa treasurer Shuib Lazim. Malaysiakini called several top criminal lawyers for their opinion on whether the position taken by the de facto law minister would be proper use of the two laws. Lawyer Baljit Singh Sidhu (right), who authored the book ‘Criminal Litigation Process’, said it would be “a misfit” to protect the three under both laws. “Such provisions are used to protect a person who informs (the authorities) about a crime. However, there are questions about the agenda of the three, whether there is malice involved (in revealing the sex video),” he said. “The other question is whether they truly want protection. The way they presented themselves in showing the tape is as if they do not need any protection. One of them is a former chief minister and they appeared rather gung ho in showing it.” Whistleblower law cannot include ‘dirty politics’ Another lawyer, Amer Hamzah Arshad, asked whether what the trio disclosed was a criminal act that requires protection, such as affecting the security of the nation, a major corruption scandal or a scandal involving a huge corporation. “It is merely about two consenting adults having sex. It is not illegal from a legal perspective but (is) a question of morality. However, it may have problems under Syariah law,” he noted. “Whistleblower or witness protection laws should be used on a person who leaks information about an organisation or crime committed by someone. The whistleblower law is aimed at protecting the informant of a crime committed, and is not about an immoral act,” Amer (left) said. Furthermore, he said, this law should not be stretched to cover “dirty politics”. “If you have information on a crime being committed, you should approach the authorities. You do not go out in public to call the press. You go to the police station and then you seek protection. They did not go to the police first and instead they screened the video.” ‘They revealed their identities’ Johor-based lawyer, Hisyam Teh Poh Teik, said that, in the first place the ‘Datuk T’ trio had revealed their identities voluntarily. “Since they have not complained about concerns over their safety and they have exhibited the video with great fanfare, they must be responsible for their actions,” said Teh, a former Johor Bar committee chairperson. “What they have done doesn’t make sense (to require witness protection). They were proud to show the video and it is illogical now for them to ask for protection or for the authorities to (provide it to them).” Baljit reiterated that despite what was being said, Opposition Leader Anwar Ibrahim, who is accused of being the person in the sex video, should be answerable. “He should tell the truth and the authorities themselves should work so that the truth of the whole affair is determined,” he said. The video was shown to selected members of the press at the posh Carcosa Seri Negara hotel on March 21. The man in the footage – recorded on Feb 21 – was said to closely resemble Anwar. Anwar has denied any involvement. The ‘Datuk T’ trio of Eskay, Rahim and Shuib revealed their identities two days later, on March 23. Both Eskay and Rahim had their statements recorded by police last Thursday night while Shuib, who was picked up in Sungai Petani, had his statement taken at Bukit Aman the next day. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hidup Mati Saya Di Tangan Allah, Bukan Umno-BN Posted: 28 Mar 2011 11:12 PM PDT Dari Malaysian Insider Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" minggu lalu tidak akan sesekali "membunuh" karier politik beliau. "Kalau nak mati, saya mati… bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi. Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu. Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN. "Ujian ini tidak melemahkan semangat saya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." "Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya," katanya lagi. "Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah… bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani," kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang. Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China. Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. "Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)… tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik. "Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes… jadi saya minta kezaliman ini dihentikan," katanya. Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya. Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan. Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang "menjijikkan". "Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak. "Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan 'double standard' seolah-olah ia adalah satu komplot politik," katanya. Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun "Datuk T" telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut. "Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat," katanya. Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik "kotor dan jijik". "Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini," tegasnya. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak Posted: 28 Mar 2011 09:28 PM PDT 29th MARCH, TUESDAY 7.00 pm Sembahyang Maghrib at Masjid Bahagian, Kuching 7.30 pm Ceramah Padungan 9.30 pm Ceramah Tupong |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan